Melah Pinang

Enggau penuh basa sereta puji ngelalu ke penatai
Nuan/Kita Sebilik/Kita Serumah

NUR HIDAYAH
ngagai pengerami melah pinang anak lelaki kami

Jeffery Anak Budin
enggau
Norafizah bte Zainuddin

Alai : Rumah Budin, Sungai Majau, 96700 Kanowit, Sibu, Sarawak.

Kami gaga ati sereta meri besai terima kasih
ngagai penatai bala kita

Jemputan di Sarawak ni tak dapek den nak poie. Den poie kek Bahau ajolah!


Pukul 6.40 petang tadi selamat sampai ke KL dari Bahau setelah tido semalaman di rumah Fiza. Puas hati dapat pergi kenduri kawen Fiza. Membe semasa di USM. Fiza ni jugak housemate saya masa praktikal. Zaman belajar macam mana nak jadi cikgu. Bezanya dia dapat praktikal di sekolah Teknik di Pekan. Saya di sekolah kampung. Sekarang dia mengajar anak-anak Iban di Miri. Saya mengajar anak-anak Kota Lumpur.


Ikut hati nak ikut pergi majlis di rumah panjang, hehehe. Tapi Fiza tak bagi. Takut saya terkejut tengok nanti katanya. Hahaha. Tapi dalam hati memang tersimpan keinginan nak pergi jejak kaki ke rumah panjang Jep nih.


Seorang Melayu dan seorang Iban. Tapi bukan berkenalan di Sarawak. Berkawan sejak dari USM lagi. Dua-dua PALAPES Navy. Fiza dah terer cakap Iban. Ternganga saya dan Nurul dibuatnya.

"Wei! Hang cakap Iban?"

"Kena la dayah oiii!!! Mak ayah Jep mana reti cakap bahasa lain. Lagipun anak murid aku Iban. Nak explain bahasa melayu mana paham. Lama-lama reti la aku cakap. Itu pun kira beginner je tau".

Mak Ayah Jep. Ayahnya Tuai Rumah. Jangan main-main, ehe.

Kakak n Abang ipar Jep. Tak sempat saya nak bergambar personal dengan anak sedara Jep yang berpakaian tradisional tu. Cepat pulak dia salin pakaian. Silap gak, apesal tak kusarung je pulak pakaian tu. Kan lagi gempak :D


Oh ya, Fiza mendapat jurufoto yang tak best lansung. Takde aksi lompat-lompat. Takde aksi baling-baling bunga. Takde aksi candid. Takde aksi giler-giler. Semuanya aksi skema nak mampos! Semuanya aksi macam pengantin dulu-dulu. Tak happening seh! Harap je camera panjang macam hidung Pinnochio. Tapi tak pro, hahaha. Eh, selamba je saya kutuk. Tapi memang yer. Dah la asek ambil gambar pengantin berdua je. Bila nak masuk dengan kawan-kawan tak dibaginya. Sabo je la.

Sembang-sembang dengan Jep, ditanya saya, "Dayah bile lagi?"

"Hahahaha!". Gelak je lah. Tak reti nak jawab gapo.


On da way balik, beli buah naga kek Kualo Pilah. Dah banyak tanam buah naga rupanya kat Kuala Pilah ni. Maso den matrik sini dulu takdo pun laei. Ahhh, rindu zaman hidupku di Kuala Pilah! Dah 6 tahun tak jejak Kuala Pilah sehinggalah pergi ke kenduri Fiza ni. Tapi tak sempat jenguk matrik saya. Lain kali nak datang lagi lah. Nak ajak membe-membe satu praktikum menjejak kenangan lama.

Semoga berbahagia buat Fiza dan Jep. Ahlan wa Sahlan buat Jep.

Daaa...

Sekejap lagi nak balik ke KL semula. Tapi tak terus ke KL. Kena tido umah Nurul di Serendah 2 malam dulu. Makcik tu ada tuisyen pulak. Hari Jumaat baru gerak ke KL. Tu pun singgah rumah sewa sekejap, kendian nak gerak ke Bahau, Negeri Sembilan pulak. Tido umah Fiza. Hari Sabtu kenduri kawen Fiza.

