Jiwa Kacau II

Usai saja saya sembahyang maghrib, handset saya berbunyi nada menerima sms. Saya buka dan agak terkejut Faizul menghantar sms.

Tgh wat pe tu? Tgh men enset ke? Ada cerita best tak kt ctu? Bg la saya tgk.

Eeee..tolong la, ada hati nak suruh saya bagi tengok apa ada dalam handset saya. Tak malu betul! Rungut saya dalam hati.

Takde wat ape. Ni nape tetiba msg ni?
Sj je,tak leh ke?mrh ke?

Xde le mrh, tp xslesa ok. Ni sy nk tye, x pnh dibuek awk sms sy,dh buang tebiat ke?

Aah,dh buang tebiat kot. Nnt dah pegi kl jgn le lupe orang PR.

Eh, buat ape sy nk ingat org PR, ramai tuuu org PR. Ingt mak ayah sy dh le.

Xde le, ada sorang tu minat kt awk.

Alamak! Yeke? Sp org tu ek? Malangnya sy ni amatlah x mnt kt org satu ngri hatta 1 kg pn.x berkembang le.

Saya buat ayat berbasa-basi.

Eh,org dkt la sng.kayuh beskal pun boleh.lgpn org kt cni wt keje mcm2 pn leh,keje dapur leh,keje brt leh.kalo org bndr,pacat blkg umah awk pn dia tkt.

Rajin konon, mak kata awak tu kat sekolah pemalas nak mampos. Dok je dalam makmal tu tak buat keje. Cemuh saya dalam hati.

Xmo ah,x berkmbng.

Ala,kalo ikut nk brkembng g je melancong,sm je.

Eeee..mamat ni tak faham bahasa betul lah! Saya sudah malas mahu layan sms dia. Saya bagitahu kredit saya dah nak abih. Dan saya tunjuk semua sms dia pada mak. Disebabkan mak tak berapa nampak, saya terpaksa baca pada mak.

Esok harinya saya harus mengambil emak balik kerja seperti biasa. Saya sudah pesan awal-awal pada mak, habis keje nanti tunggu saya dekat pondok pak guard, dan saya akan datang lewat sedikit dari biasa. Sebabnya saya tak mahu terserempak dengan mamat tuh.

Pagi hari itu pun, dia ada sms, tapi saya malas nak layan juga.

Jiwa kacau ini telah saya ceritakan pada adik saya pada malam esoknya. Dia pun menunjukkan aksi geli pada cerita saya, tentang riak muka faizul juga sms Faizul pada saya. Terus dia teringat aksi Faizul pada waktu sekolah siangnya. Adik saya sedang berada dalam makmal, tiba-tiba Faizul ini muncul, dan mengangkat-angkat kening pada adik saya. Yark!!

Maka malam itu kami dua beradik telah membuat beberapa spekulasi dan hipotesis-hipotesis tertentu yang mengakibatkan perubahan sikap Faizul yang asalnya amat pemalu menjadi tidak tau malu pula itu,hahaha.

“Aku rasa dia desperate la… Dulu ada cikgu tu nak dia, dia jual mahal. Skang dah desperate. Pastu dia tak tahu nak pilih sape, dia try la ngorat kamu,” hipotesis pertama dari adik saya.

“Tu la, betul jugak kan? Selama ni takde plak dia jadi gitu. Padahal selalu je terserempak. Bila time dia mengayat tu, aku rasa geli pulak kat dia,” tambah saya untuk mengukuhkan hipotesis pertama.

Saya pun pelik juga dengan si Faizul ni. Dulu ada cikgu sekolah tu berkehendakkan dia, tapi dia pulak tak mahu, wat jual-jual mahal la kononnn. Cikgu tu siap ajak datang rumah nak kenalkan dengan mak ayahnya lagi. Dia datang tapi tup tup dia pulak tak nak kat cikgu tu. Hal ini pun saya tahu dari mak. Ramai yang minat dekat dia tu. Dia memilih orangnya. Lagi satu konklusi dari emak.

“Tapi kenapa dia nak kat aku pulak?? Mentang-mentang aku dah nak keje, dia pun nak la ek? Selama ni aku tak keje, takde pulak dia nak. Ampeh! Banyak cantekk!!” Tiba-tiba saya jadi beremosi.

“A’ah, tu mungkin salah satu sebab. Dia maybe tengah desperate, pastu dia tengok kamu macam single kot. Mungkin dia ingat kamu ni tak cun, pastu dia ingat mesti takde kawan istimewa,” hipotesis kedua yang dibuat oleh adik saya lagi.

