Bangun Sebelum Subuh


Semasa jalan2 dalam kete masa kat penang aritu CT sahabat saya yang jadi driver citer pasal satu kursus yang dia pegi untuk siswazah yang menganggur. Penceramah tu tanya sapa kat sini yang bangun sebelum subuh? Takde sorang pun yang angkat tangan. Pastu dengan slumberjer nya penceramah tu kata "tu pasal awak sumer tak dpt keje!". Adeh, kena sejibik...

Sebenarnya kalau kita bangun sebelum subuh rezeki kita murah. Saya pun tanya balik kat CT, "sebelum subuh tu kalo lepas azan leh tak?". CT jawab tak boleh, kena bangun sebelum azan subuh, baru la namanya sebelum subuh. CT jawab berdasarkan kata2 penceramah tu bg tau la kan.

"Hangpa ingat tak kita selalu kata K** S** selalu bernasib baik. Kalau g shopping mesti dapat cabutan bertuah la, adiah free la, dapat beli barang harga murah la, dapat benda yang cantik2 la. Pastu kita pun gi shopping kat tempat yang sama ngan dia g, tapi tak dpt plak mcm yang dia dpt. Hangpa perasan tak yang K**S** selalu bangun sebelum subuh. Pukul 5.30 dia dah bangun. Basuh baju, mandi, terus solat subuh. Tu pasal dia selalu bernasib baik, selalu murah rezki.. Exam pun kalo tak study setara mana pun dia leh dapat result ok.. Duit loan dia pun sokmo cukup je.."

Saya dan chifi senyap mendengar celoteh CT yang penuh dgn kebenaran itu. *Sambil berfikir yang saya ni tak pernah bgn sebelum subuh. Subuh gajah tu selalu la. Ohh, anak sapa la ni*. Saya juga baru perasan yang mak saya mmg dari dulu bgn awal pg sebelum azan lg. Walaupun mak saya keje bergaji kecil tapi dia tak pernah tak cukup duit. Selalu je ada duit. Tak pernah meminta-minta kat orang. Mungkin ni lah berkat namanya.

Dan baru kejap tadi berita kat Buletin Utama Hishamudin bagi tahu posting paling lewat hujung thn ni. Keutamaan posting sebelum hujung tahun ni diberi pada yang dah menganggur setahun. Saya pun sms Chifi meluahkan rasa tak puas hati.

Chifi: Byk2 sabaq dayah...byk berdoa. Bangun awal sebelum subuh,haha! ;)

Ermmm...saya pun rasa begitu. Bangun sebelum subuh, moga2 rezeki saya murah ikut saluran lain sementara menanti posting,ahaks! =)

4 comments:

akirasuri said...

he he he saya pun sekarang dah bangun sebelum subuh..ha ha ha tabiat tido dah tukar...tido pukul 10 lebey, bangun dalam 3 lebey..ahaksss...

nota budak sekolah: erk dah bangun ke belum ni dayah...he he he..

Anonymous said...

wahhh..murah la rezki akirasuri pasni,hehe. Tadi bgn lps subuh gak la..anak sapa la ni,hahaha :p

Anonymous said...

sekarang bekas guru yang sambung belajar dah pun posting, hayad tunggu ajelah ada rezeki tu nanti...

Anonymous said...

Sikenit Comel-AminBakish : a ah, mmg guru2 BED (kt U saya panggil cikgu B.E.D, guru yg smbung deg) dah posting. Kami yg freshie tak tahu la biler..

Followers