Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, November 05, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, November 04, 2008
Minggu ni adalah minggu yang tak tau nak buat ape. Nak mengajar, budak ramai dah tak datang sekolah. Dan tahun ni saya rasa saya paling teruk pasal tak dapat menghabiskan silibus Kimia Tingkatan 4. Sambung tahun depan la jawabnya. Saya tanya budak-budak pun, semua kata, "Ala teacher, we continue next year la.."Korang memang la cakap senang. Kang cikgu jugak yang kena. Tapi kalo korang pandai cover-cover cikgu, selamat la cikgu, hehehehe.Di sekolah tadi, saya tolong Pn. Wong handle eksperimen bedah-membedah. Mula-mula saya masuk kelas 4M saya tu. Cadangnya nak bagi kertas objektif Kimia. Tengok-tengok semua takde dalam kelas. Rupa-rupanya dalam jadual aktiviti selepas peperiksaan untuk hari ni diorang ada aktiviti bedah katak. So saya join je lah.
Comey la pulak katak ni.
Untuk pembedahan katak ni memang saya tak tolong. Geli sket la, ehe. Lagipun masa belajar dulu, saya tak bedah katak. Saya bedah tikus je :p

Budak-budak ni terkejut tengok saya reti bedah tikus ni. Haha."Teacher, I thought u juz know the ion-ion lor...""Hey, see the leg la. I was a bio student ok!". Nyaris sikit lagi nak jadi doktor, wakakaka!



Budak-budak ni la, aku suruh ukur panjang small intestine ni, tapi lain yang dibuatnye!
Minggu depan punye aktiviti saya kena handle program "Saintis Muda" . Menatang apa la saya nak buat nanti. Idea..idea..datanglah...huhu
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, November 02, 2008
Saya sudah kembali semula ke KL. Sepanjang perjalanan hujan, dari Perak sampai la ke Jalan Duta. Semalam sempat pergi kawen Pudin. Ni la membe yang selalu wat saya sakit hati. Tak abeh-abeh mengata kulit saya. Tapi saya tak heran pun. Sikit pun tak amek hati :)
Malu-malu kuceng la konon. Nyampah aku!
Ko pehal Pudin?
Ramai kawan-kawan tak datang kenduri Pudin yang kat kampung ni. Diorang dah pergi rumah perempuan di Serdang. Ok la Pudin, selamat bercucuk tanam la untuk kalian. Semoga membuahkan hasil yang baik, ehe.__________
Siang tadi sempat teman mak pergi kenduri kawen anak kawan mak. Masa nak balik nampak Cikgu Mazlan Harun, guru muzik saya semasa sekolah rendah. Cepat-cepat saya press motor. Dia dah nampak saya. Tak nak saya jumpa dia. Takut! Kalau terserempak dengan dia mesti rasa macam saya ni masih darjah 4,5,6. Kami semua takut dengan Cikgu Mazlan ni. Cengih nak mampos. Dia penah ketuk paler saya pasal tangan keras tak reti main recorder, hehehe. Tapi tetap respek cikgu tu, cuma takut je kat dia, hehe. Macam la saya budak-budak lagi nak takut. Tapi siriyes takot wooo :p
Dikarang oleh
hayad
on Friday, October 31, 2008
Masa free di sekolah tadi, saya turun ke pejabat. Nak menghantar ole-ole pada kakak-kakak di opis. Saya beli keychain dan dodol je untuk diorang.Sampai je di ofis..."Hidayah! Kenapa awak kol Cik *****? Dia dah luluskan tau cuti rehat awak tu!". Kata Kak ***"Haa, ye ke?""Ye la, dia dah luluskan, lepas awak kol dia kata batalkan balik cuti awak tu. Tu yang akak kata tu, kenapa la Hidayah ni pi kol Cik *****. Kalau tak cuti awak tu dah lulus"."Laaa, saya ni nak la berbudi bahasa sikit, bagitahu nak mohon cuti. Mak saya pun kata elok kol bagitau boss nak cuti"."Tu la, kalau tak dah lulus dah...""Takpelah Kak ***".Hampagas kelapa sawit betul la! Saya usaha la pergi tukar tiket bus di Jalan Duta semalam. Tiket asal pukul 10.30 pagi. Dah cuti tak lulus, saya tukar la tiket pukul 4.30 petang ni. Nasib baik ada lagi tiket hari Jumaat ni.Mula-mula ingat malas nak balik kampung. Memandangkan paper xm Kimia saya sikit pun tak tanda lagi. Tapi teringat esok membe sekolah kawen. Saya nak menghadirkan diri. Dah lama dia ajak. Lagipun hati dah homesick pada kampung jugak ni. Hehehe.Ok lah, nak mandi dan siap-siap. Pastu nak ke Jalan Duta. Kuale Kangsor! Aku rindu kamu! :D
__________________
Saya masih mencari-cari guru yang free yang nak menggantikan saya jaga SPM. Guru sekolah rendah pun boleh. Mana-mana guru di KL yang baca pengumuman ni tolong saya carikan guru yang sudi ganti saya. Ada habuan akan saya beri. Tapi nilainya tak lebih dari 500 la. Kerana nilai 500 ke atas dikira rasuah. Saya tak nak la kena tindakan tatatertib atas kesalahan memberi rasuah :p
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, October 30, 2008