Tengah hari tadi sempat pergi Bandar Diraja kejap. Pekena laksa Kuale. Ada satu gerai tu saya suka. Laksanya sedap! Siap mintak dua pinggan lagi beserta kopi o panas. Ahhh! Heaven!

Lepas makan laksa, pi Bukit Chandan kejap. Shooting depan Istana Kenangan @ Istana Kuning. Tiba-tiba teringat yang saya tak pernah lansung pergi Galeri Sultan Azlan Shah. Ape ke punyer bengong cuti ni tak pegi. Isk isk! Dah nak balik baru teringat akan kebodohan diriku ini.

Ok lah geng! Nak chow dulu. Mungkin 4, 5 hari blog ni tak dapat dijenguk kot. Umah Nurul di Serendah tu takde intenet la pulak. Korang jangan la buat blog ni macam blog korang sendiri pulak. Ingat sikit blog ni ada Tuan! :D

Pet Baru


Ada pet baru la pulak. Walaupun kat rumah ni dah ada 13 ekor kuceng, hehe. Tapi semuanya dah jadi liar sikit. Susah giler nak dapat pegang. Semalam ke Pekan Senayan. Ada cina jual arnab. Setelah ditenung-tenung, digosok-gosok, akhirnya amek la 2 ekor ni.


Chot dan Coco

Rasanya best pulak bela arnab. Biar dia lepas dalam rumah. Terkedek-kedek dia melompat. Tak sabo tunggu dia besor. Esok dah nak balik KL, nampaknya tak dapat la nak tengok pembesaran Chot dan Coco ni.


** Pekan Senayan = Pekan Isnin.
Kadang-kadang ia juga disebut Pekan Senin.




Kasi Potong!

Dulu dari kecik cita-cita saya nak jadi doktor. Tapi Allah tu lebih tahu dan kenal diri saya ni macam mana. Macam mana la nak jadi doktor kalau tengok video khatan anak sedara pun dah tutup-tutup muka. Tengok di balik jari-jari je, hehe.


Ni Alang. Tahun depan darjah 3. Masa raya puasa hari tu punya berani cakap nak bersunat. Tengok-tengok menangis bagai nak rak. Masa tuuuuttt nya kena inject dah melalak. Tapi memang sakit seh aku rasa. Eee.. takut! Seb baik saya pompuan :D

Masa kat rumah, elok je ubat bius habis lagi la dia melalak.

"Ibuuuu !!! Tolong la ibu! tolong laaa!!! "

"Ibuuu... sakit la ibu! Alang tak tahan!"

"Ibu la ni suh Alang sunat. Alang tak nak! Ibu la punye pasal ni!"

"Ibu takpe la, boleh makan sedap!"

Macam-macam lagi la ayat keluar dari mulut dia. Kitorang yang lain gelak-gelak je. Pasal memang lawak tengok aksi dia. Kesian tu memang la kesian. Tapi nak buat macam mana. Tapi lepas beberapa jam, sakit dah ilang, dah senyum dah main game handfon. Tambah-tambah dapat kutip tol.

"Alang, banyak dapat duit ke? Kalo banyak, tahun depan boleh potong lagi sekali". Kata Tok Wannya, abah saya.

Senyum je dia. Suka tengok gaya dia bila orang bagi duit. Mesti cium dulu duit tu sebelum letak bawah bantal. Hehe. Katanya nak beli game dengan duit-duit tu. Sabo je la anak buah aku ni.


Ni lagi sorang, Fahmi. tahun depan darjah 4. Tapi dia relax je. Tak menangis pun. Memang tengok dalam video dia tahan je sakit. Tapi dia kata, "Sakit gilerrrr!!!". Hehehe.

Bila ubat bius dah habis, nampak la dia kerut-kerut muka tahan sakit. Yang si Alang di sebelah memang melalak-lalak dah.

"Fahmi, sakit tak?" Tanya saya.

Dia angguk je.

Pukul 5 saya, mak, abah, adik pun balik semula ke Kuala Kangsar. Akhirnya dapat juga tengok orang bersunat macam mana. Dulu masa sepupu bersunat atas batang pisang dengan tok mudim kampung, saya masih budak-budak. Nak pi tengok, orang-orang tua tak bagi, haha. Sekarang boleh dirakam. Hurmm, zaman dah berubah. Dunia dah maju :p

Lagi Kawanku Kawen

Semalam saya dan Nurul ke Taman Serdang, tapi bukan di Serdang, Selangor yer. Taman Serdang di Sitiawan, Perak. Pergi majlis kawen Husna dan Fadzli a.k.a Pali. Asalnya kenal Husna ni melalui blog la juga. Tengok-tengok Husna ni kawan kepada Min jugak. Cam friendster la gitu, haha.


