Lawatan Cik Kiah Sambil Belajar

Semasa diarahkan mengisi borang pertukaran option, hanya ada 4 option pilihan : Pra-Sek, Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, dan Bahasa Inggeris. Juga satu pilihan option-option lain untuk diisi. Dalam keadaan blur-blur saya telah tick Pra-Sek padahal saya tidak mempunyai jiwa menyayangi kanak-kanak, tambahan pula kanak-kanak itu sendiri tidak mempunyai perasaan terhadap saya. Ada sahabat yang kata muka saya yang agak cengih memungkinkan kanak-kanak tak serasi dengan saya,haha!

Tanpa disedari, saya telah tulis "sejarah" sebagai pilihan pada option-option lain. Sebab utama saya pilih sejarah pasal saya minat, mungkin juga terpengaruh dengan abah yang sangat terer mengenai fakta-fakta sejarah. Kalau dia dah mula cerita fakta sejarah tak boleh nak berhenti. Kita yang mendengar akan ternganga aje. Sahabat-sahabat yang pernah berkunjung ke rumah pasti tidak menafikan. "Best la ayah hang, banyak betul dia tahu sejarah". Tapi seronok, tak payah baca buku sejarah, dah ada tukang cerita :p

Ok, dah banyak mengarut pulak. The main point here is Kota Ngah Ibrahim. Yes, my family and I went to Kota Ngah Ibrahim Historical Complex last weekend. Tak plan pun mahu ke sini, asalnya mahu ke zoo Taiping dan jalan-jalan sekitar bandar Taiping, membawa famili ayah saudara yang sudah 20 tahun tidak menjejakkan kaki ke Bandar Taiping ni. Selepas melawat sanak-saudara di Zoo, terus kami bergerak ke Kota Ngah Ibrahim.



Ngah Ibrahim merupakan seorang jutawan yang berpengaruh di negeri Perak. Kota ini dibina bagi melindungi kekayaan beliau. *melihat pada alatan dalam rumah Ngah Ibrahim memang beliau sangatlah kaya*. Beliau kaya kerana menguasai bijih timah di Larut. Beliau menemui bijih timah ini daripada gajah kepunyaan beliau. Gajah ini telah hilang selama tiga hari. Setelah dijumpai, Ngah Ibrahim mendapati kaki gajahnya disaluti lumpur keras, dan setelah diselidiki ia adalah bijih timah. Disebabkan penemuan itu, daerah itu dinamakan Larut sempena dengan nama gajah tersebut, Sri Larut.



Bangunan dan kota ini dibina oleh Ngah Ibrahim, digunakan sebagai kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan keluarga, juga dijadikan pusat pentadbiran, pertahanan dan penyimpanan bijih timah. Rumah ini pernah dikuasai oleh puak Ghee Hin semasa Perang Larut I dan dijadikan markas jepun semasa jepun datang ke Tanah Melayu. Selain itu rumah ini pernah dijadikan Maktab Perguruan Melayu pertama sebelum ia dipindahkan menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris di Batu Gajah. Pernah juga dijadikan Sekolah Rendah Melayu yang pertama, sebelum ia dipindahkan menjadi Sekolah Kebangsaan Matang.



Banyak sekali fakta yang ingin saya kongsi, sampai saya sendiri tak tahu di mana harus saya mulai. Apa pun yang boleh saya katakan, saya merasa amat sayu dan sedih setelah mengetahui kisah perjuangan Ngah Ibrahim. Semasa dalam buangan British di Pulau Seychelles beliau telah beberapa kali merayu pada pihak British supaya menghantarnya pulang ke Tanah Melayu. Tapi British tak izinkan sebab British tahu kalau beliau kembali ke Tanah Melayu, pasti orang Melayu akan menentang British semula.

Rumah Ngah Ibrahim ini pernah dijadikan mahkamah bagi perbicaraan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Endut, Sipuntum serta lain-lain lagi yang dituduh membunuh Residen Inggeris Pertama di Perak, JWW Birch. Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Endut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala lain-lain yang terlibat sama itu dihukum penjara seumur hidup. Penjara itu juga berada dalam rumah Ngah Ibrahim ini. Setelah Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles bangunan rumah Ngah Ibrahim dijadikan pejabat pentadbiran British pula.

