Bosannyerrrrr....

Gambar sekadar hiasan :p

Sebetulnya memang saya terasa bosan pulak sejak dari petang tadi. Konvo dah abis, gambo2 konvo pun dah bosan saya tgk,huhu. Tak cuci pun lagi. Bior la tersimpan dulu dalam drive D. Duit pun takde ni nak cuci. Saya dah berkira-kira, mau dekat rm100 jugak kos mencucinya pasal memang banyak. Nanti2 lah.

Sekarang saya tengah berfikir ape yang patut saya buat sepanjang menjadi penganggur menanti surat posting nih. Plan pertama kalau dalam bulan bulan 9 ni saya masih tak posting saya ade projek besar. Buat kueh raya secara besar-besaran,haha. Seb baik penah keje kat kilang kuih raya lepas spm dulu. Rasa saya 3 kali jugak saya jd pekerja kat kilang kuih tu. Masa cuti matrik ngan cuti U tahun pertama dulu. Alhamdulillah, pengalaman memang sebaik-baik guru. Tahun lepas saya buat kuih raya, banyak jugak untung. Itu pun buat main-main jual kat sekolah lama saya. *Projek kuih raya insya allah akan berjalan jika tidak posting bulan 9*.

Sementara menanti bulan puasa menjelang tiba [skemanya ayat] ape pulak yang harus saya buat? Kadang-kadang naik bosan jugak ari2 mengadap intenet nih. Saya rasa saya perlu paksa diri jadi ulat buku lah. Borang jadi ahli perpustakaan awam tu dah saya amek 3 minggu lepas, tapi tak anto2 lagi. Saya plan nak baca sumer karya Faisal Tehrani dan Ramli Awang Mursyid. Saya penah baca satu novel Ramli Awang Mursyid tajuknya Bagaikan Puteri. Lain dari yang lain. Saya suka novel-novel tulisan mereka berdua nih. Sebab sambil baca kita berfikir. Sebenarnya saya sendiri dah bosan baca novel-novel cinta. Hingga kini saya masih jatuh cinta pada novel Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj - Enrique Mengundang Jauh

p/s: Bawang Putih Bawang Merah dah tamat ke? Saya tak tahu ape2. Seminggu kat penang, seminggu terlepas rancangan tv. Asalnya nak pastikan diri ni tak miss sinetron tu tapi terlalu banyak aktiviti jalan2 semasa di penang. CT nikah Dato' K pun tak dapat tgk. [nak tengok tak semestinya saya suka tengok,ahaks]

Kursus kawen CT n Dato' K kat opis Dato' K. Dapat dr emel. [err,buang tebiat ke aku ni wat post gambo CT-DK nih. Tak best lansung. Nyampah!]

9 comments:

fiq said...

aloh...nape munyet tu lam lokap ke...hohohohoh

akirasuri said...

ahaksss...
saya nak jadi pekerja kilang dayah lah..he he he...

Anonymous said...

fiq : monyet tu pun tgh bosan,hohoho

akirasuri : buat ms ni tak perlukn pekerja lg la weh,ekekeke

Anonymous said...

Buleh nak request sample dak kuih raya tu nnti..? :)

Anonymous said...

fuad,boleh2.dayah mmg nk announce kn kt blog ni kot ade sesp nk jd peraih pd kuih2 raya hamba..hehe

i'll inform it later ;)

faridfadhly said...

bile bole start tempah kuih raya?

Anonymous said...

farid, nnt akan di beritahu ;)

Anonymous said...

bolehle akak tempah nanti, sample ada? jalan2 ke kuale rasa sample.. :) boleh ke??

Anonymous said...

sikenit comel-aminbakish: sample ujung minggu ni br nk buat..kalo mai kuale kabo ler ;)

Followers