Minggu-minggu akhir hujung tahun saya dihabiskan dengan menjayakan diri baca :
1. Nota Jutawan Nota Motivasi
2. Nota Jutawan Nota Perniagaan
3. Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha
Sangat-sangat mengesyorkan anda anda semua membaca buku tulisan Irfan Khairi itu. Dan err Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha itu sekadar selingan. Sekali-sekala saya juga perlu baca kisah cinta. Terbuai-buai dibuatnya. Tapi tetap tak boleh lawan Ayat-Ayat Cinta ;)
Tadi saya didatangi rakan seprofesion yang dulunya satu sekolah dengan saya. Tapi sudah setahun bertukar ke sekolah lain. Beliau inginkan segala mak nenek power point saya. Perghhh.. sesenang je nak sedut kan? Dalam dok mengomel-ngomel dalam hati, saya bagi la jugak. Tapi tak semua la. Lemak la nak bagi semua. Power point tu kira hak cipta terpelihara saya la kan. Baru saya faham perasaan penulis buku, penggubah lagu, penyanyi, pelakon, pelukis etc etc bila hasil kerjanya dicetak rompak.
Nampaknya lepas ni saya nak CD kan semua power point saya dan jual! Hermmm... saya nak jual CD power point pengajaran Science Form 1, Form 2, Form 3, Chemistry Form 4, Chemistry Form 5. Satu cd RM15. Ramai tuuu cikgu-cikgu yang memerlukan. Macam kata Irfan Khairi, idea menjual tu datang dari masalah yang dihadapi oleh orang lain. Ada cikgu yang tak cukup masa nak buat power point atau lebih tepat lagi kadang-kadang MALAS. Yang tau nak cedok je kerja orang lain. [sorry, tengah geram sikit nih]. Tapi takpelah, niat sedekah. Ikhlaskanlah!
Di hari terakhir di dalam tahun 2008 ni saya menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki saya memohon kemaafan dari semua blogger, pembaca blog saya yang menonjolkan diri, yang main aci-aci buka pintu, main nyorok-nyorok jadi silent reader dan pada sesiapa saja yang membaca tulisan blog saya yang ceritanya ntah-hapa-hapa ini.
Maaf jika ada yang pernah terasa dengan tulisan saya. Yang rajin memberi komen dan pandangan atas entry saya, terima kasih saya ucapkan. Yang sudi meng'link'kan url saya, terima kasih banyak-banyak. Yang tak saya 'link'kan, minta maaf banyak-banyak. Bukan saya sombong atau tak sudi. Tapi terlepas pandang. Saya ni baik dan mesra orangnya. Muka je nampak garang :D

Semoga tahun baru hijrah ini memberi lebih sinar kejayaan buat kita semua.
8 comments:
mmg geram kalau org senang2 je copy powerpoint yg aku buat. nk menolak tp kawan2..
bengkeeeekkk je hati rasa.
aku juga minta maaf kt ko kalau ada yg tersilap kasar bhs. maklumle, kdg2 terlepas pandang.
slmt tahun baru. semangat baru. ;)
Aku baru abis baca ayat-ayat cinta isnin aritu. memang best lah. kitab cinta yusuf dan zulaikha tu memang kisah pasal nabi yusuf ke atau nama je yang tu??
kire amal jariah je...semoga pahale ko tu berpanjangan kalau dier pas kat org lain pulak...
kalau ko jual, belum tentu ko kaye cam irfan kan??? tp kalau ko bgi je, dah sah2 ko kaye di sisi Tuhan..
mmg bengkak bernanah la kalau igt..tp demi bangsa dan negara...rela je laa...
haha
CJ--> takpe, aku maafkan ko! Kekeke
Ayaq masak--> Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha tu takde kena mengena dgn kisah nabi Yusuf yg betul.
chekgu Banihassim--> aha, aku niat sedekah la. tp lps ni aku tak nak la bermurah hati sgt. aku mls nk bermurah hati kt org yg pemalas!
Cikgu Dayah, Happy New Year with New Hope :)
err..cikgu, resepi pun nk compiled & jual ke? :p
snm--> hepi new yr to u too :)
errr..mungkin boleh jugak kot dicompiledkan dan dijual. leh mendatangkan duit tuu,hehe
aku paham perasaanmu dayah,
camtu jugakla perasaan bila aku tau junior amik power point aku utk present FYP. patt la kawan aku kata presentation dia mantap dr junior lain..salah aku juga sebab bagi semua kat orang..bukan apa..kita kalau tak bagi semua..takut kedekut ilmu plak..sedangkan kita digalakkan berkongsi ilmu dan bantu org lain, tp bila fikir balik, lemak la..kita tungkus lumus..deme senang je mintak..huhu, aku tau projek dia tu bila buat journal kalau takde nama aku siap..hehe..ku tuntut nnt, kuikuikui
ruru--> ha, ko mesti pastikan yg dia letak nama ko kat jurnal dia tu. kalo tak ko saman dia. suh dia topupkan ko seratus hengget.
Post a Comment