Dikarang oleh
hayad
on Friday, March 06, 2009
Duduk di sini seorang diri Penuh resah rasa di hati Sms dikirim pengganti diri Tidakkah rindu bertapak di hati Jangan dilayan resah di hati Kelak nanti memakan diri Manakan rindu bertapak di hati Tidak kukenali empunya diri Hilang siang ditelan malam Purnama indah dipagari bintang Saat hati menjadi kelam Rindu pula datang bertandang Cantik sungguh si delima batu Ke mana pergi hendak dibawa Tuluskah rindu yang bertandang itu Atau sekadar permainan jiwa Batu delima dibawa ke muara Untuk dijual buat si kaya Rindu ini seikhlas suara Kerana kita hamba pada-Nya Dibawa ke muara batu permata Tanda ingatan pada yang suka Usah cuba bermain kata Kelak ada hati yang luka Jangan mudah syak wasangka Kelak nanti hati derita Rindu ini bukan boneka Cuma ingatan sesama kita Rindu itu pemberian dari-Nya Supaya manusia saling bersama Cuma hati ini tertanya Mengapa cepat rindu menjelma
Pantun ini saya rekacipta pada December 2004. Hahaha. Ada bakat jugak saya berpantun. Terima kasih pada seorang rakan lama saya yang sudi main-main balas pantun dengan saya :)
*** Sebenarnya saya baru lepas jenguk blog lama saya yang masih wujud linknya tapi sudah terlupa akan paswednya. Saya baca dari awal posting saya pada December 2004 hinggalah July 2006 sebelum saya membuka blog baru ini pada July 2006 juga . Saya rasa, saya lebih suka akan corak penulisan saya di blog yang lama tu walaupun ketika itu saya masih bergelar mahasiswa dan masih hijau tentang blog. Hurmm...
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, March 04, 2009
Cek bosan la pulak asik cerita hal sekolah ja. Tapi cek tak tau nak cerita apa la ni. Pasai cek ada peminat @ pun peminat-peminat yang jadi pembaca senyap yang katanya tiap-tiap hari mesti bukak blog cek. Kalau takdak update terkini, peminat cek tu kata dia rasa kecewa sangat-sangat.
Oh! Terharu sangat cek. Cek ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih buat peminat @ peminat-peminat cek. Haha. Ayat poyo pulak cek buat.
Hangpa suma layan ja la noo gambaq bawah ni. Cek snap masa nak masuk toilet kat Bukit Merah Laketown Resort.
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

:)
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, March 03, 2009
Tarik tali pagi tadi Kuning dah kalah. Dapat tempat ketiga jer.
Mata terkini Kuning 95 markah. Sedangkan rumah-rumah lain semua dah 100 lebih markahnya.
Mesti nanti budak-budak kata, lepas Cikgu Hidayah jadi Ketua Rumah, Kuning merudum.
Hurmmm....
Tekanan la pulak rasanya.
Dikarang oleh
hayad
on Monday, March 02, 2009
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, March 01, 2009
Semalam ada Kursus Pengembangan Staf sekolah saya. 1st time untuk tahun ini. Akan ada lagi kursus-kursus yang bakal menyusul. Kursus semalam buat di Sunway University College. Yang best sebab tak buat di sekolah. Biasanya Kursus Pengembangan buat kat sekolah je. Yang tak bestnya pasal most of the talk by Mr. Tim (English Language lecturer there), adalah benda-benda yang saya dah tahu. Pasal ekstrovert, introvert dan lain-lain. Lagi satu kurang xtvt yang membolehkan kita bergerak. Dari awal sampai akhir duduk je macam dengar lecture. Jadi ini sedikit sebanyak mem'boring'kan.Balik dari kursus, saya dan 3 orang rakan sejawat pergi ke Jalan Kenanga. Ingat nak memborong skirt. Cari punyer cari tak jumpe yang berkenan. So balik la dengan tangan kosong. Pagi tadi pulak pergi Oriental Crystal Hotel di Kajang. Join Kak Wan dan groupnya. Ada xtvt Beauty Make Over & Spa. Saya ajak Kak Esha, Nora dengan Waida sekali. Ada kawan best la sikit.Muka kami semua di'facial'kan dan di make over kan. Seriously, saya tak reti bermekap-mekap bagai ni. Dalam handbag saya tiada sebarang pun alat make up hatta bedak compact pun. Teruk punyer perempuan kan? So pagi tadi saya pun di make up kan. Hahaha. Ntah-hape-hape-la muka saya. Achik, nasib baik achik tak datang, kalo tak malu dayah dengan Achik. Agaknya orang tak biasa make up akan rasa ganjil kot.
(Ini bukan muka sebenar saya. Harap maklum)
To Kak Wan, thanx for the invitation :)
______________
Bila dikelilingi oleh orang yang cantik-cantik, terasa ugly la pulak muka sendiri. Macam Tuan Tanah penah tulis, “Do NOT read beauty magazines, they will only make you feel ugly,”. Same situation, hehehe.
Dikarang oleh
hayad
Malas giler nak marking paper xm Chemistry bebudak nih. Sangat la pemalas aku ni. Baru marking 4 orang, lepas tu terus bukak intenet, huhuhuhu. Kalau saya banyak duit, sure saya dah upah mana-mana students U yang amek Chemistry tandakan.Sebenarnya sekarang ni tetiba rasa nak makan mangga muda cicah garam. Erk!
Jumaat lepas, balik sekolah saya tidor kejap. Bangun je tidur terasa nak mencicah. Sms Kak Esha yang memang tengah mengandung. Ada mempelam lagi tak? Dia kata ada. Saya siap-siap terus pergi rumah dia. (Rumah kami berdepan je kat flat ni). Sambil mencicah mangga muda sambil menonton Mertua VS Menantu.Di sekolah, sebelah kanan saya wanita mengandung. Di depan saya pun wanita mengandung. Nasib baik sebelah kiri saya dinding!