*Sakitnya rasa hati bila rumah sendiri ditakluk oleh penjajah*

Sebak rasa hati melihat upacara penggalian semula jazad Ngah Ibrahim di Majalah Tiga tadi. Akhirnya dapat juga beliau kembali ke bumi sendiri.. Al-fatihah untuk beliau, pahlawan tanah air.




Oh ya, balik dari Kota Ngah Ibrahim, kami ramai-ramai makan mee udang di Kuala Sepetang. Walllaaa!! very sedap! Maria Tungku Sabri should come here!



*kak kenit, jom pegi tengok tulip atas bukit*

19 comments:

Anonymous said...

check out www.qisas.com

tuan tanah said...

wahhh... kalau dah sampai bela gajah, memang sahlah kaya tu!

terima kasih atas entri yang mengingatkan sejarah negeri sendiri ini :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

dayah, akak tak sempat pergi tanya pasal tulip lagi. sibuk kenduri.. (kenduri kawanler.. hehe ) lepas ni, akak boleh pergi tanya... kalau ada, kita naik ok, ajaklah kawan2 lain sama. :) cheese cake jangan lupa.. ;)

oh! Tuan Tanah juga dari negeri yang sama ya.. :)

Anonymous said...

tuan tanah--> oh,kita sama negeri la tuan tanah ;)

sikenit aminbakish--> orait! ape2 hal kita msg okay!! ;)

Ayaq said...

Penah pegi dah! Yeayy. :D

me3n said...

tak penah pegi lagi..:S sori beb bz sket ar skang..:(

Anonymous said...

ayaq masak--> bgs le ko dh pnh pegi :p

ad3ck--> takpe2, nnt nak pegi aku leh jd tourist guide ;)

zwitterion said...

terliur tgk mee udang tu..isk..isk

13may said...

wah! ada meriam lagi....:D

Anonymous said...

kak zwitt--> jgn leleh udah yer kak zwitt ;)

13may--> ko nak ker meriam tu?

Anonymous said...

ehehe..sjarah tu takpa...aku tak kisah sangat...tapi bab mi udang tuh yang buat aku terliuq ni...huhu...hujan kat sini..tak leh nak keluar:( lagi satu..nak tnya.."kawan" yang hang maksudkan tu siapa??yang kena dgr ayah hang cita pasal sejarah tuh???aku and CT payung ka???haha...

Anonymous said...

*applause*

satu posting yg sgt menarik utk tatapan..

bila la akan dpt tahu posting nih dayah? meh la pantai timur join kawe..hahahaa

Anonymous said...

OMG.. sejarah ka.. akak dr F1-F5 setahun sekali je dpt A utk sejarah.. And ekceli masa tgk majalah3 tu akak tak faham pun jln cerita dia.. baca entry ni baru paham..haha.. LOL!

Amanitium Cho said...

kenapa patung gajah tu macam sedih je. kau buli die ke?

Anonymous said...

chieffy--> haha,hgpa la kot :p plus ade membe2 aku yg lain jgk,haha

fatihah--> perghhh...siap tepuk tgn lg tuu,kekkeke. Kawe tok kisoh dapt mn pun, pntai timur pun ok, leh kawe nok g jalang2 kat pulau2 di hari cuti :p

kak yana--> uish,beguna jugak entry ku kali untuk org yg tak phm sejarah,hik hik

amanitium--> bukan mata gajah mmg macam tu ke...ko tak caya, ko g zoo tgk

kakLuna said...

mee udang tu dh ada masuk dalam 3 hari 2 malam, kan?

Anonymous said...

Bukan Gajah Ngah Ibrahim... tu Gajah ayah beliau bernama Long Jaafar. Long Jaafar lah yg menjadi perintis Melayu dalam perlombongan bijih timah di Larut Matang pada 1840an. Tahun 1850an Long Jaafar meninggal dan mewariskan kekayaan dan perniagaan beliau kepada anaknya bernama Ngah Ibrahim.. Itu cerita sebenarnya.. Ngah Ibrahim tu bukan calang2 orangnya.. Beliau juga mendapat pendidikan Inggeris di Pulau Pinang dan Johor. Pernah duduk dengan Temenggung Ibrahim dan Temenggung ABu BAkar (Sultan Abu Bakar).

arieon said...

Memang sangat kaya tu kalau bela gajah. orang sekarang tiada sudah bela gajah. Apa pun semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Followers