Tahun ni tak jadi guru Tingkatan 1. Ajar tingkatan 1 pun tak lansung! Ting.1 ni senang juga nak handle. Sekali sergah, kecut juga muka diorang. Tapi yang payahnya pasal mereka ini masih keanak-anakan. Segala benda nak mengadu kat cikgu.
Teacher, he took my pen la....
Teacher, i lost my eraser la...
Teacher, he stole my sharpener la...
Alahai...semol matter je punyer masalah.
Tapi tadi kena uruskan juga pendaftaran kelas Ting. 1 Gigih. Artis N*n* J*r*n ada 2 anak masuk Ting.1. She's nice. Antara golongan parent yang tidak banyak karenah. Sonang kojo den.
Ini entry pertama saya untuk Tahun Dua Kosong Kosong Lapan. Azam tahun baru?? Saya nak tukar la. Macam takde nama lain je. Asek-asek Azam je. Cuba letak Ariffin ke, Adam ke, Ahmad ke...hahaha, tak lawak! Tak lawak!
Tahun 2008...hurm, apa pencapaian terlampau saya yer? Macam takde je. Tidak seperti tahun 2006, ada satu pencapaian terlampau telah berlaku. Cuma tahun lepas di akhir februari 2007 saya telah berjaya menjadi wanita yang bekerjaya,cewah!
Yang paling pertama sekali azam saya tahun ini adalah untuk bangun pagi pada jam 6 pagi. Kalau boleh sebelum azan subuh. Kerana sepanjang tahun 2006 saya selalu bangun lagi setengah jam nak pergi sekolah :p Oleh itu ia menjadikan saya seperti lipas kudung. Kalau baju tak iron lagi, maka saya terus jadi lipas gila meroyan. Oleh yang demikian, azam yang perlu dicapai dalam masa terdekat ini ialah bangan seawal subuh, maka dengan itu saya ada banyak masa untuk baca Mathurat. Dah lama tak baca Mathurat, pasal sokmo tak sempat pagi-pagi. Rugi... rugi...
Azam yang lain-lain adalah :
1. Ingin memiliki seketul oven.
2. Ingin memiliki sebijik mixer.
3. Ingin naik kapal terobang. Tak penah naik lagi. Malu jer kan? :p
4. .....
5. .....
6. .....
dan yang seterus-seterusnya akan ditambah mengikut masa, keadaan dan kesesuaian dan tidak perlulah diceritakan semuanya di sini. Ianya akan direkod ke dalam sebuah buku Secret.
Dan yang pentingnya...
Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Pada akhir zaman kelak, manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya." (Riwayat at-Thabrani)
Kalau ada peluang bisnes habaq la nooo.. kot kita boleh bekerjasama untuk menjadi kaya :p
SEMOGA SELAMAT SEMUANYA DI TAHUN 2008
:)
:)
14 comments:
bisnes? menarik tu.. leh mintak quotation kot. hehe.
azam no 4. kahwin??
:D
selamat tahun baru ye..
selamat thn baru...dh bangun lom nih
hai cikgu!
;)
arianna adrizal--> kawen???? tidak terpikir lg,hehe
arsaili--> dahhhhh
13may--> hai!!!
Salam tahun baru dayah!
Bila nak belanja aku ni :D
hahak!
Selamat tahun baru, cikgu :)
wah2. da start ngajo hang eh. emm semoge azam hang tahun neh tercapai eh.
hehe..boleh ke tukar azam tu jadi ahmad??hehe..wah..bagus2 bisnes tu adalah satu kerjaya yg membawa keuntungan:D
selamat thn baru.. semoga azam2 tu akan tercapai.. insya-Allah..
tu la.. ingat nak buat bianes sampingan gak.. ;p
kete taknak beli ker cikgu??? cayalah nak beli oven. siap ler satu rumah berbau kuih muih.
akirasuri--> jom la jnji jumpe.br leh blanje :p
sherrina--> selamat tahun baru juga cikgu :)
ad3ck--> mekaseh..mekaseh..heh heh heh
ainul--> btoi btoi! :D
achik--> ape biz ko plan nak wat weh? habaq la nnt eh
khairnaj--> kete?? kete tolak cukup ah,hehehe
Naik Kapal terbang? teringat dulu saya juga teringin naik kapal terbang, nasib baik saya ke syria boleh juga naik.
Nak naik kapalterbang?
Haha.. mintak tukar gi mengajar kat Sabah la. Tiap tahun dapat naik flight free. Banyak kosong tu.
haha.
hakim dirani--> tu la...ada rezki naik la saya kapal terobang :p
mazudi--> xmau la..p jln2 kt sabah mau la :D
Post a Comment