EsEmEs

Apabila bulan puasa menjelma, terutamanya sebaik shj pemegang mohor besar raja-raja tu kata "Esok hangpa semua kena posa!!", maka berderet-deret la bunyi sms masuk dalam enpon. Berhenti sekejap, tak lama tu dapat lg... Gambo masjid la, gambo bear la, pantun-pantun la, ayat-ayat klasik la. Semuanya bertujuan sama yakni meng'wish' si penerima selamat berpuasa.

Masa bukak puasa pun sama. Siap berpantun-pantun meng'wish' Selamat Berbuka Puasa. Bersahur pun ade yang wish jugak!! Siap berpantun-pantun jugak. Yang tak tahan tu ade yang kejut suh bangun, pegi bersahur, saya tgk jam baru pukul 3.15. Awal lagi dowh! Sahur kan elok dilambat-lambatkan. Tekan punat kensel terus sambung tido,hohoho...

Terima kasih kepada yang sudi menghantar sms dengan berbagai-bagai bentuk ucapan itu. Ur kindness is appreciated,heh heh! Kemaafan juga kupohon kerana satu sms pun aku tak pernah balas,ekekeke. Bukan ape, aku pikir mesti ramai yang dapat sms yang sama nih. Kang bila aku bagi, sure korang delete gak akhirnya. So watpe aku nak membazirkan kredit. Di bulan yang mulia ini bukankah kita harus berjimat cermat dan tidak membazir :p

Lagi satu, rasa-rasanya la, tahun ni saya amatlah malas hendak menghantar kad raya, tak tahu kenapa :p Tapi saya suka beli kad raya dan menerima kad raya ;) sila sila..sila la hantar kad raya kat saya,muahehehehe

Gambar ini dirakam semasa membuat lawatan tak rasmi ke muzium Taiping. Benda ni dipanggil HODAH iaitu tempat duduk di belakang gajah. Diperbuat daripada rotan, anyamannya amatlah kukuh. Menurut yang saya baca kat situ inilah satu-satunya hodah yang masih ada kat negara kita nih. Sekian dulu perkongsian ilmu kita kali ini. Selamat berpuasa :D

10 comments:

Anonymous said...

slamat berposa

akirasuri said...

dayah!!nak kad raya!!!ha ha ha

tumismenumis said...

bila satu sms ucap selamat Ramadhan dihantar secara serentak kepada satu kumpulan, maka akan ada 92 sms yg akan masuk tak henti henti dengan berbagai kretiviti tertentu. 40% daripadanya adalah duplicate, cuma tukar nama & alamat saja.

wasabe said...

dayah >> nak blajo 'sedut' dr mirc kan? add my id kat ym. kayjs915. Kalau 'terserempak' bley le ajo online. Citer kat blog susah skit.

Anonymous said...

mfaizalzul--> selamat2...

akirasuri--> jgn harap nk dpt,ekekeke

mazudi--> mmg duplicate la, tu psl mls nk 4ward :p

wasabe-->okeh, dah add

me3n said...

per kene mengene hodah ngan sms?

nyebok jap..'sedut' dari mirc? per tuh? nak blaja gak..;p

fiq said...

sedot jgn xsedot

Anonymous said...

ad3ck--> oh ya, mungkin dlu ko tak smpat baca pengakuan aku yakni segala posting aku kdg2 amatlah tidak kena mengena dgn tajuk, sbb aku mempunyai masalah nak meletakkn tajuk,haha,hrp maklum!

bab sedut2 plak ade la..rahsia aku ngan wasabe,heh heh. sedut movie la. jd lanun

fiq-->ko mcm tau jerk!? tau ek sedut gna mirc

faridfadhly said...

mak aihh sahur pon ade orang wish ke...

sedut pakai mirc x best...
torrentmalaya lagi layannn

Anonymous said...

farid--> biase ar, aku kn fofular :p tu la..torrent tu aku dh donlod, tp tak pnh try gna lg

Followers