4 syawal - 6 syawal

Malam raya seperti tahun-tahun lepas, bertubi-tubi sms raya masuk kotak mesej. Semuanya pantun-mantun yang diforward. Dan satu pun saya tak balas. Dan satu pantun pun saya tak forward pada rakan-rakan. Mintak maaf pada sesiapa yang pantun forwardnya tidak saya balas.

Mesej saya hanya ayat biasa tanpa ayat-ayat gurindam, kias-kiasan berserta ketupat dan rendang. Saya hantar pada rakan-rakan yang selalu berhubungan dengan saya yang mungkin ada kata-kata saya yang mengguris hati mereka.

Tiba-tiba kotak mesej berbunyi. Dari Cify :

"Ni la ucapan paling ikhlas aku terima harini". Wah! Terbangga seketika, hahaha.

Dah 6 Syawal hari ni. Pagi tadi bercinta betul nak ke sekolah. Tak boleh terima kenyataan la yang cuti raya dah abeh.


4 Syawal, kawan zaman sekolah dulu kawen. Kawan saya yang pompuan tu. Cikgu juga, kaunselor gitu. Elok masuk je dalam rumah dia...


"Woi!". Kata kami beramai-ramai.

"Weyyy!!! Jangan tak pecaya! Aku kawen!"

Giler. Tak berubah-ubah perangai kepochi. Dah la masa makan beradap makan tak hingat donia saya tengok. Hahaha.

Kawan sekelas dari sekolah rendah :)

Anak buah kitorang hasil pengawanan membe-membe yang dah kawen.

Tiap kali jumpa membe-membe yang dah anak baru tahun ni, saya hulurkan duit raya.

"Nah, untuk anak ko. Simpan dalam SSPN yerrr...." Hahaha.

"Hahaha, aku isi minyak boleh?" Hampehhh...

Disebabkan saya ke kenduri kawen kawan saya ni dulu, maka saya telah terlambat untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Keluarga Haji Hamid yang ke-4 kalinya. Tahun lepas family saya jadi tuan rumah. Tahun ni rumah saudara lain pula.

Semasa sesi memperkenalkan ahli keluarga, tiada lah muka cun saya dan adik saya. (Adik saya ikut pegi kenduri kawen kawan saya tu) Adeh..rugi, rugi.

Tapi masih sempat berpotret juga...

Family Acek dan Ayah Chik. Dari Perlis.

FAmily Pak Long. Dari Pengkalan Hulu

We are kazens. Tapi tak cukup korum maa... Pasal ada 3 family lagi tak dapat datang gathering kali ni.

Saya dan Cik Nurul balik ke KL semalam. Naseb baik tak jam lagi tapi masih banyak kereta. Dalam perjalanan, Cik Nurul telah memaksa saya membawa kereta.

"Weh, aku takut".

"Blajo!"

"Ye lah ye lah. Bawak auto macam bawak go kart je kan?" Hehehe, go kart reti la saya bawak :p

Betapa kakunya tangan. Tapi dah lama-lama ok la jugak. Selamat la Cik Nurul tanpa sebarang kecederaan.

Teringat pesan Hafiz, adik Cik Nurul...

"Cakap kat Kak Dayah tu, suh letak lesen dia tu kat Galeri Sultan Azlan Shah tuh!"

Hehehe, kalau sultan Azlan nak terima, teman berbesor hati nak bagi . Ce kamu tolong tanya kat Sultan tu hafiz oi! :p

Ok lah, nak stop berintenet jap. Soalan exam akhir tahun satu huruf pun tak bertaip lagi... Hohohoho.







10 comments:

Ayaq said...

Aku rasa lesen aku pun nak kena masuk arkib negara jugak la...hahaha

Anonymous said...

simpan kat lam piramid giza lah... ejas tarik skit...

my hidden stories said...

cikgu hayad, kita baru perasan lah..muka u cam ur father..muka adik u macam ur mother...

hayad said...

ayaq masak-->haha, masuk arkib negara lagi jenis yg berkurun tuh

pa'chik--> aah, best jgk tu. leh aku jumpe firaun sekalik, hak hak

believeincinta--> ooo ea? aku ingat muke aku sm cam mak aku...

Anonymous said...

wei nape tak dtg umah beraya umah haku...:(

dpat gak aku nengok gambor shikim kawen..

selamat hari raya

kakLuna said...

akak pun x main le sms2 fwd ni...reka sndiri la nmpk lebih ikhlas,kan?

ada kawan akak dh kantoi, ada ke dia sms nya kat akak tp x padam nama last sender...nampak sgt main fwd je..

mmg muke kamu mcm ayah kamu...adik kamu sebijik mak kamu :P

chekgu Bani Hassim said...

bestle kalau tiap2 tahun gathering family cemni..
meriah!

chekgu Bani Hassim said...

satu lagi...cepat2la naip soklan tu dayah...
dah last minute kang baru nk terkocoh2...
huhu..

jagoan said...

(((((((((( ))))))))))))

khairul najmi yusof said...

hahaha... masuk galeri sultan azlan shah. ok gak tu sebab tu fvaurite place sy
best tu

Followers