Jalan-jalan ke Kedah

Saya dah balik dari Kedah + Penang. Sampai jam 11.30 pagi semalam. Turun je dari bus saya bergegas ke tandas awam. Giler betol tahan kencing selama 2 jam dalam bas. Bagi coin, terus masuk, sangkut beg semua.. Err, pastu tak payah cerita la saya buat ape, haha. Tapi memang tarikh nafas lega dapat mengqada hajat, huehuehue. Nikmat betul. Bayangkan la kalau sistem perkumuhan kita ni rosak, kan dah tak dapat merasai nikmat membuang apa-apa yang tidak berguna tuh! Kentut pun nikmat tau! Eh? Pehal intro entri saya ni berbau busuk pulak yer...

Hari Jumaat saya ke Kedah. Tunggu bus tepi jalan depan rumah untuk ke Taiping. Kebetulan Cikgu Din berhenti. Dia pun nak ke Taiping. Menukar buah-buahan yang banyak rosak untuk kenduri kawen anaknya esok. Smooth je la perjalanan saya ke Taiping. Sampai stesen bus Taiping kena naik bus ke stesen bus Kamunting pulak. Sampai di Kamunting, sekali tiket ke Butterworth dah habis daaa. Yang ada pukul 3 petang. Masak saya nak tunggu. Jam baru pukul 11.15 pagi.

"Semua tiket habis ke dik?"

"Aah, yang ada pukul 3, 4 dgn 6 petang je. Akak cuba tunggu bus pukul 12 ni nanti kot ada kosong". Kata adik penjual tiket.

Giler lah kalau takde. 3 jam lebih lagi nak tunggu kat stesen bus ni. Pukul 12, bus sampai, saya tanya checker bus tu kalau ada tempat kosong. Kerek pulak mamat checker bus tu. Sabo je la. Saya tanya elok-elok. Hangin betul la. Tapi sabo lagi. Saya duduk semula sambil tengok-tengok dia kot nak panggil saya. Harapan macam semakin tipis je. Sekali dia gamit saya. Segera saya buat muka kesian.

"Ada satu tempat kosong. Pegi la duduk".

"Thank you!". Sambil saya hulurkan tiket saya pada dia.

Fuh! Lega. Nampaknya sempat la saya menghadiri majlis nikah Kak Esha di Kg. Merbok. Segera saya sms Nor memberitahu saya berjaya dapat tempat dalam bus pukul 12 ni.

"Ok. Nanti dah naik bus ke Sg. Petani sms aku. Lepas amek hang kita trs pi umah kak esha". SMS dari Nor.

Sampai di Butterworth saya terus cari tiket ke Sg. Petani. Tiket ada tapi kena tunggu lagi. Saya nampak seorang gadis India yang beli tiket ke Sg. Petani jugak tadi. Segera saya bermanis mulut dengan dia.

"Akak tak penah pi Sg. Petani ke?". Tanya dia.


"Penah, tapi tak penah naik bus".

"Oooo, tak penah mai sini ke?". Tanya dia lagi.

"Dah 2 tahun tak mai terminal bus Butterworth ni. Dulu blajaq Penang sana".

Perempuan India tu nurse. Fasih betoi cakap melayu. 20 minit menunggu bus pun sampai. Terus naik bus. Dalam bus sempat terlelap dalam 20 minit. Cuaca amatlah panas. Aircon pun tak rasa.

Jam 3 saya sampai di stesen Sg. Petani. Nor dah sedia menanti. Terus kami bergerak ke Kg. Merbok. Dalam 30 minit sampai la kami ke rumah Kak Esha. Ondaway ke rumah Kak Esha saya dah cuak pasal tiba-tiba saya teringat saya pernah ada aktiviti Baktisiswa semasa di tahun pertama dulu. Saya dapat mak angkat sorang kat Kg. Merbok ni. Alamak! Buatnya makcik tu jiran Kak Esha macam mana? Saya sebenarnya malas sikit aktiviti bermak-mak angkat ni. Masa 1st year tu saya memang nak join baktisiswa tapi tak berminat pun dengan aktiviti keluarga-keluarga angkat tu. Tapi dah syaratnya kena dapat keluarga angkat ikutkan je la.

Segera saya sms Chieffy tanyakan nama kampung tu. Chieffy pun tak ingat.

"Aku harap bukan kampung ni. Hopefully makcik tu tak cam aku. Pasal aku pun dah makin cun sekarang". Hahaha!

