Ex - Rumet

Tahun 2003 yang lalu...

Alamak!!! Aku berumet dengan dia ni ke?? Isk... Macam tak selesa je...

Saya biasa nampak dia di sekitar Desa Indah Kembara. Masa tahun satu dia di blok lain.

Dia budak HBP (Housing Building and Planning) atau sinonim dengan gelaran Hantu Balik Pagi. Geng-geng dia menakutkan! Mengerikan!

"Hye!!! Nama sape?"

"Anis! Awak?"

"Hidayah. Panggil dayah jer".

"Kos aper?", tanya Anis.

"Cikgu... Awak?".

"Architecture".

"Ooooo..mesti best lukis-lukis!"

"Hahaha, best la sangat! Jadi cikgu lagi best!".

Hahahaha, huhuhuhu, hohohoho, heh heh heh...

Kami pun bersembang-sembang. Ok juga. Takde la kekok sangat.

Suatu hari Anis bagitahu...

"Nak cakap sikit ni dengan awak. Kos saya ni selalu tak tido malam. Kawan-kawan saya satu kos pun akan selalu datang lepak sampai pagi. Saya takut awak tak selesa. Ganggu tidur malam-malam. Kami kalau tengah buat kerja mulut tak boleh senyap. Bukan la nak menghalau, tapi kalau awak setuju, leh tukar bilik depan. Depan tu kawan satu kos saya".

Saya pun berfikir dan berfikir. Bilik yang sekarang ni bilik dua orang. Bukan senang nak dapat menginap di bilik dua orang ni. Biasanya insan-insan yang aktif saja dapat menginap di bilik dua orang. Tapi kami berdua bukan aktif tahap gaban pun. Tapi rezeki dapat bilik dua orang.

Bilik kami yang best!


Setelah berfikir, saya beritahu Anis, saya tak mahu tukar pasal suka bilik dua orang. Tak sesak. Akhirnya kami berdua jadi kamceng. Kawan-kawan Anis jadi kawan-kawan saya. Kawan-kawan saya juga jadi kawan-kawan Anis.

Kawan-kawan Anis datang siapkan projek sampai tengah malam meleret ke pagi-pagi buta. Mereka berhu-ha-hu-ha sambil buat kerja. Saya tidur kesedapan sambil mimpi-mimpi.

Tiap-tiap pagi lepas bangun tidur, Anis mesti tanya, "Semalam kami bising giler, hang tak dengaq ka? Depa semua takut hang marah. Kami siap panjat kerusi tengok hang tidoq tak sedaq apa!"

"Hahaha, tak dengaq pun. Tu la, untung hang dapat rumet cam aku. Aku tidoq mati . Hehehe...".

Masa ada projek Anis selalu tak tido malam. Dia tido siang-siang. Bila tengok Anis tido, saya pun apa lagi..tido la jugak! Mana tahan tengok rumet tido, kita study, haha.

Dua tahun kami duduk di bilik yang sama. Dua tahun memang merapatkan hubungan kami. Mama Anis pun baik. Kalau datang mesti bawa makanan. Kawan-kawan Anis dia anggap macam anak dia sendiri juga. Anis juga kini berkerja di Kuala Lumpur. Tapi bukan sebagai arkitek. Tapi Pegawai Tadbir Diplomatik. Kata dia, dia memang takmau jadi arkitek!

Dan semalam Anis kawen di Putrajaya. Kenduri rumahnya di Penang tak dapat saya hadiri. Nyaris sempat datang ke kenduri di Putrajaya ni. Itupun dah lewat pasal Cikgu Nurul ni ada meeting pulak kat sekolah dia.

Bersama sebahagian kawan-kawan Anis yang selalu buat bising di bilik kami dan sebahagian kawan-kawan saya.



SEMOGA ANIS BERBAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA :)

11 comments:

Anonymous said...

Selamat Pengantin baru untuk Anis juga. Rumet Anis bila plak?

arianna adrizal said...

cantik baju dayah.. hehe!

DeeN said...

PERGH!! PTD tuhhh..!! Jeles sungguh! Sungguh jeles! He He He!
Cool!
Selamat Pengantin Baru utk PTD lady, Anis! ;)

Ayaq said...

Usha2 sket...ni belah mana aa..belah blakang jabatan pembangunan ka??? (haha nampak sgt jrg tidoq bilik. :P)

achik said...

selamat pengantin baru.. :)

hayad said...

mazudi--> haha, rumet Anis tak tau lagi :p

arianna adrizal--> hahaha, itu pulak komen dia. apa2 pun dayah mmg sedar akan baju dayah yg cantik itu,wakakkaka :p

nur@ddeen--> ni mst minat nak jadi PTD gak ni ek?

ayaq masak--> aah ayaq masak :D

achik--> mekaseh..mekaseh..hahaha

Acaii Jawe said...

slmt pengantin baru tuk ex rommate tu ye..rommate lagi sorang bila nak kahwin,ehheee

kakLuna said...

fullamak...jd PTD..

hayad said...

faisal--> haha, soklan cepumas tu

kakluna--> hehe.. PTD bunyik grand je kannn...???

akirasuri said...

ekhem ekhem..
hang bila lagi :p

hayad said...

akirasuri--> ala...soklan common sense,mls nk jwb,hahaha

Followers