Assalamualaikum

Ini adalah posting pengenalan saya. Walaupun sebelum ini telah sedia ada blog tapi kali ini saya ingin melakukan sedikit perubahan pada blog saya yang baru ini. Biasalah,dunia berubah,manusia juga berubah dan saya juga ingin berubah. Berubah kepada yang lebih baik harapnya.

Saya bukanlah seorang penulis yg sebenar-benarnya penulis. Hanya menulis untuk coretan peribadi. Untuk mengingatkan diri sendiri betapa banyak lagi kekosongan ilmu di dada, betapa terlalu sedikit buku yang saya baca, betapa terlalu kurang saya menghadiri majlis ilmu dan banyak lagi ’sedikit’ yang saya lakukan di usia yg sudah meningkat ini. Betapa selama ini saya banyak membuang masa. Sekarang baru terasa maksud ayat dalam Surah Al-’Asr –> “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

Yer, saya tergolong dalam golongan yang rugi. Banyak menghabiskan masa dengan banyak benda yang tanpa disedari sebenarnya tak berfaedah. Teringat semula kenangan semasa duduk di hospital 10 tahun lalu, akibat terlalu boring atas katil saya meminta abah belikan buku kartun GILA-GILA. Seorang nurse tiba-tiba menasihati saya, “Buat ape baca buku kartun GILA-GILA? Lebih baik baca buku doa-doa, masa budak senang lg nak hafal!”

Tetapi nasihat itu saya balas dengan ejekan dalam hati,”elehh,nyebok je nurse ni. Aku tengah bosan ni suh hafal doa2 plak”. Saya memberontak mungkin disebabkan semasa memberi nasihat tersebut nurse itu mukanya terlalu masam, macam nak makan orang dan saya mmg tak suka jika shift dia yang bertugas, nak amik tekanan darah pun muka tak manis, menakutkan! Dah la saya masih budak lagi masa tu. Tapi point di sini ialah nasihat nurse itu baik untuk saya tapi saya tak endahkan..ahh, betapa ruginya saya..

Sekarang saya masih bercuti menunggu result dua paper yang saya repeat mei lalu. Oh, menakutkan. “Mohon sangat padaMu semoga aku lulus dan boleh grade bulan 8 nanti. Aku mahu bekerja. Aku tak mahu lagi meminta-minta dari mak dan abah. Aku ingin menjadi seorang yang memberi pula”.

Siapakah aku?

Sekujur tubuh
yang mengembara di bumi
memenuhi janji
menunggu waktu
untuk pulang mengadapMu.

0 comments:

Followers