Dikarang oleh
hayad
on Monday, September 24, 2007
Kenapa otak saya semakin beku untuk menulis di blog ni ha?
Tiada idea
Tiada bicara
Tiada yang best untuk dicerita
Anda ada apa-apa nak tanya?
Dikarang oleh
hayad
on Friday, September 21, 2007
Yeeee Haaaa!!! Sekarang saya sudah ada Mr. Maxis Broadband. Minta maaf yer Mr. Streamyx. Daku tidak jadi mahu menikahi dikau,keke. Suatu hari saya jalan-jalan nampak promosi maxis broadband, terus pergi pinang dia :D
Selamat melayari intenet doploh pat jam ditujukan khas untuk diriku. Semoga laptop ni tak terbakar sudah...
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, September 16, 2007
"Kamu kena balik tetiap minggu. Dah ada cikgu tempah"Itu la arahan mak pada saya semasa perbualan dalam telefon. Saya memang tak mahu pelanggan saya lari. Jadi tiap-tiap minggu saya kena balik kampung juga. Minggu ni adalah minggu pertama saya balik. Tahun depan memang saya kena beli oven dan letak kat rumah sewa tu. Nanti raya tahun depan akan saya luaskan lagi pasaran biskut-biskut raya saya, hooyeaa hooyeaa!! Pak Lah! Bagi la bonus! Plez..plez... Saya nak beli oven laa :D
Hanya dapat buat 11 balang penuh jer. Kan best kalau budak-budak sekolah kat Malaya ni cuti sekolah sepanjang bulan puasa ni,hehe. Kan best kalo saya boleh minta cuti sebulan tanpa gaji untuk menumpukan sepenuh perhatian dan usaha padu saya untuk menghasilkan wang dalam bidang nan satu ini :DSaya mesti beli oven juga. Tambahan pula sudah ada orang-orang di sekolah tu yang mahu menempah kek coklat saya ;) ;) Langkah bijak saya dengan menghadiahkan mereka kek coklat itu telah membuahkan hasil. Syukran..syukran. Marketing plan mesti mau power kawannn, ngeh ngeh!
Rabu ini saya akan ke Putrajaya. Ada temuduga. Ramai kawan-kawan yang sudah ber'msg-msg-an' dengan saya meluahkan perasaan takut, risau, bimbang, dup dap dup dap!! Ada yang sudah lepas, dan ada yang belum seperti saya. Yang saya pelik, saya sikit pun tak rasa berdebar... ini alamatnyeeee... ntah la..Kalau mengikut teori saya semasa di U dulu, setiap kali musim exam, jika saya rasa berdebar-debar untuk menduduki paper tu, bila dapat soalan saya dapat jawab. Sebaliknya jika saya tak rasa apa-apa debaran pun untuk seat for that paper, mesti bila dapat kertas soalan saya tak berapa boleh jawab dengan baik. Mati la saya kalau teori musim exam di U itu juga sama dengan yang bakal terjadi semasa interbiu nanti. Kalau dia tanya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Insya Allah saya boleh jawab. Buatnya dia tanya siapa Perdana Menteri Uganda, mampos saya. Semoga saya selamat dalam bilik interbiu itu. Cadangnya mahu beli baju kurung hijau pucuk pisang supaya interviewer tu rasa sejuk pandang saya, haha..boleh gitu? :pKepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap dapat mendoakan kejayaan saya dalam sesi interbiu yang bakal berlansung itu. Dan kepada sesiapa mahu tempah biskut raya dengan saya diharap dapat meng'hold'kan tempahan anda itu tahun depan, pasal tahun ini saya tak cukup kaki tangan :pSalam Ramadhan semua!!Nota : Sejak duduk rumah sewa di rantauan ni, tiap kali mahu masak apa-apa mesti telefon mak. "Helo mak! Macam mana nak wat cucur jagung?". "Mak, macam mana nak wat mee goreng macam mak wat tu?"."Haaa, tu la! Bila org buat tak mau tgk!!". Kan dah kena sejibik...huhu
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, August 25, 2007
Saya dah nak balik Kolumpo. Terpaksa stop berblog setakat ini dulu. Nak masuk stimix tak masuk-masuk lagi. Bosan betul!Sepanjang cuti seminggu ni tiada aktiviti apa pun. Duduk terperap di rumah aje. Cadangnya nak buat power point untuk mengajar nanti, tapi haaaaraamm tak di buat! Bila balik rumah segala-galanya jadi lain. Perkara yang sepatutnya buat, saya tidak buat.Tapi, sempat juga saya buat kek coklat resepi dari Ina. Terima kasih ye Ina. The cake is really moist. Macam pakai moisteriser plak, keke. Cheesecake Ina tu tak jadi la nak buat. Pasal dah tak larat, hehe. Nanti raya lah buat pulak :)Saya buat tiga, satu mahu diberi pada kakak-kakak pejabat kat sekolah. Satu untuk kakak-kakak makmal dan satu lagi untuk housemates saya. Tapi takut jugak nak bagi. Takut diorang makan rasa tak sedap,huhu. Tak reti tatacara menghias kek. Main hentam kromo aje la jawabnya.
