Hari ni berbuka saya masak sorang-sorang. Mula-mula tunggu jugak bebudak rumah ni. Tapi tunggu punye tunggu tak keluar-keluar dari sarang. Penat sangat kot. Takpe lah, aku masak je la apa yang ada.
Bukak peti ais tengok apa pun tarak. Yang ada sayur kobis dengan ape-ke-nama-sayur lagi satu tu. Ahh, masak sayur goreng-goreng hentam je la. Nak makan lauk ape plak ni? Nak turun beli ikan kat kedai bawah malas la pulak. Haa, nasib baik ada sardin.
Macam mana nak masak sardin ni bagi sedap. Alamak, kena kol mak, ehe.
"Helo, mak!"
"aaa..ape?"
"Macam mana nak masak sardin?"
"Bla..bla..tumbuk..masuk..tumis...jgn byk minyak...goreng..bla bla...asam keping..garam...bla bla...angkat".
"Okey!"
Saya ni masak yang simple-simple tak terer sangat, tu kena tanya mak, kekeke! Kalo masakan yang complicated, no hal punya, wakakakaka! Ayat :p
Naseb baik menjadi sardin saya. Sama rasa macam mak buat. Fuh! Dah boleh kawen dah la macam ni, hak hak hak!
Dah ada sardin dengan sayur. Errmm, terasa macam nak buat murtabak megi. Apa lagi. Ambil bahan-bahan dan terus buat. Pukul 7 bebudak rumah ni tak bangun-bangun lagi.
Aiii...aku sorang je ke pose arini? Yang lain datang bendera jepun ke?
Saya ketuk pintu Nor. Tak lama pastu dia keluar. Mungkin dia penat sangat kot. Pasal semalam baru balik dari kampungnya di Kedah.
Saya kol Mira, sebab tengok macam dia tak balik lagi. Rupe-rupenya dia berbuka kat luar dengan kawan dia. Ceh! Awat la tak habaq?
Bila tiba waktu berbuka, saya berbuka dengan berselera sekali dengan masakan hentam kromo itu. Jadilah... lepas la bagi anak-anak saya makan. Jangan tak tau, saya ni ada anak-anak tau. Anak tekak dengan anak cacing. Anak juga apaaa....
Ingatkan masak je sorang-sorang, sekali pi taraweh pun sorang-sorang. Nor ada keje nak wat kot. Kak Esha depan rumah pun kata dia nak siapkan soklan Lukisan Kejuruteraan. Jalan kaki la menonong sensorong.
Takde ke teruna yang jalan sensorang jugak? Mana tau kot leh bertemu jodoh, wakakaka! Huh, merepek je aku ni di bulan yang mulia ni. Dah! Dah! Stop merepeking!
_____________________
Sempena bulan mulia ni, saya nak mohon maaf pada semua blogger yang bertandang ke blog saya kot ada entry saya yang terkasar bahasanya. Juga komen-komen saya di blog anda semua yang terlebih sangat pedasnya, kot ada la, ehe. 0-0 eh! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
semalam akak pun masak sardin jugak tapi akak masak sambal sardin..pastu buat sup steamboat yang ada fish cake, fish ball dan sayur-syurana, pastu ada ayam golek pantai dalam and ada nasi goreng cina..pastu air sirap bandung and cincau...hubby makan tak hengat dunia...tapi akak suka kalau masak and orang makan beria walaupun lauk tu hanyalah lauk sardin aje...sardin sedap apa..
ooo jejaka yang jalan menonong tolong le tunggu cik adik kita ni hah...amin semoga bertemu jodoh lelaki yang baik2, bertanggung jawab, beriman, hensem dan kaya dayah..amin amin ya rabbal a'lamin..
tugas awak aminkan aje doa akak ni :)
meh tolong amin.. AAAMMMIIIINNN...
kak kopi suam--> "semoga bertemu jodoh lelaki yang baik2, bertanggung jawab, beriman, hensem dan kaya dayah..amin amin ya rabbal a'lamin.."
beriman+kaya+hensem <--- perghhh!!! complete pakej tu kakkkk... AMIN AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. Semoga dapat kat saya la makhluk Adam yang sebegitu, hik hik! :D
najwan--> mekaseh le tolong amin kan.Nanti aku banjer ko makan :p
aku pun nak yang beriman kaya hensem. haha boley?
eh murtabak megi macamana aa?
salam. hai kak hayad lame dah tak hntr komen, sempat baca blog aje. cuti ni byk plak keje. slmt berpuasa, bersahur, berterawih dan menunaikan ibadat2 sunat yg lain. hehe. rajin akak ni masak ye, bazar dkt2 takde ke, klau org laki lar, jimat lg beli kat bazar kot :b
Hafiz, Permatang Pauh.
cuti musim panas.
huhu...
hasilnya tak dipublish ke pic nye??
utk tatapan umum??
heheh...
org pompuan besh la xyh pose kalau terpakse...hehe...
ayaq masak--> ala, cam murtabak gak la. tp guna megi. bhn2 lain same je cam murtabak biasa tu.
hafiz--> hy hafiz! lama tak nmpk mengkomen,hehe. tg cuti ek? best tuuu :) eh, masak lg jimat dr beli tau!
superb guru--> ala, malu la aku nk publish gambo sardin. tak adventurous lansung masak sardin,hehehe
ko ingat best tak pyh pose? nnt kena pose ganti gak blk.
Weit, ko jual biskut raye tu brape hengget?
cheh .. sardin pun tak pass ke .. ekekekeke
murtabak megi??hehehe..mlm td mber pun wat pizza megi..hihihi..
najwan--> biskut gajus tu sebekas rm20. ada 63-65 bijik dlm sebekas tu.
jeff--> masakan simple2 mmg saya tak pass :p
adlya--> pizza megi? mcm mana plak watnye tu?
lama sungguh tak berkunjung ke sini.
camner yer masak murtabak megi tu pula? tak pernah dengar.
selain dari call mak, boleh juga rujuk laman web ni. ia sangat bagus dan boleh digunakan untuk idea business :)
hafiz--> aah, kt mesra.net tu pun melambak resepi :)
nnt la, ada masa saya wat entry murtabak megi,hehehe
Post a Comment