Yeeehaaaa!!! andre andre yaribba yaribbaaaa….. school holidays!!! Haha… Masa pengetua bagi ucapan selamat bercuti hari jumaat lepas, bukan budak-budak je yang seronok. Tapi cikgu lagi la berganda seronok. Rasa nak meloncat, tapi depan student kena berlagak berwibawa ok :D
Rindunya saya pada blog saya ni. Dah lama juga tidak menjenguk blog rakan-rakan blogger yang lain. Ampun maaf dipinta, saya bukan sengaja tetapi keadaan tidak mengizinkan saya bercekengrama dengan intenet. Hampir 20 hari saya tidak menjenguk intenet. Sekarang saya sudah berada di kampung halaman. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Sampai tak tahu mahu dimulai dengan yang mana.
Saya datang ke KL 19 Februari kerana 21 Februari saya perlu mengambil surat penempatan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) dan harus melapor diri di sekolah tempat saya bakal mengajar pada hari itu juga. Saya sudah lama kecut perut bila dapat tahu nama sekolah tempat saya ditugaskan. Bukan saja perut yang kecut, tetapi juga buah pinggang, pancreas, jantung, paru-paru termasuk juga alveolus. Ditambah lagi dengan cakap-cakap orang. Tapi apakan daya itu sudah tersurat untuk saya.
Saya sedikit beruntung sebab termasuk saya ada lagi 7 orang guru baru yang dipostingkan di sekolah yang sama. Syukur! At least ada kawan. Tidaklah segan dan takut sangat ;) Dan kami telah berjumpa semasa melapor diri dan sebahagiannya saya jumpa semasa taklimat di jabatan pada esok harinya. Sudah la semasa taklimat di jabatan tu saya seorang yang pakai t-shirt dan seluar slack! Orang lain semua pakai baju kurung, kebaya, memang
Saya mula bertugas pada hari isnin, 26 Februari 2007. Kira hari bersejarah la :p Dengan baju kurung dan tudung warna pink, tak lupa juga name tag tersemat di dada kiri (supaya nampak lebih berwibawa,hahaha) saya melangkah masuk dalam kawasan sekolah. Sudah ada beberapa student yang dihantar oleh kereta-kereta besarrrrrr!! Saya terus ke pejabat. Sebaik sampai saya tengok suhana dan suhaida sudah sampai dulu. Tak lama lepas tu ramailah cikgu-cikgu sekolah tu sampai. They all greet us very much!! Mana taknye, sekolah tu memang kurang guru. Mestila depa suka ramai guru baru masuk. Jam 7.30 sekolah tu ada assembly mingguan. Kami 8 orang ni duduk sederet. Semua dok pandang-pandang. Semasa ucapan pengetua, dia pun memperkenalkan kami. Sorang-sorang bangun. Dari awal assembly lagi saya sudah nampak Alif One In A Million tu. Ngeh ngeh!!
Hari pertama kami tidak mengajar. Hanya ada sedikit briefing oleh pengetua dan pembahagian jadual. Saya ditugaskan untuk mengajar 2 kelas science form 1, satu kelas science form 2, dan 6 waktu Pendidikan Jasmani. Tak sesuwaiiii lansung! Haha. Tetapi jadual ini masih sementara. Lepas cuti seminggu ni kami akan dapat jadual tetap.
Err, nanti la saya tulis lagi. Saya mahu merayap ke blog-blog lain kejap. Dah lama saya ketinggalan zaman ni,huhu.
9 comments:
oit.. selamat kembali che'gu...
tapi kan, adik aku pun baru posting bulan satu hari tu juga. Dia komplen, pasal kementerian belum keluarkan lagi surat tawaran kerja yang sebenar.Makanya, lambat lagi nak dapat gajinya. Haha...
Selamat Rehat Cikgu!! ahahaha
citer Kapit sudah diupdate..hehee
cikgu tgh cuti sekolah ni..hehe.jgn gaduh2 ng adik!
Hahaha.. aku rendu kat hang che'gu. Oo..ngajaq kat sekolah bukit antarabangsa ka [aku tembak jer tuh] hahaha...
Selamat bekerja dan dikerjakan oleh anak2 murid nanti ek. Adios!!
Alhamdulillah .. bomba dah mai jirus keyboard hang nooo ... hehehhe
Selamat kembali berblogging.
AKU TAHU sekolah mana itu! hahahahaha ... Sekolah Menengah Sri Hartamas. huhuhuhu ...
errr seronok ke jadi cikgi?
cikgu!!!
selamat kembali
best jadi cikgu dayah :P
ya allaaah!! kalo dah muncul pun jgn la jadik mcm ayam jantan.. hahak..
pa'chik--> surat lantikan mmg lmbat dapat, maka gaji pun lmbat lah..hohohoho
labanon--> yer, selamat la hendaknye :P
maza--> dayah dah baca dah :)
zwitterion--> tak gaduh pun :p
nur@addeen--> wah, kko rindu kt aku?? bangganyerrrr :p
izinni--> ya! tepat sekali ;p
akirasuri--> meh la jd cikgu, nnt baru tau best ke tak,hahaha
amok--> jd ayam jantan???? *blur*
Post a Comment