Look Into Your Eyes

Siang tadi di sekolah cikgu ajor pasal mata.


Ok, murid-murid, hari ini kita bedah mata ramai-ramai ok. Tapi bukan mata sendiri, yer. Kang tak pasal-pasal cikgu kena dakwa. Murid-murid dikehendaki membawa mata lembu. Bawa sendiri ok! Takde pasal nak suruh cikgu yang belikan. Korang nak belajo, korang yang usaha sendiri cari mata lembu. Tapi jangan la amek mata lembu yang tengah meragut rumput pulak! (Tapi mana nak jumpa lembu ragut rumput kat tengah KL ni???)

Ok, sekarang meh sini tengok cikgu tunjuk cara melakukan cow's eye dissection. Meh sini meh! Tak susah pun. Mula-mula sekali korang observe la dulu mata lembu ni. Mana sclera. Mana cornea and bla bla bla.

Pastu amek scalpel, hiris sedikit bahagian sclera di tengah. Then amek gunting potong membulat keliling bahagian tengah bola mata tu.
Pehtu, korang keluarkan la lens, iris, vitreous humour dan segala mak nenek yang boleh dikeluarkan.

That's the eye!

Kanta mata. Yang hitam tu adalah kesan iris yang melekat. Jeli itu adalah vitreous humour. Cecair yang mengekalkan bentuk bola mata.

Bergaris-garis halus itu adalah iris. Iris wujud dengan pelbagai warna. Macam cikgu yang tidak berdarah kacukan ni, iris cikgu warna hitam. Lembu ni pun irisnya hitam. Pasal lembu korang beli ni mengawan dengan lembu malaysia jugak! Kot korang ada yang berdarah mat saleh, ada la yang beriris biru ke hijau ke brown ke. Di tengahnya adalah pupil.

Lawa! The inner layer of the eye. The retina. Very sensitive to light. Imej yang difokus oleh kanta akan terbentuk di retina yang kebiru-biruan ini. Nampak tak ada lubang kecil tu? Itu blind spot. Blind spot tiada cell yang sensitif pada cahaya. So jika imej jatuh pada blind spot, tiada imej yang dapat dilihat.

And here are my lovely students.





Where's the teacher?
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


And here is their lovely teacher! Wakakaka!



________________
Sayangilah pancaindera anda. Anugerah dari Dia yang tak ternilai harganya.
Saya pun rabun jauh ni, tapi malas giler nak pakai spec!







14 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

ohoho cantek la kanta mata itu...

psst..dayah..org kata klu rabun x pkai spek lagiiiii tinggi power nt..

snm | snm said...

cikgu..saya pun rabun jauh :( uhuk uhuk. rs nk je buat LASIK tp mahal sungguh! :p kdg2 saya pki CL. dan saya berjaya x tukar spek lama hampir 4 thn. cuma tuka lens je :)

en_me said...

cekgu yg sporting gittewww.. kannnns

WRA said...

fuyooo....hepinya budak2 buleh disect mato lombu hehehe..

akak pun dulu rabun....sekarang dah kurang rabun...dulu pakai spek, sekarang tak payah....rabun itu buleh dibaiki lagi...caranya? kena ikut kelas hehehehe....

Hari Ahad ni ada Beauty MakeOver & Spa....Dayah balik kampung ker? Kalau idak, buleh la dtg berfacial, makeup bagai...ajak kengkawan sekali, kita enjoyy!!!

achik said...

bestnya la dapat cikgu cam dayah.. sambil ngajar sambil jadi mamarazi lagi.. hehehe.. ;p

hayad said...

@yue--> hehe, tu la psl. dayah ada spec tp tak pakai. sbb muka jd tak cun bila pakai spec. dh la tak cun, bertambah tak cun jdnye, muahahaha

snm--> meh cni cikgu wat kan LASIK kat hang! haha

en_me--> ada ms leh la spoting,ehe

kak wan--> mcm mana caranya nak ilangkan rabun tu? habaq mai la sket kak wan.

ahad ni dayah xde kt KL. dayah dh kt kg dh ms tu. takpe la, lenkali la dayah join lg :)

achik--> hehe, amek gambo ni mmg suke :D

chekgu Bani Hassim said...

cekgunye cam murid2 je...

mate lembunye lens lawa laa...kaler turquoise ke??hehe

hayad said...

chekgu BH--> haha, lembu mesia laaa. kalo lembu australia turquoise la kot, kekekeke

DeeN said...

Er..hang ngajaq subjek sains ker fotografi, Dayah? ekekekeee....

akirasuri said...

Dayah! Selamat cuti sekolah! :D

hayad said...

deen--> hehehe, dua2 kot. smbil nyelam minum air :p

akirasuri--> mekaseh :)

Azhar Ahmad said...

Euwwwww...... Golo Goloman dennn

Sally said...

Salam,
menarik bebenor nampaknye kelas cikgu hari tu ye.."hands on learning" students mesti suka dan effective..syabas cikgu..

hayad said...

azhar ahmad--> hehe? geli ke??? bukan najis pun :p

tchersally--> tu la, hands on learnin g mmg best. kita yg mengajor pun semangat dibuatnya,kekeke

Followers