Kebetulan saya pun pakai tema yang sama pulak dengan tema pengantin ni, ehe. Husna dan Pali ni dua-dua blogger jugak. Tapi dah berapa aktif la pulak. Tak macam saya, yang masih kental ketegarannya, hahaha! :p

Balik dari kenduri terus ke rumah Mak Lang di Manjung. Lepak barang 2 jam, pastu balik ke Kuala Kangsar. Sikit lagi nak sampai Kuala Kangsar mak Nurul call suruh pergi Ipoh pulak, ambil banner dari kawannya. Jam dah hampir pukul 7. Terus ke Ipoh ikut highway. Balik dari Ipoh jam sudah hampir pukul 10. Alamak! miss Sehati Berdansa! :D

Ok lah, nak ke Ipoh pulak ni. Ada kenduri lagi. Kenduri khatan!





Resepi Hari Ini

Nah! Ni resepi cheesecake yang diminta.

Blueberry Cheesecake


i. Bahagian dasar kek keju

100 g biskut digestive (biskut marrie pun boley)
30 g gula perang (gula castor pun boley, tak boh gula pun boley)
15 g serbuk koko (tak nak boh pun boley)
100 g mentega cair

1. Hancurkan biskut digestive (boley blend, senang koje)
2. Campurkan semua bahan hingga sebati.
3. Tekan rata-rata dalam acuan bulat. Pastu simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.

ii. Adunan cheese

A. 500 g krim keju
110 g gula

B. 40 g tepung

C. 3 biji kuning telur
1 biji telur

D. 400 ml tairu

E. 3 biji putih telur
75 g gula

F. 30 g tepung jagung

G. Inti pati blueberry

Cara-cara :

1. Putar A hingga lembut. Tambah B hingga sebati.
2. Campur C dan putar hingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur D dan adun hingga rata.
4. Pukul E sehingga pekat. Tambah F dan adunkan. Tambahkan ke dalam adunan keju. Gaul sebati.
5. Tuangkan separuh adunan keju ke atas loyang dah ada base biskut tu tadi.
6. Letakkan blueberry dan tuangkan baki adunan keju tadi.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
9. Keluarkan kek keju dari acuan. Hiaskan dengan blueberry dia atasnya.
10. Siap!!!

Tips :

1. Letak Aluminium foil dalam loyang untuk senang keluarkan kek.
2. Letak dulang yang berisi adunan dalam dulang besar yang berisi air.
3. Lepas kek masak, jangan keluarkan dari oven. Biarkan ia sejuk dalam oven. Buka je pintu oven tu sikit. ( Ni untuk elakkan kek jadi pecah-pecah macam kerak kat bulan)
4. Dah sejuk suam-suam dalam oven, boley le letak dalam peti ais. Esok pagi hias, pastu boley la kome ngap!


Seterusnya resepi yang kak zana mintak. Adehhh.. penat ahkak menaip tau!!! Nasib baik sambil dengar petikan gitar letrik Jerry C - Canon Rock. Semangat sket ahkak.

Biskut Tepung Kacang Hijau

(klik untuk gambar)

Bahan-bahan :

120 g butter
50 g gula castor
120 g tepung superfine
50 g tepung kacang hijau (jenama BABAS. Jangan gatai tuko jenama lain. Babab kang baru tau!)
Sedikit pewarna hijau (1/4 penutup)

Hiasan : gula castor, coconut toast

Cara : (senang tahap gaban!)

1. Satukan butter, gula dan pewarna. Pukul sampai kembang.
2. Masukkan semua bahan yang lain dan uli sebati.
3. Terap dan bakar.
4. Hias dengan coconut toast dan gula castor.

ps : Chef tu kata jenama BABAS tu tepungnya wangi sikit.


Sekian dulu kelas masakan hari ini. Cuba jangan tak cuba! Saya nak pi sarapan nasi lemak kopi radix kejap. Mai secawaaannn!



Followers