:'(

Hari ini Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini.

Semoga segala amalan dalam Ramadhan kali
ini diterima Allah yang Esa.

Ya Allah, panjangkanlah usiaku sehingga aku bertemu Ramadhan yang akan datang.

Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin...

Sudah Sampai :)


Tiada kata dapat menggambarkan betapa gembiranya hati bila sudah berada di kampung halaman. Sampai di kampung jam 10 malam :) Thanx cikgu Nurul kerana menumpangkan saya. Saya pasti hari ini lebih ramai blogger yang akan pulang ke kampung.

Semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik. Amin :)

Hangit

Saya baru balik daripada majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk PMR dan SPM di sekolah. Makan nasi beriyani. Macam biasa, saya tetap akan ambil nasi putih. Tak puas seh makan nasi beriyani. Saya tidak suka nasi yang selain daripada warna putih.



Semalam hari last saya buat biskut. Hari ni saya tutup kedai. Tapi hari last ni la biskut saya jadi hangit pulak. Sedulang pulak tu. Bahagian atas elok kuning, rupa-rupanya bahagian bawah dah hitam :D Tapi dapat satu pengajaran, dulang hitam ni tak boleh letak di bahagian bawah oven rupanya, sebab selalu saya letak di tingkat atas, ok je pembakaran dan tindak balas redoksnya.

Tapi yang hangit ni la yang sedap :p

Ermm, tak tau nak bebel apa dah. Sekarang saya nak mengemas beg untuk balik kampung esok dan juga nak mengemas bilik saya ni. Sebelum balik kampung mesti pastikan semuanya kemas!

SELAMAT BALIK KAMPUNG SEMUA.

_______________
Esok last day keje. Jasad je di kelas. Jiwa dah melayang ke kampung :p

Ape-ape Aje

Sebaik saje dah masuk dalam toilet tiba-tiba... Alamak! Lupe amek towel la pulak.

Tapi tetiba terpikir....

Eh, bukan setan takde ke bulan ni? So tak payah tutup paler pun takpe la kan? ...kekekeke.

Aci kan? :p

Maaf, tulisan ini seakan berbau busuk sedikit, hak hak!

Dah 22 hari kita puasa. Sikit je lagi masuk 23 hari. Cepat betul! Saya harap "kawan baik" saya tu tak datang la melawat saya bulan-bulan pose ni. Lebih baik la "dia" datang hari raya nanti. Lebih afdal. Kueh raya pun banyak masa tu kan? Hahaha.

Jom! Jom! Tunggu Lailatul Qadar. Ustaz kata tak payah cari Lailatul Qadar. Kita kena tunggu je dia mai. Sure dapat.

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Suka saya dengan angka ni. Pasal 83 tahun saya lahir. 4 pula adalah bulannya :)

Agak-agak kalau letak hantaran 13483 banyak tak? Ngeeee...

Oh ya! Saya ada dapat doa untuk dapat jodoh dari Kak Fiza rakan sekerja saya. (Ruru, nanti aku bagi kat ko jugak ek! Hik Hik Hik) . Tapi tak amal-amal pun lagi. Patutnya bulan yang semua doa dikabulkan ni la kena amalkan doa tu.

"Kak Fiza, akak amal berapa lama sampai akak sampai jodoh?"

"Dalam 3 bulan la. Lepas tu terus jumpe. Kawan kejap je. Pastu terus ambil keputusan untuk menghalalkan".

"Ooooo 3 bulan ek? Ok! Ok! Tunggu saya umo 26 nanti lah baru saya baca".

"Laaa..gitu pulak?". Tegur Kak Shidah.

"Ye la kak Shidah, buatnya saya amalkan, lepas 3 bulan ni datang pulak orang. Saya ni banyak benda tak buat lagi ni. Gunung Kinabalu tu pun saya tak panjat lagi ". :p

"Hey, awak ingat awak pun sama ke 3 bulan? Mungkin bahagian awak setahun dua baru Dia beri". Kata Kak Shidah.

"Aah ekkkkk? Hehehehehe" . Awat la aku ni bengong sangat? :D

Naili's Place

Semalam berbuka puasa dengan Geng Msjbox di Naili's Place, Sentul. Dekat je rupenya rumah saya dengan Naili's Place kat Sentul ni. Pasni ada la tempat lepak yang baru, takde la nak pergi Kampung Baru yang crowded tu :p

Restoren ni cantek. Ala-ala masuk dalam taman or macam dalam hutan pun ada. Tak pun macam rasa main pondok-pondok masa kecik-kecik dulu.




Makan melambak, macam-macam ada. Dewasa RM29.90. Kanak-kanak RM15. Tak larat ler nak amek semua.



Saya juz ambil rojak ni...


...dengan beberapa ketul potongan buah. Tapi yang wajib untuk saya semasa berbuka adalah nasi penuh sepinggan :p


Ambil udang masak petai, sayur kacang kelisa, dengan sayur pekenamenye ntah? Bedal je makan dan jugak kerabu mangga (masin giler! tukang masaknya bakal dipinang orang kot, hahaha. Kan orang-orang tua kata, kalau masak termasin, ada orang nak mai minang). Tapi aku ni rasanya banyak kali gak masak termasin, takdak pun orang mai pinang, hahaha. Tak releven sungguh kata orang-orang tua itu :p

Lampu yang bercahaya suram ni la yang memenuhi ruang Naili's Place ni. Romantik gitu. Tapi rimas la suram-suram ni. Kalau dalam bilik tidor takpe la jugak suram-suram kan? Haha. Ni masa nak makan saya memang amat memerlukan lampu kalimantang, kalau boleh lampu Neon, Argon, Krypton segala bagai, biar nampak segala tulang-temulang ikan.

Apa-apa pun tempat ni best la untuk makan sambil bersantai-santai. Yang tak bestnya suraunya kecik nak mampos. Campur lelaki perempuan pulak tu. Kena tunggu turn satu-satu jantina tu abeh solat. Rasa-rasa Naili's ni macam Melayu punyer. Buat la tempat solat besor sikit. Sabo je la...

To Shai, terima kasih kerana menerima kedatangan saya dan Nurul walaupun kami menggunakan duit bayaran main bowling yang tak jadi dulu, ehe. Rasa macam makan free plak. Mintak halal segalanya ok! :)

Mana ada saya malu-malu masa makan. Takde maknanya nak malu-malu. Kalau malu perot lapor ar :D

Biskut Lagi???


Hari ni sempat menyiapkan 6 bekas choc chips. Tapi nak kena buat lagi. Mungkin esok saya sambung buat. Tiba-tiba dapat tempahan lebih pulak. Gajus pun macam tu. Ina teman zaman sekolah dulu tiba-tiba nak order gajus dengan choc chip ni. Housemate dia pun nak. Saya sebenarnya memang dah nak stop buat. Tapi dah diorang nak, tak sampai hati pulak. Buat je lah, lagi pun bahan-bahan masih ada lagi.

Eh, ok lah. Nak bersiap-siap ni. Hari ni berbuka kat luar. Join Geng Msjbox berbuka puasa :)

Cau Cin Cauuuu ;)




____________
Ruru, aku dah bagi no fon aku, reply me back. Camne nak bagi choc chip ko?

Followers