Induksi dah habis. Exam pun dah habis dijawab. Ada yang saya jawab dengan fakta yang betul dan ada juga yang saya goreng dengan minyak yang cukup panas.Esok saya kembali ke sekolah. Sebenarnya sehari sebelum pergi Induksi, saya dah apply cuti rehat dan saya letak atas meja boss pasal boss takde minggu tu. Cadang saya nak cuti je terus tanpa mengetahui kedudukan cuti rehat saya itu diluluskan atau tidak. Tapi mak kata, call la boss, bagitahu juga.Saya pun dengan patuh dan baiknya, telah call boss dari tempat saya berinduksi. Saya cakap baik-baik. Dari ayat-ayat boss, paham lah saya yang cuti rehat saya tak diluluskan. Ingatkan buat baik, berbudi bahasa, budi bicara, dapat jugak cuti. Tapi tak lulus jugak. Itu pasal la ada yang buat cuti dulu baru apply.Oh ya, saya belum sah jawatan. Jadi saya perlu berkelakuan baik... ke kena buat-buat baik??? __________________
Pergi Induksi lagi best dari pergi sekolah :p
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, October 26, 2008
Hari ni dan esok cuti. Tiada ceramah. Ramai yang balik semula ke Kota Lumpur. Saya malas lah. Nak stay. Boleh study walaupun study 2,3 muka surat pastu tengok tv, tido. Mula-mula nak pergi rumah Salwa di Muar, dia dah offer nak ambil saya. Memandangkan ada group discussion dan saya sendiri nak study, terpaksa bagitahu Salwa yang saya tak dapat pergi rumah dia.Banyak benda nak kena tahu ni. Banyak benda nak kena hafal. Susah juga yer jadi Penjawat Awam ni. Apa-apa pun tugas paling utama. Jika tidak tindakan tatatertib boleh dikenakan atas kesalahan ingkar perintah. Kan best kalau dapat kerja sendiri...Pukul 10 pagi tadi, Lin ajak jalan-jalan ke Bandar Hilir. Nasib baik ada juga membe yang tak balik ke KL.
Tak jauh sangat Bandar Hilir dari hotel. Kami beli cenderamata je. Saya beli keychain untuk kakak-kakak di opis. Dalam dok pilih-pilih tu, terserempak dengan Opah sedara saya. Keciknya dunia. Kat sini jumpe opah saya. Dia kata dia dah nampak dari tadi, tapi takut salah orang. Mungkin ada aura, saya tertoleh ke arah dia. Berpeluk cium pulak kami kat tengah-tengah kedai cenderamata tu, hehehe.Tapi sedikit ralat pasal masa bersalam nak balik tu tak dapat menyelitkan duit raya. Pasal duit dalam tangan dah habis saya perabihkan. Memang nak withdraw lepas tu cadangnya.On da way balik ke hotel, nampak kedai Kebaya Nyonya. Kedai pertama saya singgah, belek-belek, rasa tergugat juga iman ni. Saya berkenan The Red Kebaya nan satu tu. Tapi harganya RM550 sepasang dengan kain batiknya sekali. Masih belum siap dijahit. Tapi makcik tu kata dah siap jahit nanti dia boleh pos ke KL."Nak beli ke tak nak beli? Nak beli ke tak nak beli?". Hermm....Hajat di hati dah lama nak memiliki Kebaya Nyonya. Tapi harganya RM550 tuuuu.... Tapi memanglah cantik, menarik, tertarik. Last last cakap kat makcik tu esok saya datang semula. Sebenarnya antara nak beli dengan tak nak beli...Kami pun jalan-jalan lagi dan sampai kat satu lagi kedai Kebaya Nyonya. Wah! Harganya sedikit murah dari tadi. Setelah membuat pilihan yang tepat dan betul, saya pun telah merembat Kebaya Nyonya nan satu ini.
Auntie berbangsa Benggali itu cukup pandai mempengaruhi saya. "Very nice you wear this. Good for you. Nanti baru la boyfren sayang"."Auntie, saya sudah kawen la"."Ha, lagi bagus. Nanti suami lagi sayang sama u. Perempuan kena cantik. Nanti tambah sayang".Rupa-rupanya ada cara nak pakai kebaya ni. Tak boleh pakai secara ganas macam biasa. Auntie tu pakaikan pada saya. Masuk kedua-dua tangan dari belakang dulu."Nanti, u mau pakai, pakai ini macam juga. Macam saya pakaikan ni"."Oooo, kena suruh suami tolong pakaikan la ni"."Ha la, lagi bagus. Nanti lagi tambah sayang"."Hahaha, Auntie, i'm juz joking. I'm not married yet, still single"."So, u have to ask your fren to help u la...". Gelak-gelak Auntie tu.Harga sepasang, RM260. "Auntie, two fifty can laaa...?""Aiyo... u very clever aaaa". Sambil dia pegang tangan saya. Ni kalau mak aku tau la, memang kena marah punyer la beli baju mahal-mahal, huhuhu.Sebenarnya duit kat tangan tak cukup. Kena pergi withdraw dulu, hik hik! Sampai di hotel segera pakai di badan. Fuh! Nasib baik ok. Berbaloi la juga rasanya. Ok dah! Cukup la sepasang. Penawar kempunan :p
Ini pemandangan dari tingkap bilik saya menginap ni.
Dari pagi tadi sampai la ke petang ni kenderaan tak putus-putus. Semua menghala ke Bandar Hilir. Hujung minggu memang sesak la kat bandar Melaka ni. Tambah-tambah esok cuti Deepavali. Saya dok sorang je kat bilik ni. Zida balik KL. Adiknya kawen hari ni. Ok lah, nak mandi dulu. Lepas maghrib nak turun dinner. Mintak-mintak hari ni Chef ensem tu on duty, kekekeke!