#222

Yuhooo! Saya baru balik dari Manjung. Tido 2 malam di rumah Mak Lang. Asalnya menghantar opah ke rumah Mak Lang. Takkan nak biar dia naik bus sorang-sorang. Oh, baiknya cucunda,haha!

Kebetulan berada di Manjung, saya pun kontek Hema, satu-satunya rakan India pertama saya. Saya dan Hema praktikal di sekolah yang sama di Kamunting tahun 2005 dulu. Rumahnya dekat je dengan rumah Mak Lang. Saya mengajak Hema keluar makan di Ayamas.

"Hey, how r u? Ko makin kurus ni. Aku jugak yang gemuk!". Kata Hema.

"Ala, macam biasa je la". Kami terus ambil tempat sementara menanti order.

"Bile mau kawen hidayah?".

"Nanti-nanti lah.. hehe. Ko tu?"

"Sekolah aku ada sorang cikgu Melayu, umo 30. Bagus dia Hidayah. Pandai cari duit. Beli tanah semua. Banyak harta. Kalau aku melayu dah lama aku kawen dengan dia tau!"

"ermm, banyak harta? That's sound gooood.. Haha".

Hampir sejam setengah bercerita. Dah la restoren Ayamas tu takde pelanggan. Kami je. Rasanya setiap butir bicara kami pekerja Ayamas tu dengar. Lantak pi lahh...

Saya nak sambung cerita pasal cendawan lagi :D

Ini gambar cendawan yang saya snap semasa aktiviti Night Walk di Taman Negara 2 minggu lepas. Ada yang bertanya macam mana nak tau cendawan tu beracun ke tak. Jawapannya saya pun tak tau. Kalau orang tua kata boleh makan, kita makan je lah. Orang tua kan lebih dulu makan garam, hehe.

Ni pun saya snap semasa Night Walk. Ni konfem tak boleh makan! Ada cendawan yang mengeluarkan cahaya floresent. Bila kita tutup torchlight, dalam gelap gulita kita boleh nampak atas tanah ada cahaya. Dari cendawan la tu!

Haa, ini cendawan beracun. Kami punya pemandu hutan la kata.

Ni pulak cendawan boleh makan. Tapi lelaki je boleh makan. Sekali lagi fakta ini datang dari pemandu hutan kami. Namanya cendawan 3K.

Saya tanya dia sekali lagi untuk conformation, "Lelaki je boleh makan?"

"Iyerrr..". Jawab En. Hamdan pemandu hutan.

"Oooo, untuk bagi kuat ker?"

"Iyerrr.."

Dato' K makan cendawan ni kot, haha!

Tapi 3K tu stands for wut aaa???

___________________________
Esok nak pi Kedah. Menghadirkan diri ke kenduri kawen orang. Nampaknya tak lekat kat umah lansung cuti sekolah kali ni.



12 comments:

Shah CJ said...

hmmmm.. cendawan 3k? mcm2 le. ada satu cendawan yg tumbuh kt batang pokok tumbang. biasa kt pokok getah. putih dn kecik2. yg tu pun sgt sedap dimakan.

hayad said...

cikgu jawe--> aha, yg tu mmg leh mkn. wat msak dgn kacang dgn udang, licin licau nasik dibueknyo

arianna adrizal said...

wah... mcmtu eh upe cendawan tumbuh.. melata kat tanah camtu je. akak ni penggeli tp kalo da masak.. makan je! hahahaha..

victoire said...

pergh, menggerunkan je cendawan yang konpem tak ley makan tu. hahahaha
3 k ape ek?
pening kpale pikir 3k untuk ape.
cuti skolah kang musim kenduri.

ayat ayah kawan saye kalu gi kenduri "pergi.. kena(bayar RM5 saguhati).. tak pergi.. tak kena(kurang sopan bile tak gi orang jmput)".
hehehe.

DeeN said...

3K
Kuat,
Kebal,
Kedekut.
Sesuwai sangatlah tu.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

Best la hang, buleh pi jalan2 walopun sekadar menghadiri kenduri kawen! ;)

Kasawari said...

perghhh bestnya... ni kalau bawak ammar dan aiman.. mesti dia cabut2 semua cendawan ni.. he he

Ayu Mohamad said...

kenapa 3K yer Dayah.. next time kalo gi amnjung calling calling ler akak yer :P

mrsazi said...

hayad mengajar mana skang ni??

me3n said...

cendawan yang takleh makan tuh macam sedap je kalau makan eheheheh.

arsaili said...

salam..teringat drama masa kecik..kisah sekeluarga meninggal krn cendawan beracun..phobia

kakLuna said...

kuat, keras dan kembang

kah kah kah

hayad said...

kak anne--> kalo benda dah dimask, bedal je la,hehe

k-riey--> akak tak pnh bg duit pn masa g kenduri,hehehe

nur@deen--> Kebal, Kuat tu ok dah tp ape kena mengena dgn kedekut? :p

kasawari--> mai la umah sy,hahaha, mcm sokmo ada je cendawan tumbuh :p

ayu--> tak tingat plak nk call akak aritu. sory..lenkali dayah call :)

apple--> sy ngajo kt KL :)

ad3ck--> ko try la makan. mn tau kot jd kuat! :D

arsaili--> drama mn satu ni ek? apsal sume org ingat saya sorg je y g lost memory neh?

kak luna--> hahaha, we have the same idea! :p

Followers