Semalam berbuka puasa dengan Geng Msjbox di Naili's Place, Sentul. Dekat je rupenya rumah saya dengan Naili's Place kat Sentul ni. Pasni ada la tempat lepak yang baru, takde la nak pergi Kampung Baru yang crowded tu :p
Restoren ni cantek. Ala-ala masuk dalam taman or macam dalam hutan pun ada. Tak pun macam rasa main pondok-pondok masa kecik-kecik dulu.
Makan melambak, macam-macam ada. Dewasa RM29.90. Kanak-kanak RM15. Tak larat ler nak amek semua.
Saya juz ambil rojak ni...
...dengan beberapa ketul potongan buah. Tapi yang wajib untuk saya semasa berbuka adalah nasi penuh sepinggan :p
Ambil udang masak petai, sayur kacang kelisa, dengan sayur pekenamenye ntah? Bedal je makan dan jugak kerabu mangga (masin giler! tukang masaknya bakal dipinang orang kot, hahaha. Kan orang-orang tua kata, kalau masak termasin, ada orang nak mai minang). Tapi aku ni rasanya banyak kali gak masak termasin, takdak pun orang mai pinang, hahaha. Tak releven sungguh kata orang-orang tua itu :p
Lampu yang bercahaya suram ni la yang memenuhi ruang Naili's Place ni. Romantik gitu. Tapi rimas la suram-suram ni. Kalau dalam bilik tidor takpe la jugak suram-suram kan? Haha. Ni masa nak makan saya memang amat memerlukan lampu kalimantang, kalau boleh lampu Neon, Argon, Krypton segala bagai, biar nampak segala tulang-temulang ikan.
Apa-apa pun tempat ni best la untuk makan sambil bersantai-santai. Yang tak bestnya suraunya kecik nak mampos. Campur lelaki perempuan pulak tu. Kena tunggu turn satu-satu jantina tu abeh solat. Rasa-rasa Naili's ni macam Melayu punyer. Buat la tempat solat besor sikit. Sabo je la...
To Shai, terima kasih kerana menerima kedatangan saya dan Nurul walaupun kami menggunakan duit bayaran main bowling yang tak jadi dulu, ehe. Rasa macam makan free plak. Mintak halal segalanya ok! :)
Mana ada saya malu-malu masa makan. Takde maknanya nak malu-malu. Kalau malu perot lapor ar :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah! meriah korang eh buka pose sama2.
aku bkn geng msjbox. jd takleh join. huhu
salam cikgu dayah,
thanks datang yek
cikgu jawe,
bukan geng pun boleh le.
wah banyaknya dak dayah ni makan eh berbuka.. he he.. lawa kan tempat ni.. ermmm dayah leh dating pasni kat sini.. he he
cikgu jawe--> boleh ar join. tp aku rs ko bkn nak join pun kalo boleh. ko kan tak nak menonjolkan rupe ko :p
shai--> mekaseh shai
kasawari--> mestik ar byk :D mmg best utk deting kt situ, tp nak deting saper? hahaha
sedap giller sampai terkecuit air liur..ni yang tak sabar nak berbuka kat marriot petang ni..confirm akak pulun punya...
btw cookiess sangat sangat sangat sedap..akak nak order 2 boleh ke dayah...sempat tak...akak balik kg sabtu ni..
lagi satu sms akak no akaun awak...akan transfer tru internet aje tak susah pun....
kopi suam--> kalo sdp ok la. sy takut tak sedap. kalo apa2 kureng habaq mai la nooo...
Post a Comment