Tapi sepanjang kenduri di rumah Kak Esha takde pun makcik yang menegur saya sebagai anak angkatnya, hehehe. Kot ada pun masa saya sampai depan rumah Kak Esha, bersalam-salaman dengan tetamu-tetamu yang ada kat depan tu, boleh sorang makcik ni kata...

"Ni mak andam ke?"

Saya amatlah tergezut beruknya dan rasa nak gelak golek-golek kat depan tu jugak. Ada ke patut dia kata saya mak andam.

"Takdak la, tengok bawak beg besaq. Ingatkan kot mak andam". sambung dia lagi.

Aiii??? Beg sandang saya yang macam orang nak pegi hiking ni dia kata beg mak andam? Rasanya mau habis berterabur bedak dengan maskara dalam beg saya neh!

Masuk rumah je terus diajak makan tengah hari. Pucuk dicita ulam mendatang. Saya memang tengah lapaq gile masa tu. Mula-mula buat malu-malu kuceng. Lepas tu makan terus! Hahaha. Naseb baik adik-adik Kak Esha ni kenal saya. Jadi kedatangan saya untuk makan tu amatlah dialu-alukan oleh mereka.

Lepas makan saya dan Nor pun bersiap untuk teman Kak Esha pi masjid untuk dinikahkan. Tak ambil banyak gambar pun pasal ada tiga orang adik-adik cameraman. Kalau saya sibuk amek gambar tak dapat la muka saya masuk. Lebih baik kita posing dari bersusah-payah mengsnap gambo :p

Esoknya kenduri kawen. Takde sanding-sanding pasal Tok belah perempuan tak bagi. Huhu. Saya tunggu sampai pukul 4. 30 petang lepas menjadi conductor Kak Esha dan Fendi berposing-posing. Wah, terer juga saya bab-bab posing ni yer? Berkat dari selalu tengok fotopages orang kawen, hehe.

Sebelum balik rumah Nor, kami pergi jalan-jalan kat Tanjung Dawai dulu. Dah alang-alang dekat baik pegi.

Kami ni semua housemate di KL. Nor tiada dalam gambo kerana jadi tukang amek gambo.


Sempat juga membeli keropok-keropok yang tak dibeli semasa Pameran MIHAS aritu ;)


On Da Way balik ke rumah Nor, lalu kaki gunung Jerai. Si mira ni sempat pi amek ayaq Gunung Jerai yang masuk paper aritu tu. Sampai rumah mak Nor kata, "Awat dayah tak pi mandi sekali. Mana tau kot boleh putih!".

"Hahahaha! Kalau dah hitam tu, hitam jugak makcik, harharharhar!"

Esoknya menemani Kak Esha shooting kat tepi pantai Tanjung Dawai dengan kat sawah padi.

Itu tulisan saya. Saja nak habaq :p


Diorang shoot kat belakang, kami shoot kat depan. Suka gile la tengok sawah padi ni. Rasa tak nak balik.

Termenung sekejap pikiaq macam mana nak kembangkan bisnes, harharhar!

Habis shooting saya bergerak balik. Minta nor hantar saya ke stesen bus Sg. Petani. Sampai stesen bus dah pukul 3.40 petang. Dapat tiket ke Butterworth jam 4.20 petang. Sampai Butterworth dah pukul 5. Tanya kaunter Konsortium bus ke Kamunting. Sekali semua tiket abes. Tak kira la jam berapa pun. Hampeh betul la!

Terus call Chieffy.

"Chieffy tiket semua habis.Hampeh betul la. Aku pi tidoq umah hang la".

Terus pergi ke feri. Dah ber'escalator' rupanya tangga nak ke feri ni. Hmmm, ada kemajuan. Dah 2 tahun tak mai terminal ni kan... Masuk je dalam feri tak lama tu terus bergerak feri tu. Tak payah tunggu lama. Bonus betul. Sampai Penang tunggu Chieffy amek. Adoi la, dari Kedah saya kena bermalam ni Penang pulak. Bus banyak pun still abeh tiket.

Nasib baik ada membe stay di Penang. Hang tak payah mintak tukaq mana-mana la Chieffy nooo..sesak-sesak tiket abeh, leh aku tido ja ghumah hang! Haha.

