Jawapan

Jawapan nya adalah...



KEKABU!

Kak Anne, ni bukan kekabu yang keluar dari bantal saya tau! hehehe.

Hadiah tidak dapat diberi kerana solan terlalu senang :p

_______________
Cikgu jawe! Hampir-hampirlah! Hehehe




Teka Niiii


Takde cerita la nak cerita pada korang semua yang sudi melawat blog hamba yang tak seberapa ni. Sebagai seorang yang memang selalu memberi tugasan pada pelanggan-pelanggan saya, saya nak bagi tugasan pada pelawat-pelawat semua. Sila teka gambar apakah yang terpampang ini.

Kerjasama anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya akan kembali untuk menyemak jawapan anda ;)



Minum Kopi


Disebabkan esok saya tiada kelas (kerana saya keluar kawasan sekolah atas tugasan lain), jadi pada malamnya saya tidak perlu membuat persiapan untuk mengajar esoknya :p Tiba-tiba ada 2 orang rakan mengajak keluar. Bagai orang mengantuk disorong bantal teruslah bersetuju.

Tak sangka pula jumpa Tengku di Old Town.

"Hye cikgu!". Sambil hulur tangan bersalam. Sejuk rasa hati. Kalau la semua anak murid baik macam Tengku, amannnn rasa donia, hehehe.

"Hye!". Sambil saya senyum pada seorang lelaki dan seorang perempuan di meja yang sama dengan Tengku.

"Your brother?". Sambil memaksudkan lelaki tersebut.

"No, my sister's boyfren". Kelihatan Tengku serba salah mahu memperkenalkan lelaki itu sambil dia pandang-pandang kakaknya dulu, haha.

"Oooo". Senyum. Saya dan teman-teman terus memilih tempat yang sesuai.

Tiba-tiba terfikir. Kenapa la aku pi tanya lelaki tu sapa. Awat tak tanya perempuan tu sapa. Kan better tanya perempuan tu sapa. Adehhh...

Saat Takde Keje

This entry is edited from the previous entry that i've published.

Entry sebelum ini semacam panjang berjela pula. Rasa semak pula mata memandang. Sedang saya meng'sufr', terjumpalah akan saya sebuah website yang ntah-sapa-tuan-punyanye. Ada aktiviti menarik yang boleh dibuat iaitu KENALI DIRI ANDA.

Try this out! What you have to do is only to draw a view, only a simple one, and no need to colour. Ok, here's how this psycological game goes ...

BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!

1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )

2. Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )

3. Lukis sungai.

4. Kemudian lukis batu ( any where you want to put it, or how many you wanna draw )

5. Then, lukis sawah padi.

6. Then, lukis rumah.

7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .

8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )

9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .

10.Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )


And I followed all the instructions. Here is my drawing!

Dan kesimpulan dari lukisan ini adalah :


1. Impian saya dilambangkan oleh ketinggian gunung.
2. Saya seorang yang pemalu kerana matahari saya bersembunyi.
3. Saya bukan seorang yang teliti kerana sungai saya tidak berpunca dari puncak gunung.
4. Saya bukan seorang yang sensitif kerana batu saya berada di luar sungai.
5. Saya seorang yang berpanjangan jauh kerana sawah padi saya kelihatan luas.
6. Rumah saya dilukis kurang elok, saya perlu bermuhasabah diri kerana rumah melambangkan
diri saya sendiri.
7. Saya seorang yang amat pentingkan keluarga kerana pokok yang saya lukis lebih tinggi
dari rumah.
8. Saya seorang yang setia kerana cara melukis bunga itu sekuntum-sekuntum.
9. Saya seorang yang mementingkan persahabatan kerana saya melukis lebih dari 4 ekor
burung.
10. Dan akhir sekali ular yang saya lukis melambangkan jodoh saya.

And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia? --> humang haihhh! tengok lah en.ular yang saya lukis tu! jauh giler dari rumah.di sebalik batu pulak tu. di mana gerangan duduknye jodoh saya tu yer? muahahahaha!



_________
Benda ini saya buat semalam di saat tiada kawan untuk diajak keluar makan-makan. Kepada sesiapa yang berminat untuk dibelanja oleh saya sila tinggalkan no.fon anda supaya mudah untuk dihubungi.

Benda ini ada yang betul, ada yang tidak. Contohnya nombor 4. Saya rasa saya seorang yang sensitif,ehe.







Hujung Minggu Yang Hampeh

Hujung minggu kali ni rasa macam bengong sangat! Jarang amat berhujung minggu di rumah sewa ni, terperap tak keluar-keluar. Saya esemes ramai kawan untuk diajak keluar. Semua membalas dengan balasan yang mengecewakan. Tiba-tiba rasa bengkek! Tiba-tiba rasa hangin! Tiba-tiba rasa sedih... sob! sob!

Saya nak ajak makan Big Apple Donut. Dengan niat untuk membelanja. Saya paham, sekarang hujung bulan. Ramai yang sengkek. Saya yang baik hati lagi berjiwa murni ini amat memahami kondisi anda semua. Saya tidak kisah pun kalau nak belanja. Orang kata kalau mahu jadi kaya kena selalu belanja orang makan. Nanti murahlah rezeki. Saya mahu jadi kaya lor... Jadi sekiranya saya mengajak anda keluar sila-silalah 'free'kan masa anda untuk dibelanja oleh saya.

Saya semakin tensen terperap dalam rumah. Akhirnya mengambil keputusan ke kedai di depan rumah. Masuk dalam saloon.

"Kak, saya nak potong rambut".

"Nak gunting macam mana?".

"Kasi pendek terus!".

"Okey!".

Ahhh, legaaaaa. Rasa ringan kepala hotak. Sekarang saya nak bancuh kopi RADIX sambil layan gelak pada jawapan-jawapan Kimia yang budak-budak saya jawab. Lagi lawak dari Majalah Ujang. Tapi dalam pada gelak tu, terselit juga rasa sedih. Kenapa la korang jawab macam ni? Tu la korang, cikgu ajar kat depan dengan bersungguh-sungguh, korang main-main, buat dengar tak dengar je. Sedih tau tak?

Dah la, malas betul nak layan emo-emo ni. Layan kopi RADIX lagi best! ~Mai secawaaannnn~



__________
Cerekarama bertajuk Ihsan di tv3 semalam sangat best! Tiba-tiba takut kalau ada perkara yang dibuat mengecilkan hati mak. Alamak! Hutang mak RM2k belom bayar lagi. Nanti ye mak, tunggu dapat tunggakan, hehehe :D



Penyamaran


Dalam Buletin Utama malam Isnin yang lepas (kalau tak salah la), di akhir berita, ada disiarkan visual yang dirakam oleh seorang pemuda tentang seekor kumbang yang menyerupai wajah manusia. Dalam hati kata rasa macam pernah kulihat binatang ni. Tapi di mana ye. Lalu saya segera menyelongkar folder "gambo2" dalam kepala otak Pakcik Acer ni. Akhirnya saya ketemu!!!

Kalau tahu, saya dulu hantar ke tv3. Tapi kan, kalau hantar apa-apa yang menarik pada tv3 tu dapat duit tak? Kalau tak dapat, baik tak payah. Saya tidak suka sebarang pekerjaan yang tidak mendatangkan duit.


Gambar ni pulak tak sempat nak dicop mohor tanda hak cipta terpelihara. So jangan ada sesiapa gatal tetikus nak curi yer. Sapa curi potong itu kapra!

Followers