Ke Kamunting


Saya masih menunggu-nunggu surat dari U saya. Surat jemputan konvokesyen juga cangred saya. Ada coursemate yang sudah dapat. Berdebar-debar juga dibuatnya walaupun saya telah menelefon bahagian pengijazahan untuk mengesahkan saya ini grade atau tidak. Alhamdulillah, dalam profile saya di laman web pun saya sudah berstatus berijazah.

Semalam saya dengan nurul pegi ke kamunting mencari baju untuk dibuat baju konvo ;) Setelah belek punya belek hampir 2 jam ( inilah pompuan, kalo nak membeli mmg suka buang masa), saya pun mengambil keputusan membeli sepasang baju kurung siap. Kebetulan saiznya sepadan dengan saya. Malas pula hendak beli kain ela, kena pegi tempah pula dan saya kira kosnya melebihi baju siap yang saya beli. Lagi pun segala perbelanjaan sepanjang saya tidak bekerja ini ditanggung sepenuhnya oleh mak dan abah saya. Jadinya saya tidaklah boleh berbelanja sakan. Kalau duit hasil titik peluh sendiri lainlah. Sekadar membuat persiapan baju dululah, yang lain-lain di kemudiankan.

Setelah selesai membeli saya menemani nurul ke sekolah lama tempat dia praktikal. Nak jumpa bekas anak-anak murid. Seronok pula tengok nurul bermesra dengan diorang. Tetiba teringatkan anak-anak murid saya pula. Pernah sekali saya menjenguk mereka. Itu pun tak semua. Insya Allah, ada masa nanti saya ingin juga jumpa mereka sebelum saya dipostingkan ke mana-mana selepas ni. Dari sekolah kami terus ke ipoh membeli kerepek borong yang emak saya pesan. Pukul 7 malam baru sampai rumah.

Dan semalam saya merasa amat penat. Saya tertidur pukul 8.30 dan terjaga pukul 2.30 pagi. Bangun tidur terus solat isya' dan kemudian sambung tidur semula. Penat ya amat!

0 comments:

Followers