Cuti Dah Abehhh...

Saya dah nak balik Kolumpo. Terpaksa stop berblog setakat ini dulu. Nak masuk stimix tak masuk-masuk lagi. Bosan betul!

Sepanjang cuti seminggu ni tiada aktiviti apa pun. Duduk terperap di rumah aje. Cadangnya nak buat power point untuk mengajar nanti, tapi haaaaraamm tak di buat! Bila balik rumah segala-galanya jadi lain. Perkara yang sepatutnya buat, saya tidak buat.

Tapi, sempat juga saya buat kek coklat resepi dari Ina. Terima kasih ye Ina. The cake is really moist. Macam pakai moisteriser plak, keke. Cheesecake Ina tu tak jadi la nak buat. Pasal dah tak larat, hehe. Nanti raya lah buat pulak :)

Image Hosted by ImageShack.us


Saya buat tiga, satu mahu diberi pada kakak-kakak pejabat kat sekolah. Satu untuk kakak-kakak makmal dan satu lagi untuk housemates saya. Tapi takut jugak nak bagi. Takut diorang makan rasa tak sedap,huhu. Tak reti tatacara menghias kek. Main hentam kromo aje la jawabnya.

Keluar ke Bandar Diraja siang tadi, saya ter-berminat untuk membeli dua objek ini.

Image Hosted by ImageShack.us


"Kamu nak buat apa rotan tu? Jangan nak rotan-rotan budak pulak!"

Nada mak macam risau jer, hehe. Mana ada saya nak rotan. Saja je beli. Sebab tak mahal. Seringgit je. Tu pasal saya beli :D Tak tahu nak bawa ke kelas ke tidak. Kalau bawa pun sekadar untuk pukul kat meja je kot. Tak larat la nak jerit-jerit bila tetiba kelas jadi di luar kawalan. Setakat ini saya tak pernah lagi sakit tekak. Orang kata jadi guru kena pandai guna suara dari perut. Baru tak sakit tekak. Tapi macam mana nak keluarkan suara dari perut yer? Kena pegi belajar dengan Cikgu Siti Hajar AF kot!

Rasa-rasanya tidak akan dibawa ke kelas. Segan jugak kat cikgu senior. Kang apa pulak diorang kata. Lebih-lebih pulak cikgu baru ni. Tak pasal-pasal je kena kang, haha. Saya letak kat meja saya dalam bilik guru ajelah. Buat hiasan :p Apa-apa pun saya tidak sabar untuk pakai beg rotan baru tu ke sekolah, ngeh ngeh!

PA'CHIK! Saya tak sempatlah nak buat poll tu. Biarkan aje lah. Biarkan dahulu rakyat Malaysia yang lain pakai Persona dulu. Yang pastinya saya tak mahu jadi tikus putih, hehe. Walaubagaimanapun, idea-idea bernas dari Acai amat mengujakan saya. Memang amat boleh diterima pakai. Terima kasih ye bro :) Kereta idaman saya pun sebenarnya adalah yang berjenama HONDA. Macam gambar di bawah ni la :p

Image Hosted by ImageShack.us


Cuti merdeka yang direct jumaat-ahad ini saya tak balik kampung. Pasal membe saya Ina kata tiket ke Kuala Kangsar sudah habis. Maka dalam kepala ni sedang merancang-rancang apakah aktiviti yang wajib saya buat. Mungkin saya boleh melawat cik akirasuri. Boleh ek cik akirasuri? ;)

Kalau tidak pun saya teringin untuk ke Zoo Negara. Tapi siapa yang mahu temani saya? Bila saya lontarkan hasrat hati untuk pergi ke Muzium Negara lagi la takde sape yang nak temankan saya. Rakan-rakan saya tak seorang pun cenderong ke arah sejarah-sejarah peradaban manusia nih. Dulu masa melawat Terengganu saya sorang je yang terover excited untuk melawat Muzium Terengganu. Sudah-sudahnya saya bergambar aje la depan tangga muzium. Sedih..sedih..

