Kenangan Terindah

Masanya hampir tiba. Saat perpisahan semakin hampir. Saya membontoti mereka ke kereta. Mahu keluarkan suara tapi tersekat di kerongkong. Dah tak mampu mengucapkan kata-kata. Hanya angguk-anggukan kecil mengiyakan amanat-amanat yang keluar dari mulut dua orang yang sangat saya kasihi. Ini kali pertama saya berpisah dengan mereka. Aduh! Bagaimana mahu uruskan hidup tanpa mereka di sisi?

Lambaian tangan makin lama makin jauh dan air mata terus mengalir umpama empangan pecah. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga belajar hidup berdikari. Masuk bilik, terus cover-cover. Kesat-kesat apa-apa yang patut, hembus dulu segala mukus yang berlebihan dalam lobang hidung. Malu pula pada rumet yang baru dikenali 2 jam yang lalu.

Selepas keputusan SPM keluar saya yang memang sedari awal mengisi borang kemasukan ke matriks telah mendapat tawaran ke sana. Sejak itu saya belajar hidup berdikari.Haha, orang lain dah lama belajar hidup berdikari, tapi saya masuk matrik baru belajar,hehe.

Kenapa saya tulis semua ni? Sebab 7 tahun yang lalu bersamaan 21 Mac adalah tarikh saya mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah. Sebelum keputusan SPM keluar, saya terbaca dalam paper rencana tentang KMNS ni. Dan terdetik dalam hati mahu ke KMNS ni. Trang tang tang, bila dapat surat tawaran penempatan, memang KMNS tercatat di situ. Memang betul la teori Law of Attraction dalam buku The Secret. What you think is what you get.

Dan di bumi Kuala Pilah inilah banyak yang saya belajar. Saya mengenali ramai kawan baru. Saya belajar tinggal di asrama yang sebelum ini amat asing bagi saya. 3 bulan yang pertama memang saya sering menangis (menangis dalam bilik air setiap kali mandi,haha). Akibat dari itu saya kurang concentrate pada pelajaran saya mengakibatkan result semester saya merudum. Saya rasa kecewa amat dan berkira-kira mahu quit dari matrik dan mengambil STPM sahaja. Kerana saya tahu result semester 2 nanti jika cemerlang pun dan dicampur dengan semester satu lalu dibahagi dua (korang faham tak calculation nih :p) masih belum dapat melepasi syarat pointer bagi course yang saya ingin ambil.

Tapi saya sudah setengah tahun belajar di KMNS. Patah semula ke belakang? Rasa macam Tidak Tercapai Akalmu pula. Ahhh, belajar je lah. Sampailah saya ke semester dua. Dan semester dua inilah segalanya bermula dan saya rasa sangat enjoy belajar di KMNS. Kami satu kelas mulai rapat antara satu sama lain. Dan saya juga baru menyedari bahawa, saya telah jumpa apa yang saya cari selama di semester satu iaitu kawan, sahabat, membe, gu, geng dan seangkatan dengannya.

Sejak itu saya dapat belajar dengan amat baik sekali. Subjek yang paling saya tak suka iaitu fizik pun saya mampu score yang terbaik. Ditambah pula lecturer fizik semuanya hensem-hensem belaka. Makin rajin la bertanya. Bukankah rajin bertanya tu tak akan sesat jalan :p

Dan kehidupan saya di semester dua semakin teratur dan bertambah baik. Saya dan geng saya selalu buat study group setiap malam. Di hujung minggu kami selalu beriadah dengan bermain badminton. Terima kasih kepada rakan saya, Najwan yang telah mengajar saya bermain badminton sehingga saya menjadi sangat terer (perasan!) tapi saya masih tidak pandai untuk smash, hehe. Oh ya! Hari ini juga merupakan hari lahir Najwan. Sudah saya ucapkan semalam pada dia.

Inilah kawan-kawan saya satu kelas. Kebanyakan kami masih lagi berhubung antara satu sama lain. Kebanyakan kami juga sudah berkerjaya. Mereka semua kerja hebat-hebat. Ada yang berkelulusan luar negara. Saya rasa amat bangga memiliki kawan-kawan seperti mereka. (skemanya ayat!) Masa setahun belajar bersama amat singkat rasanya. Kami jadi rapat kerana kami tidak sempat pun untuk mengetahui yang buruk-buruk antara satu sama lain. Segalanya yang indah-indah dan baik-baik belaka.

Saya buat entry ini kerana saya rasa alam belajar di matrik adalah satu kenangan paling best dalam hidup saya selain dari alam perkahwinan. Ops, saya lupa, saya belum kawen lagi rupanya. Sila baca ayat terakhir ini sebagai ayat untuk mempromote diri sendiri,hahaha.

Saya perlu berhenti menaip kerana sedari tadi saya belum mandi lagi sejak balik dari sekolah. Terima kasih diucapkan kerana berjaya menghabiskan pembacaan anda. Sila datang lagi ke sini.



14 comments:

Anonymous said...

hehe.. 1st.. itu aje. lain kali komen lg..:)

Hafiz said...

agak-agaknya kan, hayad boleh cakap loghat N9 tak ;)

hayad said...

cikgu jawe--> ni baca ke tak karangan aku ni.pnt tau aku mengarang.cikgu xmo baca plak.cpt ar bg markah!!!

hafiz238--> tak reti la..hehe

Pa'chik said...

banyak sangat tanya pun.. buleh sesat gak... ekekek....

Anonymous said...

wah, sudah di semester kedua yer.. lagi dua semester lagi kan..

thank u jenguk2 singgah2 komen2 blog me yg itteww..

moga2 kite bisa jadi rakan siber yg baik.. aminn

hayad said...

pa'chik--> ye ke? memandai je pa'chik

yginsaf--> oh, awak dh terslh fhm cerita sy ni...cuba baca sekali lg :D

Anonymous said...

peeerrgghhh.. n3 nih kalau dibaca dgn muzik latar belakang kitaro.. tangkap syahdu eh. nak layan lagi feeling, dgr lagu selamat jalan romeo.. haha

mmg le.. bila time keje, teringat alam study sgt2 seronok. bila pencen nanti, teringat alam kerja jd seronok.














dah..dah.. apa dok sini lagi. komen dh abes.. gi mandi.. hahahahaa.

Pa'chik said...

betul lah.. ko dah tanya banyak.. mesti tanya banyak orang.. nanti ada yang cakap ke kanan.. ada cakap ke kiri... sudahnya.. ko tak tau nak ikut yang mana... pas tu.. ada harapan la sesat... hahah...

achik said...

promote diri ek.. nak tumpang sekaki la.. daku pun blum kawen.. ahahahaha.. ;p

hayad said...

cikgu jawe--> tu la..ko psg la sendiri muzik kitaro tu ek.aku mls nk semak samunkan blog aku dgn lagu2,hehe

pa'chik--> mn ada tye kt byk org,tye kt sorg lecturer ensem tu je.psl dia plg ensem antara yg ensem, so dia je la saya tye,tu psl saya tak sesat! huahuahua

achik--> jom jom kita wat entry "aku masih single",hahhaa.cam desperate je...tak kuasa! hak hak

Azhar Ahmad said...

Hahahhaha, kamu teringin nak kahwin rupanya....

Kira San said...
This comment has been removed by the author.
akirasuri said...

Oit!
Ada sorang tu..
tunggu kau meminang jek =))
cepat pat pat wey!
jgn bg dia dikebas orang :))

hayad said...

azhar ahmad--> tp bkn desperate lg ye ,hahaaha

akirasuri--> sape? sape? ko tlg pinangkan utk aku boleh? hakhak

Followers