Baru aje hujan reda kat sini. Dari pagi tadi hujan. Terasa seperti mahu sambung tido pula. Tapi banyak kerja rumah perlu saya bereskan. Macam biasa pagi-pagi setiap hari saya tinggal sorang diri kat rumah.Setelah selesai kerja-kerja 'surirumah' barulah saya membatukan diri depan pc. Pukul 3.30 barulah mak balik. Dan setiap hari juga saya jadi driver mak ambil dia kat sekolah, tapi naik moto ajelah.
Saya sukakan hujan. Masa sekolah dulu waktu hujan adalah waktu yang paling seronok saya study. Rasa ape yang dibaca dengan senang meresap dalam neuron-neuron otak saya. Bunyi-bunyi rintik hujan dah cukup menghiburkan. Tapi ada juga manusia yang merungut bila hujan. Saya kongsikan artikel dari kotak emel saya tentang hujan...supaya selepas ini kita tidak lagi merungut bila hujan turun..
Bila langit
mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling "Cuaca
buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin
itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang
kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah
pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya
kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati
Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma terfikir, kenapa orang
selalu bad mood bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar
ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.
Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah
pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2
di saat
pintu2 langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok
akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak)
mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak
perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan,
dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah
epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa
tu? Kalau kita tak
suka epal masam tu, lainkali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak,
agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima
ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab
yakin itu semua dari Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami
tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa
Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya.
Kemudian, air tu akan disimpan di bumi.
Selama mana? Itu semua rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan
itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu
meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar utk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta
berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa
yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
1 comments:
gambo tu saya plagiat jer ms surfing,heh heh
Post a Comment