Daaa...

Sekejap lagi nak balik ke KL semula. Tapi tak terus ke KL. Kena tido umah Nurul di Serendah 2 malam dulu. Makcik tu ada tuisyen pulak. Hari Jumaat baru gerak ke KL. Tu pun singgah rumah sewa sekejap, kendian nak gerak ke Bahau, Negeri Sembilan pulak. Tido umah Fiza. Hari Sabtu kenduri kawen Fiza.

Tengah hari tadi sempat pergi Bandar Diraja kejap. Pekena laksa Kuale. Ada satu gerai tu saya suka. Laksanya sedap! Siap mintak dua pinggan lagi beserta kopi o panas. Ahhh! Heaven!

Lepas makan laksa, pi Bukit Chandan kejap. Shooting depan Istana Kenangan @ Istana Kuning. Tiba-tiba teringat yang saya tak pernah lansung pergi Galeri Sultan Azlan Shah. Ape ke punyer bengong cuti ni tak pegi. Isk isk! Dah nak balik baru teringat akan kebodohan diriku ini.

Ok lah geng! Nak chow dulu. Mungkin 4, 5 hari blog ni tak dapat dijenguk kot. Umah Nurul di Serendah tu takde intenet la pulak. Korang jangan la buat blog ni macam blog korang sendiri pulak. Ingat sikit blog ni ada Tuan! :D

3 comments:

Faisal Admar said...

wah sekali bedal 2 pinggan! haha. ganas tol.

p/s: baru je balik dari makan mee udang di teluk kumbar :)

DeeN said...

Er.. apa bezanye laksa kuale dgn laksa2 yg lain ek..? Tp, aku bukan 'hantu' laksa. Hehehe...

Selamat pi kenduri.

Abang Long said...

Bila tengok resepi laksa, buku masakan terbitan ALAF 21. Rupanya ada berbelas resepi laksa. Makaaaiiii ...

Followers