“Oi oi! Aku tak cun ke?” Saya hampir memberi flying kick pada adik saya.

“Tapi betul jugak kan? Dia ingat aku tak cun, takde kawan istimewa kot. Tolong sikit! Aku tak desperate lagi nak jadi dia punyer desperate housewife!”

Mak pula bagitahu semasa di sekolah dia beritahu dia sms saya. Mak jawab, “Oooo, ye ker?”. Konon buat-buat tak tahu padahal segala sms dia saya bacakan pada mak.

Saya bertolak ke KL hari ahad. Malam isnin tu dia sms lagi.

Hai! Bile pegi kl? Leh sms x ni?
Dah ada kt kl pn.
Ye ke?ala, xbg tau kita pun.kalo x leh abg tlg antokan.

Buwekkk...saya mahu termuntah ok! Belum apa-apa sudah berabg2 dengan saya. Sory le brader.

Ni pehal tetiba abg2 ni en.faizul?! Tak pyh anto, lg pn "KAWAN" sy ada tunggu kt Pudu nk amek sy.

Apa slhnye pnggl abg.formal sgt berencik2.
Saya sengaja mengapostrophekan perkataan KAWAN saya itu dengan harapan dia akan faham. Padahal tiada siapa yang mengambil saya di Pudu. Lagipun bukan saya tidak biasa turun ke KL. Tak perlu siapa-siapa jemput saya pun.

Sy ada keje ni. Bye.

Ok,hati2 dok kl,jgn smpi mat rempit langgar awk.

Ek eleh…kat Perak lagi banyak mat rempit. Saya sudah malas mahu layan.

Esok paginya saya sedang bersiap-siap untuk survey di mana letaknya sekolah saya dan juga JPWP, supaya esok tidak tercari-cari. Dalam dok siap-siap tu dia sms lagi.

Hai,tgh wtpe?

Tgh siap2 nk g klcc,nk g deting.

Sekali lagi saya tipu. Tapi dia masih tak reti bahasa dan terus menghantar sms. Saya tak balas pun. Bosan betul...

Setelah selesai segala urusan saya, maka bermulalah rutin harian saya sebagai seorang guru. Sepanjang hampir seminggu itu tiada lagi sms dari faizul. Mungkin dia telah faham bahasa. Saya berasa amat lega. Saya juga ada beritahu mak yang dia ber'abg2' dengan saya. Adik saya tak habis-habis mengeluarkan perkataan, eeeee...eeeee...geli la aku! :p

Lega amat saya kerana dia tak sms. Saya bukan benci, tapi saya tak selesalah. Tambahan pula dia manusia yang selalu saya ketemu di pekan PR. Tiba-tiba ingin bercintan dan bercintun dengan saya. Akal saya tidak boleh menerima kejadian ini,hahaha.

Saya sangkakan Faizul sudah malas untuk sms saya. Sedang saya asyik menonton Cari Menantu menyaksikan pertunangan Izan dengan bakal suaminya hari Khamis yang lalu, handset saya berbunyi. Pabila ditekan punat view... Arghhhh!!! Dia lagiii!!!!

-Bersambung-

*Bersambung lagi pasal saya nak pergi mandi kat Batu Hampar ;)*

20 comments:

achik said...

chewah2... ;)

INDERA KENCANA said...

Uwaaaa... Komen panjang-panjang dah ilang. Tak kose nak tulis lagi..

Yang ingin saya sampaikan tadi ialah, Jangan terlalu membenci seseorang. Kelak dibimbangi timbul kasih pula. Jangan mengasihi seorang itu keterlaluan. Kelak dibimbangi timbul benci pula.

Anonymous said...

achik--> chewah jugak,hahaha

indera kencana--> jgn slh fhm indera, saya tak benci dia, cuma saya mmg tak selesa lor kalo dia mahu bercintan cintun dgn saya...saya pun ada hak memilih kan? :p tambahn pula caranya yg kurang saya suka..tetiba saja suka pd saya..pelik2...dan saya tak suka dijadikan last cois hanya pabila dia dh xde pilihan lain...hoho

Iman Mawaddah said...

Mungkin dia baru terperasan kejelitaan kamu kot..comel je dok bawah pokok..hehe

Atau mungkin dia rasa kehilangan kamu. Biasanya manusia kalau depan mata buat dek je. Bila dah tak de baru terfikir...mungkin lah..