Oklah, panjang umur kita bertemu lagi. Aminbakish, terima kasih datang rumah. Jangan lupa burn banyak cerita Japang! Nanti cuti raya gue datang rumah angkat itu cd :D

See u later fren! :-h

Jiwa Kacau Lagi

"Nah, tengok ni. Abah rasa baik kamu pilih yang ni".

Ahhh.... Sudah saya agak perkara ni pasti akan berbangkit semula. Sekali lagi saya rasa tidak diberi peluang untuk pilih buah hati saya sendiri. Kena ikut famili arrangment jugak ke zaman sekarang?

Hari itu abah dah mula setuju dengan pilihan saya. Tup tup muncul pulak mamat sekor nih. Bukan saya yang berubah hati, tapi abah pulak. Mak jugak semacam bersetuju. Lagi-lagi setelah mak lang campur tangan. Mana mungkin saya seorang melawan pendapat 3 orang.

"Rugi kalo pilih yang tu... Kamu kena pikir jugak famili kamu. Kamu anak sulung. Mesti bagi yang terbaik kat mak abah kamu", kak wanie pulak menambah semasa kami sembang-sembang dalam kereta dia sementara tunggu mak dan mak lang singgah beli durian di Bukit Gantang.

"Tapi kenapa? Kenapa kita kena korbankan kehendak hati kita demi untuk puaskan kehendak orang lain?", balas saya.

"Macam kak wanie jugak. Ingat kak wanie suke ke nak pilih yang sekarang ni. Tapi sebab Mak Lang kamu kata dia takmau **** kalo kak wanie tetap dengan pilihan kak wanie. Kak wanie ni lagi la, bukan anak sulung macam kamu, tapi anak perempuan sorang".

Saya tarik nafas panjang-panjang. Mengeluh... Dalam hati tebayang-bayang buah hati saya. Sudah terbayang dalam fikiran saya yang kami akan bersatu 6 bulan dari sekarang. Tegarkah saya untuk meninggalkan dia? Pada saya, saya dan dia boleh menjadi serasi. Walaupun dia tidak la segah si mamat yang abah berkenan ni, tapi buah hati saya ni coooomel sangat! Dah lama saya membayangkan hidup saya bersama dia. Kami akan pergi ke mana-mana bersama-sama. Susah senang tetap akan kami harungi bersama.

Walaupun hati saya tidak bersetuju, saya senyap-senyap ada la juga meng'usha-usha' pilihan yang abah berkenan ni. Sekali pandang memang saya menyampah. Tapi bila banyak kali pandang rasa macam kemungkinan untuk jatuh cinta berahi dengan dia tu ada jugak,haha!

Saya tak suka bukannya apa.. Sebab saya sudah banyak mendengar kabar-kabar yang tak elok tentang asal-usul dia. Isk, tak mahu saya kalau akar umbinya sudah ada yang busuk. Tapi ada juga saya mendengar, kali ni keluarganya telah banyak berubah. Sudah tak macam dulu. Dah jadi bagus dan lebih baik.

Macam mana ni kawan-kawan?

Saya sayang bakal buah hati saya Myvi SE...huhu!

Image Hosted by ImageShack.us


Tapi banyak pihak-pihak yang terbabit dalam hidup saya meng'syor'kan saya mamat nih!

Image Hosted by ImageShack.us

Bila saya tanya banyak orang, masing-masing ada pendapat sendiri. Keputusan undian sama banyak. 50-50 :D Jadinya di sini, saya buka undian untuk para pembaca yang budiman sekalian. Pengundi bertuah akan mendapat hadiah kek coklat. Kalau nak meh ke ghumah! kekeke

Note : **** = naik ;)

Genap Setahun

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar hari ini sudah genap setahun saya berkonvokesyen. Saya teringat pun pasal membe seangkatan saya berkonvo semalam, pada sidang terakhir konvokesyen USM.

