Penangan Sambal Belacan

Sedang saya menumbuk-numbuk sambal belacan dengan lesung batu, tiba-tiba...

"Aduh! Mak lang, sambal masuk mata!!"

"Cepat cepat basuh mata. Celikkan mata kamu!"

Saya pun menjegilkan la bijik mata pada aliran air paip. Tiba-tiba saya teringatkan satu petua bila cili masuk mata.

Cepat-cepat saya ambil secubit garam dan masukkan ke dalam mulut. Kurang dari 5 minit rasa pedih hilang sedikit demi sedikit. Wah,berkesan la,ehe...

Nasib saya kurang baik hari tu, masuk pulak percikan cili dalam mata. Selalunya bila menumbuk sambal saya akan ambil pinggan lutsinar untuk jadi kaver depan muka :p *anda boleh juga menggunakan helmet yang berkaver semasa menumbuk sambal* Tapi aritu tak pulak, tapi ada juga hikmahnya. Hikmahnya saya dapat tahu keberkesanan petua yang saya baca dulu.

Jadi, anda semua jangan resah gelisah jika masuk cili dalam mata, cari saje Natrium klorida di sekitar dapur anda :p

14 comments:

Pa'chik said...

Biasanya aku cuma lalukan air kat mata je, then lap ngan kain bersih. Tak sampai lima minit pun dah ok. Mungkin pasal dah selalu sangat kot.

Anonymous said...

hai Hayad,

selalu ke tumbuk sambal sambil pakai helmet? hehehe.. :D

Ayu Mohamad said...

hahaha akak pakai spek.. so mmg sentiasa bercover kekekeke

Anonymous said...

kalau takut pada ombak jangan berumah di tepi pantai ..

kalau takut pada cili jangan masuk dapur ..

ps ayaq : susah2 pakai helmet full face je

Anonymous said...

ehh sorry .. silap nama la. nak tulis hayad tertulih ayaq pulak ..

anyway kalo ayaq baca pun boleh gak ambil nasihat tu

WRA said...

aik...apsal komen akak tak masuk ek utk entri kat bawah tu? anyway, petua org dulu2 kebanyakannya memang menjadik...:D

Anonymous said...

pa'chik--> la,selalu msk cili dlm mata ker?

nieys--> tu cdgan jer,tak pnh wat lg,hehe

kak ayu--> aha,sp2 pki spek selamat :)

jeff--> hehe,sy hayad bkn ayaq la :p tp takpe. Cuba tye ayaq,dia pnh tumbuk smbal tak?ekekeke

kak wan--> tu la psl, mcm jgk kalo slh tdo tepuk bantal kat tempat sakit tu

Anonymous said...

sdh dpt result posting...waaaaaaa

achik said...

dulu2 aku kalau tumbuk sambal belacan mesti pijar tangan... kdg2 sampai nangis tak tahan... skang dah ok plak ;p

Anonymous said...

maza--> dpt mn maza? habaq la

achik--> uish,smpai pijar tgn? tumbuk dgn tangan ka?hehe

Ayaq said...

Haih cik jeff rendu kat saya ka? Hahaha.

Wey wey aku penah tumbuk sambal taw! Cisss ni dah kire menghina kredibiliti aku neh. *kepit idung*

tuan tanah said...

oh, rumah kami kat sini takde lesung batu.
kami pakai blender.

hahaha :D

Anonymous said...

ayaq masak--> hhaha,jgn marh ayaq :p

tuan tanah--> kalo blender kurang sdp la,ehe. Hilang sedikit keaslian :p

zwitterion said...

oo..pakai natrium klorida ya.kdg2 akak malas tumbuk, pakai blender..tu la krg sedap sket..

Followers