Hujung Minggu Makan-makan

Pada awalnya memang merancang tidak mahu ke mana-mana di hujung minggu. Tapi haraaaammm. Kaki ni memang tak boleh duduk diam. Dah namanya ada tahi lalat kat kaki kan :p

Dari Menara Celcom saya dan Nurul ke Midvalley kerana tiba-tiba saja neuron dalam otak saya ini mencetuskan idea untuk makan Big Apple Donut. Yummy!


Belum sempat kami menjamu selera, datang seorang Chinese, duduk bersebelahan meja kami. Lone Ranger makan donut seketul. Tiba-tiba dia minta izin ambil gambar donut kami.

"Can I take photo?"

"Yes, sure!"



Kiwi Donut

Cheese Donut

I love this Oreo Donut

Balik dari MidValley, terus ke rumah Nurul di Serendah. Siti dari Nilai ikut sekali. Hari Ahad kami menjamu selera dengan laksa buatan air tangan saya. Sedap wooo, hahaha. Angkat bakul pulak saya,hehe.


Ok lah, hidangan sudah tersedia. Selamat menjamu mata semua :p


12 comments:

Anonymous said...

beselara ko yek. bila bak blanje aku nih. hahha

Ina said...

Ish laksa lagi! Nak buat tp mee laksanya dh habis. Kene import dlu dr Mesia huhu! ;P

Anonymous said...

lenkali akak gi rumah dayah, jamu laksa je lah ye... :)

Azhar Ahmad said...

Mak aihhh, semangat sungguh kamu makan...

achik said...

seb baik jumaat lepas baru makan laksa.. kalau tak, mesti teringin.. ;p

. said...

cigku dayah, wow, banyaknya donut. larat ke habis?

and the laksa looks superb.

tp, sebagai anak jati johor, sy rekemen cikgu try laksa johor pulak.(atau ckg dh penah rasa?)hahaha. dah puas pekena utara punya, mai try yg selatan mali!

apa2pun, yummy! :D

Hafiz said...

ni kiranya laksa kuala ker ;)

hayad said...

fiq--> nk blanje? burn cd kt aku dlu :p

dandelion--> cepat2 la import sekapal,ehe

aminbakish--> bulehhhh... ;)

azhar ahmad--> saya mmg kuat mkn

achik--> mmg sj ltk gamba bg hantu2 laksa semalaya teringin :p

aiysyah--> alamak, sy tak suke laksa johor. tak kena dgn tekak saya :)

hayad said...

hafiz238--> yup! laksa kuale lah psl org kuale yg buat :p

Anonymous said...

laksa kering yg kena rebus atau laksa yg siap mcm kt kuala tu? aku terliur dh ni..siotttt la hg..sedap tuuuuhhhhh!!!

hayad said...

laksa kering yg kena rebus. nurul yg punyer laksa tu.mn dia beli ntah.sdp struktur laksanya. mmg ngam ngan kuah aku buat,kekekeke

Kasawari said...

Hayad,

Tolong lah. tolong lah keluarkan gambo laksa ni kat sini.. dah lah KAsawari gemarkan laksa.. malam2 lapor pulak tu.. hish.. nak jer pegan sudu tu hirup..

Followers