i dan ii


i

Balik sekolah, terus ke Menara Berkembar bagi melunaskan bil tertunggak. Dah seminggu Broadband ni mampus. Gara-gara tuan dia berhutang dengan tokei Maxis. Sampai rumah pukul 8.30 malam. Gara-gara keretapi tak laju yang asek delay. Tobat lepas ni nak buat maybank2u. Tobat jugak pakai kasut tinggi. Konon nak nampak ayu. Rasa nak relai segala tulang-tulang kaki ni.


ii

Sedang asyik menaip, fon berbunyi. Siapakah ini? Nombor yang tidak dikenali. Orang di sana suruh meneka siapakah gerangan diri beliau? Macam makcik-makcik suaranya. Makcik mana pulak nak meminang saya neh?

"Aku Emi la!"

"Oh, Emi dok Harapan dulu!"

"Ye lah! Partner lab ko masa 2nd year dulu".

Haa...ape citer..bla bla bla...sehat? ngajaq mana? bla bla bla... gelak gelak..kukik kukik...

Dan tiba-tiba satu soalan maut menjelma. Jeng jeng jeng!

"Dah kawen belom?" Tanya Emi. Emi kata ada jejaka nak meminang saya! Orang kaya. Bisnesman! Hensem! <--- Tipu je! Penulis sengaja nak memanjangkan karangan beliau.

Soalan Emi adalah seperti berikut:

1. Anda ada buat apa-apa side income?
2. Anda tak mahu kaya?
3. Anda tak mahu pakai Honda Civic? (Ayat Emi adalah : "Ko tak nak pakai Honda Civic macam aku?")


Baru semalam je saya tulis pasal saya mahu kaya. Kata Saleem dan Amy Search, Mungkin Saya Akan Jadi Kaya jika Sesat Di Kuala Lumpur. Macam mana Emi boleh tahu? Adakah Emi membaca blog saya. Tak mungkin! Saya yakin Emi tidak tahu menahu tentang blog, hahaha. Atau adakah Emi telah mempunyai kuasa misteri yang boleh membaca fikiran saya??? Wah, terernya Emi. Patut boleh pakai Honda Civic,hahaha.

Emi bersungguh-sungguh mahu berjumpa saya. Emi sanggup menjemput saya di rumah sewa saya ini. Emi kata, "Kita jumpe di KL Sentral Khamis ni. Aku blanje la mu nanti. Ke mu nak aku amek mu dgn Honda Civic aku?"

Oh, boleh saya kata.

"Tapi aku nak duduk belakang masa ko drive". <--- Cakap dalam hati je. Tak terkeluar pulak dia. Tersekat kat esofagus.

"Aku nak solat hajat malam ni biar mu nak jupo aku Khamis nih".

Erk! Saya pun nak solat hajat nak mintak petunjuk!







Nota Kaki + Tangan : Mereka-mereka sedang rancak buat bisnes tu. Dengar kobar, ramai dah senang. Saya? Macam dah serik! Tapi kalau saya jumpe Emi, kemungkinan saya terpedaya adalah 99.99%. Salah satu sikap saya yang susah untuk dikawal adalah mudah dipengaruhi. Tapi setakat ni saya hanya mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang suci saja. Sekian, harap maklum.

12 comments:

Anonymous said...

hmm.. sorang gadis yg pakai kasut tumit tinggi mlm2 buta kt KL. wakakaakaa.

jahat gelakkan orang =)

hayad said...

cikgu jawe--> aku cuma nak ckp dan nk tye..ko tak tido ke cikgu? pg2 buto dh mengomen.tau ar keje gomen,hehehe

hey, 8 mlm ni kl bkn mlm buta lg tau :p

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau ada peluang baik, apa salah mencuba... tapi jangan pula ambil yang sistem piramid.

Akak ada jumpa port kat sini yang jual tudung harga murah. Akak dgn kak akak share modal jual tudung tu kat KL. :)

Dayah buatla bisnes kek ke, biskut ke. Jual kat budak2 pun tak pe... :)

AinulMalik said...

bisnes kan satu pekerjaan yg paling bagus dalam islam..tapi kene selidik dulu la sbelum memilih, terutama MLM..
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=435&Itemid=72
dan
http://www.jimieray.com/blog/mlm-sebenar/2007/03/30/tidak-semua-skim-mlm-haram.html
smoga membuatkan pilihan yg bijak!

kakLuna said...

akak kan..x suke mcm tu...org cari kita, contact balik smata2 nk promot bisnes...hmmm akak rasa dia x ikhlas lah..hmm

Anonymous said...

haha.. aku x dpt tidur le mlm td. lps dating dgn sorang awek perak tuh. hahahaa..

laarriiiikkkkk!!!

pB said...

salam hayad ..


moga dpt petunjuk yg dicari itu

Anonymous said...

salam hayad..

first time sy mengomen..

sy setuju dgn kak luna - sgt x suke org contact kita semata2 nak promote bisnes..

sy ada sorang kawan, bertahun2 tak jumpa. bila dia contact kita balik, kita gembira la kan.. tiba2 masa jumpa, terus start promote bisnes.. bertanya khabar pun tidak.. pantang betul aku.. huhu

arianna adrizal said...

ooo.. samalah kita. agak mudah terpengaruh benda2 mcmni. tp terpengaruh dengar jelaa.. lbh baik berpijak di bumi nyata. kalau tak boleh, tak nak, rayu macamana pun.. mmg tak boleh dan tak hendak.

akak cadang dayah rancakkan lg bisnes cookies tu.. bley ar akak jd sleepin partner. hehehehe ;p

NuRuL said...

akak2, abg2 dan adik2 yang membaca blog cik hayad nih..tolong yer kasi buah fikiran anda untuk nyer tuk cik hayad kite nih...semangat dia menelefon untuk memberitahu cerita ini pada saya :)

hayad said...

semua-semua!!!

saya dah dapat petunjuk rasanya :D

Followers