What I did during CNY holidays?

Fuh! Cepat betul masa berlalu. Cuti 5 hari pun rasa macam sehari saja. Esok sudah mahu pulang ke KL. Tak puas lagi la duduk rumah, huhu.

What I did during CNY holidays?

Ya, saya jadi sukarelawan. Mengemas apa yang patut, menolong Cikgu Ramli, jiran saya untuk pembukaan Galeri Buku Ibu Zainab (sempena nama isteri beliau). Sebenarnya dia jumpa ayah saya di kenduri rumah jiran, terus dipesan supaya saya dan adik saya datang menolong di rumah dia...

Image Hosted by ImageShack.us


Kelihatan adik saya sedang bertungkus-lumus menyusun buku. Naseb baik ada sorang kawan dia datang tolong. Saya juga memanggil kawan saya, Ina yang juga bercuti CNY untuk datang menolong. Kalau tidak alamatnya sampai malam la kami berdua terpaksa berkampung di rumah Cikgu Ramli.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Galeri ni dia buat untuk kegunaan anak-anak kampung. Ada banyak giler buku-buku. Yang best banyak buku-buku lama. Al-maklumlah, bekas pendidik, memang banyak buku. Saya nanti pun macam tu kot, wakakaka, perasan!

Image Hosted by ImageShack.us

3 buah komputer pun diletak untuk kegunaan orang kampung kalau nak guna. Kiri sekali itu adalah Cikgu Ramli.

Image Hosted by ImageShack.us


Saya dah target nak pinjam majalah "Suara Pendidik". Majalah lama, keluaran tahun 80-an. Sesuai dibaca untuk pendidik-pendidik masa kini. Nanti cuti sekolah bulan 3, akan kupinjam!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Ada banyak gambar-gambar lama masa Cikgu Ramli dan isterinya belajar di Kirkby College, Liverpool. Mereka satu kolej dengan Bainun, Permaisuri Perak sekarang. Gambo-gambo ni adik saya yang tampal. Saya tukang tengok je. Saya nak tolong tapi dia tak bagi. Konon nak dapat nama la tu dia yang tampal. Hampeh!

Walaupun Cikgu Ramli ni dah tak berapa kuat kederat, tapi semangat dia nak buat itu, nak buat ini tu tinggi. Agaknya cikgu zaman dulu-dulu ni memang kuat semangat.

Balik dari rumah Cikgu, saya dan emak ke kenduri rumah jiran pula.

Petangnya dapat msg frenster dari Ikhsan.

"Ingat kamu kawen ke...tengok bunga manggar tu".

"Cucu jiran aku kawenlah!"

Mentang-mentang bunga manggar tu terpacak kat jalan masuk umah saya, tak pasal-pasal dituduh kawen. Lagi sekali Tekanan! Tekanan! Haha

Image Hosted by ImageShack.us


Ok lah kawan-kawan. Ngantuk pulak. Nak titun dulu :) Jumpa nanti di KL...

11 comments:

Ina said...

Uish best nya buat library! Banyak pahala Cikgu Ramli hehe. Dayah pun nnt buat la plak :D

PS: Tak habis2 tertekan ek Dayah. Ada la tu sesapa dok intai2 Dayah xpasan kot hihi ;P

Iera said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hi dayah!

best aku bace blog ko..keep it up..err..thnx for the laksa&air sirap

Azhar Ahmad said...

sibuk sungguh kamu... Dari buat backdrop sampai mengemas...

Pa'chik said...

baiknya che'gu ramli...

hayad said...

dandelion--> best kan? tp ye la, buku dia melambak...

prof--> mcm mn ko leh bc blog aku plak ni prof? sdp tak laksa aku buat? kekeke

azhar ahmad--> sj buat2 sibuk,hehehe

pa'chik--> cikgu dayah pun baik jugak,wakakaka :p

Anonymous said...

best tu ada galeri buku. kat maan tu cikgu??? teringin ler nak pergi jenguk-jenguk atau galeri tu untuk org kg jer?

Bunga Rampai said...

Salam,

Galeri buku di kampung. Sangat menarik. Contoh baik untuk diteladani. Tahniah Cikgu Ramli.

Tahniah juga kepada empunya blog yang jadi sukarelawan :-)

Banyak makan limau cuti CNY? eh eh,ke situ pulak saya :-D

Acaii Jawe said...

Ya Allah byknye buku,huhu...siap bleh buat galeri lagi tu..kalaula sy rajin membaca,hehehe..:P apapun selamat pulang ke kl,hehe..mesti malas nak start keje,kikiki

hayad said...

khairnaj--> dkt ngan umah kak dayah jer..utk org2 kampung padang asam je,kampung lenggong tak boleh! hahaha

bunga rampai--> salam bunga rampai :) saya tak mkn byk pun buah limau. mkn mana seketul dua yg orang beri je ...

faisal--> mmg malas pon, hehehe

Anonymous said...

owh agak tersunggung ku rasakan jawapan tu. takpe ler nanti saya menyamar ler jadi org kg pdg asam takpun saya bwk jer kawan yang org sana... ada jer...

Followers