"Kamu kena balik tetiap minggu. Dah ada cikgu tempah"
Itu la arahan mak pada saya semasa perbualan dalam telefon. Saya memang tak mahu pelanggan saya lari. Jadi tiap-tiap minggu saya kena balik kampung juga. Minggu ni adalah minggu pertama saya balik. Tahun depan memang saya kena beli oven dan letak kat rumah sewa tu. Nanti raya tahun depan akan saya luaskan lagi pasaran biskut-biskut raya saya, hooyeaa hooyeaa!!
Pak Lah! Bagi la bonus! Plez..plez... Saya nak beli oven laa :D
Hanya dapat buat 11 balang penuh jer. Kan best kalau budak-budak sekolah kat Malaya ni cuti sekolah sepanjang bulan puasa ni,hehe. Kan best kalo saya boleh minta cuti sebulan tanpa gaji untuk menumpukan sepenuh perhatian dan usaha padu saya untuk menghasilkan wang dalam bidang nan satu ini :D
Saya mesti beli oven juga. Tambahan pula sudah ada orang-orang di sekolah tu yang mahu menempah kek coklat saya ;) ;) Langkah bijak saya dengan menghadiahkan mereka kek coklat itu telah membuahkan hasil. Syukran..syukran. Marketing plan mesti mau power kawannn, ngeh ngeh!
Rabu ini saya akan ke Putrajaya. Ada temuduga. Ramai kawan-kawan yang sudah ber'msg-msg-an' dengan saya meluahkan perasaan takut, risau, bimbang, dup dap dup dap!! Ada yang sudah lepas, dan ada yang belum seperti saya. Yang saya pelik, saya sikit pun tak rasa berdebar... ini alamatnyeeee... ntah la..
Kalau mengikut teori saya semasa di U dulu, setiap kali musim exam, jika saya rasa berdebar-debar untuk menduduki paper tu, bila dapat soalan saya dapat jawab. Sebaliknya jika saya tak rasa apa-apa debaran pun untuk seat for that paper, mesti bila dapat kertas soalan saya tak berapa boleh jawab dengan baik. Mati la saya kalau teori musim exam di U itu juga sama dengan yang bakal terjadi semasa interbiu nanti.
Kalau dia tanya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Insya Allah saya boleh jawab. Buatnya dia tanya siapa Perdana Menteri Uganda, mampos saya. Semoga saya selamat dalam bilik interbiu itu. Cadangnya mahu beli baju kurung hijau pucuk pisang supaya interviewer tu rasa sejuk pandang saya, haha..boleh gitu? :p
Kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap dapat mendoakan kejayaan saya dalam sesi interbiu yang bakal berlansung itu.
Dan kepada sesiapa mahu tempah biskut raya dengan saya diharap dapat meng'hold'kan tempahan anda itu tahun depan, pasal tahun ini saya tak cukup kaki tangan :p
Salam Ramadhan semua!!
Nota : Sejak duduk rumah sewa di rantauan ni, tiap kali mahu masak apa-apa mesti telefon mak. "Helo mak! Macam mana nak wat cucur jagung?". "Mak, macam mana nak wat mee goreng macam mak wat tu?"."Haaa, tu la! Bila org buat tak mau tgk!!". Kan dah kena sejibik...huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
wah...banyaknyer kuih raya ni...
hebat betul promosi ni. Semoga dapat cukup duit untuk beli oven yer :)
slm wak, amin, moga dapat jwb ngan tenang nnti ye..member sypun ada gak pergi sane rabu ni wak..:) pas dapat tu blehla angkat katekan wak,kekeke..waa, gred 41 tu,hehe..:) emm, rajin btl awk eh buat kuih tu,hiii
salam ramadhan
lama tak bertandang
sehat hendaknya ya
erm, mungkin ada rakan yg nak menempah kuih raya tapi klu by pos caner ek risiko2nya? hehe
Wahhh wahhh Dayah hebat! Teringinnya nak sibuk2 buat kuih raya. Tp dok sini oven pun cinonit je. Setakat buat 1 2 jenis jela kot utk makan sndiri n kwn2 rapat. Itupun buat 1 jenis jenuh kena buat banyak trip. Nway semoga bisnes makin maju. N gud luck juga utk temuduga tu ye Dayah :D
semuga kamu berjayalah lam temu-dagu tuh... kekeke... insya'Allah. apa nak dirisaukan, 26jam kredit ko buleh lepas...
dayah?sempat lagi tu nak buat kuih raya buat jual tiap minggu?hebatnye..poskan ke kat taiping sebalang..hehe..
nk weh!
Post a Comment