Seronok Dan Tak Seronok

Tak tahu mahu menulis ape, yang sebenarnya saya suka baca blog orang, dari satu blog ke satu blog sampai la mata ni dah tak larat nak ngadap skrin komputer. Berjam2 jugak makan masa. Adus, quran jarang baca..blog ko baca!! [hati kecil saya cakap kat hati besar saya].

Sebenarnya hari ini rasa sedikit tak seronottt. Apa rasa anda bila dikritik? Sebetulnya saya rasa hot jugak. Tapi tak sepatutnya mengkritik jika kita benar-benar tak kenal orang tuh. Tambah-tambah lagi di dunia maya, tanpa kenal rupe fizikal dan memek wajah. Bila dah jadi gitu saya pun apa lagi, kritik balik. Macam bagus sangat. Who you are to determine what you see or hear. Saya tak kisah jika nak kritik saya tapi tak seharusnya mengkritik jika hanya disebabkan saya tersalah cakap. Macamlah awak bercakap baik juga. Kata-kata yang pada mulanya saya niatkan gurauan dianggap tidak elok pula oleh dia... Dia nasihat pikir dulu sebelum bercakap. Baiklah, saya ambil nasihat tu.

Tapi takpelah, mungkin saya seharusnya kenal betul dulu sebelum nak bergurau. Saya tak kesah pun. Saya bukan kenal pun awak. Saya dikatakan kurang ajar. Up to you to judge me whatever way u want [betoi ke ayat omputeh aku nih?haha]. Apa-apa pun saya dah mintak maaf seikhlasnya. Saya ini manusia. Kalau dah namanya manusia semestinya terkadang alpa. Kalau ade dosa dengan Tuhan boleh mintak ampun pada-Nya. Kalau dengan sesama manusia? Jadinya saya tak nak ade sangkut dosa dengan manusia.

" Know me for what I do and for not what I am. Judge me for what I can do and not for what I have done."

Teringat satu ayat nih.. Apabila anda dikritik, hadapilah dengan senyuman. Yer, saya sedang cuba senyum nih =) Semoga dengan senyum dapat aura terang. Baca kat sini di mana penulisnya sedang aktifkan hikmat senyum simpul aura terang peringkat ke 12 tahap dewa-dewi [peringkat ape ni fiq, hehe]

Dapat sms dari seorang teman : Malam ni nisfu syaaban. Jgn lupa wat solat taubat dan baca yassin 3x. Minta pada Allah panjang umur, rezki yang halal, dan iman yang sempurna. [Insya Allah saya akan buat. Sejak akhir-akhir ni terasa banyak sangat ke'lagha'an yg dah dibuat]

Lupakan bab kritik mengkritik...

Saya nak cerita sikit nih. Yang seronot sket. Nak habaq mai ;) Saya dah mulakan projek nak jual kueh raya. Buat masa ni saya buat Almond London dulu. Ade sejenis lagi yang bakal saya buat. Tapi bahan-bahannya tak beli lagi.

RM18 untuk 51 ketul (free seketul,hehe) almond london made in mesia

ps: Ade sesapa nak buat bisnes dengan saya? ngeh ngeh ngeh ;)

15 comments:

Amanitium Cho said...

bagus-bagus. nak jugak buat bussiness. pakej pelancongan ke london dua hari tiga malam takde ke? kalau ada saya ambik. :D

Anonymous said...

kilat cantik nampak almond london tu.. bila nak bagi rase??

fiq said...

gamba je ke dayah? pos pos la ke sini hahahahha. aman, ko nak lelebih je =p

faridfadhly said...

errr...sape yg kritik anda tuh..die kritik pasal ape?

hm..hm..buat x tauje

Anonymous said...

aman,
beli dulu almond london aku, pastu ko dpt pakej pelancongan ke london 2 ari 3 mlm kt umah ko sendirik,muahaha

sikenit comel-aminbakish,
tak yah rs la..gerenti sodap punyer! hik hik ;)

fiq,
ko pn sm cam aman..nk lelebih jerk! :p

faridfadhly,
adelah sorg tuh. Xpelah...mmg slh sy kot. mls nk pikior ;p

Acaii Jawe said...

waa,buat business wak ek...bagus..moga cepat kaye..baik caik gula, coklat siap2..nnti abis kat pasaran..hehe..

emm,dulu tak suka dikritik tapi skrg sy lebih terbuka...sbb sy tahu sy tak sempurna..terima kasih kerana dia dpt melihat sesuatu yg dpt sy perbaiki dlm diri..:)

Anonymous said...

faisal,
xde le nk jd kaya.ckp sekadar dpt duit poket sementara tunggu keje nih ;)
itu la, sy kena belajo jd lebih terbuka apabila dikritik...

Rie said...

waaaahhhh bisnessss.. bagus bagusss

buku kamu dah sampat tapi tak amik lagi kat pusat pos laju. hahaha

posmen hantar org xde kat umah.

Anonymous said...

esis,
orait le kalo dh smpai. aku tgh bc GOBLOG ni ha..tp apsal nipis sgt? mahal lak tu..kekeke. Seb baik aku wat sistem barter :p

tumismenumis said...

Betul tu.
Jual kuih lagi bagus dari layan kritik orang kat blog.
Buat hiburan boleh la.

Anonymous said...

Wah.. nampak menarik dan sedap biskut tuh.. Tak sabar nak beraya dah.. Tahniah2.. :)

Anonymous said...

cikgu mazudi,
jual kuih utk kelansungan kemandirian hidup sya,hehe

fuad,
hehe..insya allah rsnya pun sdp seperti rupanya yg sedap itu :p

Hafiz said...

wah, pandai buat london almond yer...:)

Anonymous said...

hafiz_238,
pandai ler jugak,eheh ;p

akirasuri said...

he he he dayah nak tempah beskut tu..ihiks..tapi macam hancus jek bila sampai kat saya...lalalala..

Followers