31 Januari 2009

Penat!

Hari ni berkawan dengan budak tak cukup umo. Terpaksa. Saya balik KL ni dengan adik. Saja bawa dia. Lepas tu hari ni belanja dia tengok wayang di Mid Valley. Cerita Sifu dan Tongga. Saja je layan cerita ntah-hape-hape.

Lepas tengok wayang, Dib ajak kawannya Opie lepak bersama. Lepas makan, kami pegi main bowling. Si Opie belanja. Sebenornya saya saja malas nak bayor balik, hahaha. Budak-budak zaman sekarang banyak duit pinjaman. Biorkan!

Lepas main bowling si Opie ajak teman dia pegi Low Yatt, cari handset. Tempat paling saya tak suka pegi. Setiap tingkat kami naik, cukup tawaf semua, tak dapat juga handset yang si Opie ni nak. Last-last dia ajak pegi Pavillion, kedai Sony Ericson. Nasib baik kat kedai ni dia jadi beli handset yang dicari. Kalau tak memang merasa makan kasut la. Handset berharga RM1599. Tengok la budak-budak sekarang. Dapat pinjaman beli handset. Pastu sanggup bertahan makan megi.

Cari barang mengalahkan orang pompuan si Opie ni. Nasib baik la saya ni seorang kakak yang sporting gitewww. Rasanya kaki jadi kurus sikit pasal berjalan dah berpuluh-puluh kilometer. Penat seh!

Ini la 1st time saya melihat keadaan Bukit Bintang di waktu malam. Penuh dengan budak-budak Melayu yang rata-ratanya pasti masih bergelar budak sekolah. Buat shuffle di tepi-tepi jalan. Sambil yang lain mengerumuni membentuk bulatan. Memang bengong buat kerja tak berfaedah. Anak-anak Cina kalau bodoh tak pandai belajo pun takde la buat benda bodoh.

Entahlah apa nak jadi. Saya mampu mengutuk dalam hati je la.Takkan tetiba nak bagi ceramah kat tempat diorang shuffle tu kot?

Ok lah. Nak landing di katil dulu. Novel Ramlee Awang Mursyid tu memanggil-manggil untuk dihabiskan :)





6 comments:

chekgu Bani Hassim said...

apsal ko tak join budak2 shuffle tu...
shuffle smbil bertudung, musti kool..haha...

sedap ko landing2, dah prepare ke nk bukak sekolah selasa nih..
ko KL kan?? isnin cuti...
aku jeles!

Anonymous said...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank
http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

en_me said...

citer sifu n tongga citer ntah-hape-hape katernyerr.. wakaka, hi cek hayad tewww, salammz dr me dikejauhannns

Azhar Ahmad said...

Alahhh... tau... Hang nak pi shuffle skali kan kan kan....


Ahahahahah

ruru said...

aku pun p lowyat juga wiken lepas,
apa yg ko nampak waktu malam sama dgn apa yg aku nampak petg tu, area bukit bintang.
memang aku terkejut tgk budak melayu yg tak senonoh ramai sgt kat situ buat perkara yg tak berfaedah. sungguh memalukan, kala itu jalan jammed dan aku hanya mampu melihat dr dalam kereta. aku terkejut sebab realitinya aku tak pernah tgk keadaan mcm tu..hohoho..gile ar dak2 skang ni..mak bapak diorg pegi mana eh!

hayad said...

chekgu BH--> shuffle sambil bertudung? aah kan, cooool jgk tu.

yup, aku cuti, silalah jeles!

en_me--> terima kasih la en_me, dari kejauhan pun sempat jenguk blog saya ni :)

azhar ahmad--> cek shuffle dlm bilik ayaq ja dah la :p

ruru--> aku pun tak pnh tgk. tu 1st time. sampai rasa nak jln kat situ pun rasa takut.

semua budak melayu. melayu, melayu...huhu

Followers