Keluar ke Bandar Diraja siang tadi, saya ter-berminat untuk membeli dua objek ini.
"Kamu nak buat apa rotan tu? Jangan nak rotan-rotan budak pulak!"Nada mak macam risau jer, hehe. Mana ada saya nak rotan. Saja je beli. Sebab tak mahal. Seringgit je. Tu pasal saya beli :D Tak tahu nak bawa ke kelas ke tidak. Kalau bawa pun sekadar untuk pukul kat meja je kot. Tak larat la nak jerit-jerit bila tetiba kelas jadi di luar kawalan. Setakat ini saya tak pernah lagi sakit tekak. Orang kata jadi guru kena pandai guna suara dari perut. Baru tak sakit tekak. Tapi macam mana nak keluarkan suara dari perut yer? Kena pegi belajar dengan Cikgu Siti Hajar AF kot!Rasa-rasanya tidak akan dibawa ke kelas. Segan jugak kat cikgu senior. Kang apa pulak diorang kata. Lebih-lebih pulak cikgu baru ni. Tak pasal-pasal je kena kang, haha. Saya letak kat meja saya dalam bilik guru ajelah. Buat hiasan :p Apa-apa pun saya tidak sabar untuk pakai beg rotan baru tu ke sekolah, ngeh ngeh!PA'CHIK! Saya tak sempatlah nak buat poll tu. Biarkan aje lah. Biarkan dahulu rakyat Malaysia yang lain pakai Persona dulu. Yang pastinya saya tak mahu jadi tikus putih, hehe. Walaubagaimanapun, idea-idea bernas dari Acai amat mengujakan saya. Memang amat boleh diterima pakai. Terima kasih ye bro :) Kereta idaman saya pun sebenarnya adalah yang berjenama HONDA. Macam gambar di bawah ni la :pCuti merdeka yang direct jumaat-ahad ini saya tak balik kampung. Pasal membe saya Ina kata tiket ke Kuala Kangsar sudah habis. Maka dalam kepala ni sedang merancang-rancang apakah aktiviti yang wajib saya buat. Mungkin saya boleh melawat cik akirasuri. Boleh ek cik akirasuri? ;)Kalau tidak pun saya teringin untuk ke Zoo Negara. Tapi siapa yang mahu temani saya? Bila saya lontarkan hasrat hati untuk pergi ke Muzium Negara lagi la takde sape yang nak temankan saya. Rakan-rakan saya tak seorang pun cenderong ke arah sejarah-sejarah peradaban manusia nih. Dulu masa melawat Terengganu saya sorang je yang terover excited untuk melawat Muzium Terengganu. Sudah-sudahnya saya bergambar aje la depan tangga muzium. Sedih..sedih..Oklah, panjang umur kita bertemu lagi. Aminbakish, terima kasih datang rumah. Jangan lupa burn banyak cerita Japang! Nanti cuti raya gue datang rumah angkat itu cd :DSee u later fren! :-h
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, August 23, 2007
"Nah, tengok ni. Abah rasa baik kamu pilih yang ni".Ahhh.... Sudah saya agak perkara ni pasti akan berbangkit semula. Sekali lagi saya rasa tidak diberi peluang untuk pilih buah hati saya sendiri. Kena ikut famili arrangment jugak ke zaman sekarang?Hari itu abah dah mula setuju dengan pilihan saya. Tup tup muncul pulak mamat sekor nih. Bukan saya yang berubah hati, tapi abah pulak. Mak jugak semacam bersetuju. Lagi-lagi setelah mak lang campur tangan. Mana mungkin saya seorang melawan pendapat 3 orang."Rugi kalo pilih yang tu... Kamu kena pikir jugak famili kamu. Kamu anak sulung. Mesti bagi yang terbaik kat mak abah kamu", kak wanie pulak menambah semasa kami sembang-sembang dalam kereta dia sementara tunggu mak dan mak lang singgah beli durian di Bukit Gantang."Tapi kenapa? Kenapa kita kena korbankan kehendak hati kita demi untuk puaskan kehendak orang lain?", balas saya."Macam kak wanie jugak. Ingat kak wanie suke ke nak pilih yang sekarang ni. Tapi sebab Mak Lang kamu kata dia takmau **** kalo kak wanie tetap dengan pilihan kak wanie. Kak wanie ni lagi la, bukan anak sulung macam kamu, tapi anak