Memang best tahap ultraman masa berkonvo. Terasa diri ni la yang paling cun-melecun,paling best dan bermacam-macam paling lagi,haha! Keterujaan saya itu rasanya setaraf dengan keterujaan orang yang bergelar raja sehari. Tambahan pula saya dapat juga grade di saat genting di mana nasib saya berada di hujung tanduk kerbau yakni nyaris extend la wei! Dan dapat grade di saat genting juga adalah merupakan kejayaan saya yang terlampau pada tahun 2006 :D

Image Hosted by ImageShack.us

Saya yang masih di dalam mood perasan cun! hehe

Ini adalah hasilnya setelah bertungkus-lumus mengambil 26 unit di semester akhir. Memang saya giler.

Image Hosted by ImageShack.us


Tidak langsung bertujuan untuk riak dengan mempamerkan sekeping kertas ni. Saya sedikit pun tidak berasa bangga dengan diri saya yang memiliki sekeping kertas ni. Jika masa boleh diputar ingin saja saya mengubahnya kepada yang lain. Dan bukan ijazah ini yang saya miliki. Tapi masa mana boleh patah balik.

Tapi seriusly, saya seakan rasa tiada kepuasan dan tiada achievement pun dalam hidup saya yang boleh saya banggakan. Kini saya hanya sekadar bekerja dan bukannya mencapai cita-cita. Kadang-kadang ia amat menyeksakan. Apa harus saya buat yer? Cari peluang lain? Peluang apa yang saya ada? Dan ramai orang berkata, kena bersyukur dengan apa yang ada. Manusia memang tak pernah rasa cukup. Saya la manusia tu!

Satu-satunya yang amat saya harapkan adalah supaya saya sentiasa ikhlas dan dapat menjalankan amanah saya sebaik mungkin. Kerana saya tahu rezeki itu mesti sentiasa dari sumber yang halal. Dan untuk mendapatkan yang halal hati sentiasa mesti ikhlas.

Macam mana nak ikhlas? Oh ya! Pegi belajo dengan Si Fandi sinetron Kiamat Sudah Dekat :p

*Saya tiba-tiba rasa downnnnnnnnn. Tapi bukan Down Syndrome ok!*

Pertama

Pagi tadi saya bermalas-malasan di katil. Malasnya mahu bangun. Tapi kena bangun juga pasal hari ini saya kena hadiri majlis kahwin rakan sekolah. Nampaknya ini adalah aktiviti pertama saya di musim cuti sekolah. Asal membe kawen je cuti sekolah, asal cuti sekolah je membe kawen. Dah tu pulak, asal depa kawen je saya pergi, asal saya pegi je depa kawen!!

Bangun tido, lepak-lepakkan diri di dapur makan cempedak goreng tanpa memberus gigi terlebih dahulu, walla sedap, haha! *Apa? korang geli? tu la korang, ape pulak geli. Padahal air liur dalam mulut lepas bangun tido ni penawar tau. Amalkan lah ye, bangun aje dari tido teroih pi minum ayaq masak, tak payah kumur mulut dulu. Untuk lebih berkhasiat korang makan la cempedak goreng sekali :p *

Janji dengan Ida, Yati dan Ain untuk pegi sekali jam 12.30. Jam pukul 11 saya masih tidak mandi. Sedang asyik sembang dengan mak, tiba-tiba kipas angin yang berputar ligat tu berhenti dengan tiba-tiba. Uwaaaa!!!!! Letrik takde, baju nak pegi kenduri tak iron lagiii!!!

"Padan muke! Dari tadi dok melangut jer....", mak bagi sejibik.

Cepat-cepat call Ida.

"Wei! Umoh kamu ade letrik dok?"

"Xde!"

"Ala, camne ni, aku tak iron baju lagi ni..."