Esok pagi saya ambil bus direct terus ke Kuala Kangsar. Lega sampai kuale. Penat? Mana ada istilah penat bagi saya kalau dapat jalan-jalan ;)


______________
Ok Cik Nurul, aku dah upload gambaq ni, tapi tak banyak la. Tak sabo nak tunggu gambo yang geng Muaz tu tangkap. Tengok yang tu la nanti, lagi cun. Diorang camera besar dan panjang. Camera aku zoom pun tak sampai sekangkang kera :D






14 comments:

Acaii Jawe said...

Slm hayad, amboi2 dia plak yg terlebih possing tu kat sawah padi,hehee..yg tulisan love kat pasir tu cantik hayad tapi kedudukan org tu salah..nama lelaki kat perempuan,hehehe..:) mmg macam hired pro photographer je ni..

* cik hayd lenkali buatlah perenggan post tu..mata tak sempat nak berehat,kekeke

hayad said...

acai--> acai, masa awak tgh baca tu saya tgh edit perenggan. tak perasan yg perenggan dah lari ms sy post tu, bile refresh tgk2 jd gitu.

skang dah edit dah,hehehe.

hayad said...

opss! nurul, acai kata geng muaz nmpk pro, hehe.

acai, tu semua kawan2 adik nurul. diorg budak uitm melaka. bgs diorang amek gambo. dah la harga amat berpatutan. ensem2 plak tu mereka2 itu, harharharhar!!!

jagoan said...

saya baca sekali lalu je :D

kakLuna said...

best la pengantin zaman skrg...shooting mcm american next top model :)


kalo la akak masa tu kat penang...mmg akak amik dayah kat jeti...tidoq kat umah akak

NuRuL said...

waahhh..memang nampak kesungguhan betul larr depa2 tuh yer dayah..
pandai lak sesuaikan diri ngan majlis..gi majlis nikah kat masjid siap pakai baju melayu lagi..sesetengah photographer tak pun kan..alalala..comei jer rasa..
weh...harap2 aku kawen nanti pon hang jugak larr jadi coordinatornye..hahaha

hayad said...

ah tok--> terima kasih kerana membaca walaupun sekali lalu. lps ni senang2 wat la dua kali lalu pulak yer, hahaha

kak luna--> tu la pasai. xpa2, lenkali dayah mai umh kak lak. leh mndi kolam :p

nurul--> boleh..boleh..bab2 bergambo ni aku no hal :p

akirasuri said...

Pergh!
Sakan jalan :D
Hahak!

Tapi aku teruja nengok sawah tu..
Cantik seh!
Lama dah aku tak bercanda dengan sawah ni..
Huhu..

victoire said...

sawah padi!
rindu nak berkubang cari ikan keli sambil digigit lintah pacat..
pastuh rindu nak main wau bulan saye skali kat sawah tu.
balik lepas maghrib dengan baju penuh lumpur kena tali pinggang ngan abah sambil merayu2 tak nak wat lagi daa.
hahahahahaha

bapak best ingat kenangan mase kecik.

hayad said...

akirasuri--> sawah padi best kan? tenang amat

k-riey--> alamak, saya pacat ngan lintah ni geli sikit..

arianna adrizal said...

uiiiii... amik gambo penantin je tp propsnye cam nk bikin filem je. hihihihi~

achik said...

fuh.. sampai menonggeng2 tukang amik gambornya.. dasat!!! dah cam pro.. :D

Anonymous said...

Salam Kak Hayat ;)

My first comment in ur entry. Ouh utk pengetahuan, sy org Penang, P.Pauh. hehe~ butterworth tu mmg dkt la dgn rmh. kalau sy ada kt rmh sy gi jemput kak hayat terus pi sg. petani. hehe. tapi tk perasan la plak Jeti tu dh ada escalator.hm, bulan Julai ni sy balik nak pi check balik noo.

satu lg rhsia, sy reti jgk amik2 gambo coz kt rmh ayah sy beli canon dslr n Nikon D40. sy pakai testing2 je. mana tau blh jd pro kan.

Hafiz Fauzi ;D

hayad said...

arianne adrizal--> hehe..hampir2 nak wat filem la tu kak anne :p

achik--> mmg la pro pun, hak hak

Hafiz Fauzi--> weh hafiz fauzi, nama ekau ni sedap betoi la, nak buh kt nama bakal anak la nnt boleh? hehehe

la..org utara ka? mcm mana ekau nak amek akak? mcm la ada no fon,kekeke.

ada camera pro jgk ek? leh la wat part time nnt mengambik gambo ;)

Followers