perempuan sorang".Saya tarik nafas panjang-panjang. Mengeluh... Dalam hati tebayang-bayang buah hati saya. Sudah terbayang dalam fikiran saya yang kami akan bersatu 6 bulan dari sekarang. Tegarkah saya untuk meninggalkan dia? Pada saya, saya dan dia boleh menjadi serasi. Walaupun dia tidak la segah si mamat yang abah berkenan ni, tapi buah hati saya ni coooomel sangat! Dah lama saya membayangkan hidup saya bersama dia. Kami akan pergi ke mana-mana bersama-sama. Susah senang tetap akan kami harungi bersama. Walaupun hati saya tidak bersetuju, saya senyap-senyap ada la juga meng'usha-usha' pilihan yang abah berkenan ni. Sekali pandang memang saya menyampah. Tapi bila banyak kali pandang rasa macam kemungkinan untuk jatuh cinta berahi dengan dia tu ada jugak,haha!Saya tak suka bukannya apa.. Sebab saya sudah banyak mendengar kabar-kabar yang tak elok tentang asal-usul dia. Isk, tak mahu saya kalau akar umbinya sudah ada yang busuk. Tapi ada juga saya mendengar, kali ni keluarganya telah banyak berubah. Sudah tak macam dulu. Dah jadi bagus dan lebih baik. Macam mana ni kawan-kawan? Saya sayang bakal buah hati saya Myvi SE...huhu!Tapi banyak pihak-pihak yang terbabit dalam hidup saya meng'syor'kan saya mamat nih!
Bila saya tanya banyak orang, masing-masing ada pendapat sendiri. Keputusan undian sama banyak. 50-50 :D Jadinya di sini, saya buka undian untuk para pembaca yang budiman sekalian. Pengundi bertuah akan mendapat hadiah kek coklat. Kalau nak meh ke ghumah! kekekeNote : **** = naik ;)
Dikarang oleh
hayad
on Monday, August 20, 2007
Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar hari ini sudah genap setahun saya berkonvokesyen. Saya teringat pun pasal membe seangkatan saya berkonvo semalam, pada sidang terakhir konvokesyen USM.
Memang best tahap ultraman masa berkonvo. Terasa diri ni la yang paling cun-melecun,paling best dan bermacam-macam paling lagi,haha! Keterujaan saya itu rasanya setaraf dengan keterujaan orang yang bergelar raja sehari. Tambahan pula saya dapat juga grade di saat genting di mana nasib saya berada di hujung tanduk kerbau yakni nyaris extend la wei! Dan dapat grade di saat genting juga adalah merupakan kejayaan saya yang terlampau pada tahun 2006 :DSaya yang masih di dalam mood perasan cun! hehe
Ini adalah hasilnya setelah bertungkus-lumus mengambil 26 unit di semester akhir. Memang saya giler.Tidak langsung bertujuan untuk riak dengan mempamerkan sekeping kertas ni. Saya sedikit pun tidak berasa bangga dengan diri saya yang memiliki sekeping kertas ni. Jika masa boleh diputar ingin saja saya mengubahnya kepada yang lain. Dan bukan ijazah ini yang saya miliki. Tapi masa mana boleh patah balik.Tapi seriusly, saya seakan rasa tiada kepuasan dan tiada achievement pun dalam hidup saya yang boleh saya banggakan. Kini saya hanya sekadar bekerja dan bukannya mencapai cita-cita. Kadang-kadang ia amat menyeksakan. Apa harus saya buat yer? Cari peluang lain? Peluang apa yang saya ada? Dan ramai orang berkata, kena bersyukur dengan apa yang ada. Manusia memang tak pernah rasa cukup. Saya la manusia tu!Satu-satunya yang amat saya harapkan adalah supaya saya sentiasa ikhlas dan dapat menjalankan amanah saya sebaik mungkin. Kerana saya tahu rezeki itu mesti sentiasa dari sumber yang halal. Dan untuk mendapatkan yang halal hati sentiasa mesti ikhlas.Macam mana nak ikhlas? Oh ya! Pegi belajo dengan Si Fandi sinetron Kiamat Sudah Dekat :p*Saya tiba-tiba rasa downnnnnnnnn. Tapi bukan Down Syndrome ok!*