Anonymous said...

kak iman--> hahaha, kejelitaan saya? kekeke...sy mn ada jelita apatah lg comel, tak cy tye Indera,harharhar :p

Ina said...

Alaaa sambung lagi lah pulok. Org laki skrg ni ramai juga even dia hensem bangat dan ramai peminat tp dia memilih pasangan tak memandang rupa. Maybe ada sesuatu yg menarik kat awak ke pd mata dia yang takde kt org lain? hehe

Ha'ah jgn benci sgt nnt lama2 suka. Mcm ada sorg kwn baik saya tu. Last2 bercinta jugak dgn org setaman dia tu hehe :)

zwitterion said...

mgkin dl dia tak terperasaan kewujudan dayah..alamak, ken atunggu pulak..:)

Anonymous said...

dayah..
sebenaqnya aku nak gelak bace cite hang ni
jgn marah tau..
tp betoi gak..jgn benci ngat kat org..
sat gi hang jatuh chenta ngan dia..
hahahha..
btw..wat COOL ja..
xdak apa-apa ngat..
kalu hang sengap...
lama-lama nanti dia sengap la..
tp kalu da jodoh..
hang tak bley wat ape kan..

Pa'chik said...

zwit kata;
mgkin dl dia tak terperasaan kewujudan dayah..alamak, ken atunggu pulak..:)

aku tanya;
kau baru tukar pembersih muka baru ke? atau krim anti-penuaan?

Hafiz said...

eh, ada sambungan lagi...

rasanya sebelum ni dia tak notice dayah kot :)

Anonymous said...

ina--> ohh..jgn2, saya sudah ada pilihan hati.mntak simpang :p

kak zwitt--> bengong la dia kalo tak nmpk akan kewujudan diriku ini. ari2 dok amek mak kt sek,haha

ruru--> aah..aku wat cool je pun.aku pun mmg sengap je skang.

pa'chik--> tak tuko pun, muke makin teruk ada la,hahahaha

hafiz_238--> sj je dia tu dh desperate, takde maknanya dia notice ke tak notice pun,hiks

izinni said...

hmmm hipotesis aku. sebelum ko balik KL hujung minggu ni .. jeng jeng jeng! ada rombongan datang nak meminang ko! hahahahhaa

atau dia akan datang time ko tengah sibuk ajar anak2 murid ko berlari-lari di padang sempena matapelajaran PE! hehehhehe

Anonymous said...

izinni--> ahh..merepek je, tp tak slh jika kutolak kan? hahahaha :D

Anonymous said...

sungguh cumel crita cintamu dayah...hehhe..sweet la...bwh pokok lak tuh.hehhehe..romantik.

dh ada pilihan hati, no wonder la tak mau si faizul tuh...tp kalau awai2 lg dh abng2, huuhuhuhu ...x tau leh cayo ke tak.

sy memang nk cari yg dekat..kalo dulu nk carik yg kelate, skang dg tukar kriteria...nk crk yg dok smenanjung (x kisah negeri mana)...sng transfer..hahaha...x mau la dok kapit lama2...x sanggup!

khairul najmi yusof said...

try dulu tgk dia camner...(pepandai jer sy bagi nasihat) apa kata kak dayah letak diri dalam kasut faizul tu... dulu kan faizul tu jual mahal kat cikgu tu... apakata kak dayah belajar dair dia and then jual lagi mahal dan takde offer.. kak dayah mesti taknak buat megasale kan...

Hafiz said...

nak senang cerita...ckp jer kat dia direct...tak suka :)

kalau dia masih tak faham bahasa Melayu...suruh dia belajar balik :D

Iman Mawaddah said...

Tumpang gelak dengan komen pak'chik..haha ada gak logiknya sabor je la..

Anonymous said...

maza--> alahai..sy pulak xde sepupu lelaki yg belum kawen..klu tak leh gandingkan dgn hang,hehehe. Ala, nnt mesti ada yg nok ke mu tu :)

khairul najmi--> letak dlm kasut faizul?? eee..xmo ah! busuk! hahaha

hafiz_238--> ok, nnt sy ckp :p

iman mawaddah--> tu la, pasni nk pakai SKII la... :p

DeeN said...

Ha ha ha..
Aku tak tau nak kata apa. Sebab memang kisah ko ada sama dgn kisah aku. Aku paham perasaan ko. Bukan benci tapi just tak selesa sbb kita tahu siapa dia kan kan kan

cheeewahhh...!!

Anonymous said...

nuraddeen--> aah..btoi2! tepat sekali,hehe

Followers