"Hahahaha, tu la kamu sape suh tak iron awal-awal. Dah tu kamu nak pegi ke tak ni?"

"Nanti la aku tunggu letrik dulu. Kena iron gak baju. Baju yang tak iron ada la, tapi baju kelawor! Hehe... Nanti aku inform balik lah!"

Lepas tu telefon umah Yati pulak. Umah dia pun takde letrik. Mesti la takde kan, dah satu kawasan juga, ape daaa....

TETAPI! Lepas aje mandi letrik pun pulih seperti sedia kala ;) Cepat-cepat la saya mengironkan baju tersebut. Buatnya tetiba takde kang naya. Maka dapatlah juga saya menghadirkan diri dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan di rumah orang kenduri tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Awal-awal nampak ni dah tau dah ianya tulisan gg, pengantin perempuan...

Image Hosted by ImageShack.us

Kawan dari sekolah rendah akhirnya ke jinjang pelamin jugak... syukur syukur

Image Hosted by ImageShack.us

Kami yang berkawan dari form 1 hingga kini. Ahh, i miss my old school days... sob sob!

Ok lah! Ini adalah aktiviti pertama saya di musim cuti sekolah. Macam bosan pulak rasanya cuti kali ni padahal masa ari nak balik tu bukan main berkobar-kobar. Tak sabar nak tunggu loceng waktu akhir bunyik! :p

Image Hosted by ImageShack.us

Happy holidays to all teachers and students in Malaya! :D

Balik Kampung di Musim Buah

Sudah sebulan tidak update blog. Sungguh la bosan tanpa kehadiran intenet. Saya sudah pindah rumah. Tidak lagi menyewa bilik. Rumah baru saya sudah sedia ada line telefon tapi saya masih tiada masa ke kedai telekom untuk mengaktifkan semula line telefon tu.

Semalam pukul 8 pm saya sudah sampai ke kampung. Sekarang kan musim buah. Kalau tak balik dalam masa 2 minggu ni, alamatnya buah pun habis lah! Kebetulan isnin-rabu depan ada ujian bulanan kedua, maka dengan itu otak saya sedikit ringanlah kerana tiada P&P yang perlu dilaksanakan. Jadi balik kampung pada minggu ini amatlah sesuai.

Benda paling mengujakan saya adalah buah pulasan. Mak kata pulasan saya berbuah kali ni. Huhu...setelah 7 tahun akhirnya ia mengeluarkan hasil. Saya tanam di hari keluarnya result spm. Petangnya tu saya tanam. Mak kata tanam la, sempena memperingati result spm yang keluar. Macam bagus je result aku dapat,hahaha!! Kalau saya kawen lepas spm, bermakna anak saya sudah darjah satu,hik hik! Tapi saya tak kawen, saya tanam pokok! :p

Image Hosted by ImageShack.us

Betapa gembiranya hati pokok yang ditanam sudah berbuah. Dulu masa menganggur, kalau sapu laman selalu pi kat pokok pulasan ni. Cakap-cakap dengan dia suruh cepat berbuah, pastu suruh dia doakan saya cepat dapat keje. Tapi sekarang dah keje rasa macam takmo keje plak,ngeh ngeh!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Lihatlah isi dia, wallaaaa sedap! Tengok tangan sapa la yang tanam kan? ;)

Oklah, saya mahu makan durian, rambutan dan manggis pulak. Esok dah nak balik kl. Kena makan sepuas-puasnya. Oh ya, kak luna telah mencemarkan duli saya, maka tiada lagi duli saya yang membolehkan saya menjadi halimunan. Kak luna jahat!! kekeke...

Entry ini tiada tajuk

Geee...Geee...

Nak tau apa sudah jadi pada gigi saya. Dentist tanya mahu cabut atau mahu tampal?

"Which is better for me?"

"It's up to you".

"Ermm... Tampal je lah!"

Dentist pun mencocok ubat bius. Sesambil tunggu tu dia pi buat apa ntah? Lepas tu dia pun menggerudi gigi saya sesuke ati bapak tiri dia. Memang sejibik macam bunyi blender. Betoi kata Dr.Hafiz :p Tetapi ketakutan saya kepada blender lebih dulu dari ketakutan saya pada dentist. Macam mana tu? Haha.

Lepas dah setel semua dia cakap ape nak tau?

"In case u rasa sakit,u come here again, itu gigi kasi cabut. Kalau tak sakit aaa, u datang juga maa..kasi tuka itu tampal tuka sama permanent punya".

What the h**l is this?

Untuk memastikan sekali lagi saya tidak salah dengar saya ucapkan kembali apa dentist tu kata. Dia pun mengiyakannya.

"Nanti tampal yang permanent kena bayar lain la?"

Dentist tu mengangguk.

Apa kejad**nye tak tampal yg permanent terus kat aku tadi? @#%^$!

"Then kenapa doc tak tampal yang permanent aje tadi?"

"Nanti u rasa sakit...cabut saja la...itu pasai tampal sementara saja dulu".

Apakah konsep yang digunakan oleh dentist ni pun saya tak tahu lah. Sudah la terbang rm51 hengget masa tampal tu. (sape suh datang kat swasta, padan muke!) Nanti nak kena tampal yang permanent pulak. Tak penah pulak zaman sekolah dulu ada tampal-tampalan sementara ni. Sampai sekarang memang saya tak rasa sakit gigi, tapi tak tahu la sampai bila tampalan sementara ni boleh bertahan. Geramnya hati. Saya punya la pujuk hati sendiri jumpa dentist tu, siap rasa nak patah balik je bila sampai depan pintu klinik tu. Kenapa tak tampal permanent je? Kot sesapa faham konsep gigi-gigi ni sila la beri penerangan pada daku. Isk..isk..

Kak Luna

Terima kasih kak luna kerana sudi mencemar duli datang ke teratak hamba. Jumpa juga akhirnya ye :P Sorry la jika layanan tidak memuaskan. Tak ada makanan pun, teruk betul! :D

SIARAN TERGENDALA SEKALI LAGI... HARAP MAAF

Seperti yang sepatutnya terjadi, siaran dari blog ini akan mengalami gangguan satelit sekali lagi.

Bila la nak dapat gaji ni :-w PULANGKAN DUIT KAMI!!! KAMI MAHU KEADILAN!!! KAMI PERLUKAN WANG!!! KAMI TIDAK SANGGUP BERHUTANG LAGI!!!

Menurut mereka yang bertanggungjawab, 25hb ini duit masuk. Ye, saya tunggu, saya akan lihat, saya akan cek di akaun maybank saya. Saya akan cocok kad tu ke mesin. Err....tapi...saya dah lupa la paswed kad maybank tu. Apa ye? Maklum la sudah hampir dua tahun akaun tu kering. Ooooo ye sekarang saya sudah ingat! No. paswed ATM card saya adalah ******;)

Perkara pertama saya akan buat jika duit masuk adalah membayar hutang pada Ah Long. Eh, bukan! Pada mak saya. Tetapi mujur ada diskaun ;;)

Tak nak balik! Tak nak balik kolumpo! Uwaaaa... bencinyeee :(

"Malasnyer nak ngajo semula...".

"Malasnyer nak blajo semula...". Sahut adik saya.

Rupa-rupanya kedua-dua belah pihak ada vitamin M. Ini semua gara-gara cuti lama sangat la,ehe.

Tetapi disebabkan saya sudah menyanyikan lagu :

Kami guru malaysiaaa....
Berikrar dan berjanjiii....
Mendidik dan memimpin....
putra putri negara kitaaaa....
ooo ooo .. shalalalala... ooo yeahhh! --> sound effect!

Maka dengan ini, saya terpaksa pergi dulu untuk menjalankan amanah. Sehingga bertemu lagi :-h


Followers