Cuti-Cuti Lagi

Sabtu-Ahad-Isnin, cuti 3 hari. Isnin cuti Umum Hari Wesak. Housemate semua balik kampung. Semalam lagi mereka dah chow! Di ketika ini saya berseorangan di rumah. Tapi sekejap je. Jap lagi my kazen datang ambil saya.

TAMAN NEGARA, here I come!!!

:)


Saya nak sambut hari guru dalam hutan kejap, hehe.



SELAMAT HARI GURU!

Kadang-kadang pabila saya rasa down, rasa bengang, rasa bengong, rasa menyampah, rasa geram, rasa sakit hati, saya suka dengar lagu kat bawah ni.

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tapi saya tak nak la jadi lilin bak kata Cikgu Wasabe,

sudah-sudahlah jadi lilinnya… tak ada siapa yang peduli lagi, bila lilin ketot dah tak bersumbu, depa buang tong sampah je… Kita jadi besi waja pulaklah. Lagi dibakar lagi terang bersinar, bila dah sejuk, lebih keras daripada sebelumnya.


SELAMAT HARI GURU untuk semua anda yang bergelar pendidik.

Teruskan berjuang walaupun ramai yang mencemuh, mencebik, dan tak kurang juga yang menyebokkk...hoh hoh!


___________________
Sekolah saya hanya baca perutusan Menteri Pendidikan je pagi tadi. Majlis sambutan Hari Guru jumaat depan baru buat.

Dah Balik Dah...

Yuhuu. Enibodi home? Saya dah balik ni. Penat? Tak penat lansung. Saya tak kesah gi kursus. Asalkan dapat keluar sekolah, kekeke. Tak suke dok sekolah ke? Bukan macam tu. Kadang-kadang perlu juga keluar seketika dari kepompong suasana sekolah tu.

Sudah 4 kali saya ke Melaka tapi masih belum puas meneroka bumi bersejarah nan satu ni. hari kedua dan ketiga kursus, kami ada masa free pada sesi petang. So apa lagi. Kita jalan-jalan la. Seumur hidup saya tak pernah naik meja. Nasib baik dapat rumet yang sekepala, kami pun decide naik beca.


Saya beli keychain dengan 2 helai t-shirt je. Keychain tu untuk membe-membe sekolah dan housemate.


Tak sempat la nak lawat muzium-muzium yang melambak kat Bandar Hilir ni. Nak kena datang lagi ni jawabnya.

Abang beca yang bawak beca tu bagitau gerai ni jual cendol yang sedap. Esoknya saya pergi lagi ke sini. Konon nak makan cendol, sekali dah tutup. Cepat betoi abeh. Sah-sah sedap. Memang wajib datang lagi la ni jawabnya.

Kecewa tak dapat makan cendol, saya dan Kak Zila (my rumet) pun pergi la naik menara Taming Sari. Mula-mula takut jugak nak naik pasal saya takut konsepnya sama dengan spaceshot kat Genting nun! Spaceshot kat Genting tu memang sekali seumo idup je la saya naik. Roller Coaster takpe lagi :D

Tapi benda ni hanyalah untuk mendapat view yang lebih luas. Kita dapat tengok melaka secara keseluruhannya.


Eh, korang nak tau tak saya pergi kursus ape? Kalau tak nak tau pun saya nak bagitau jugak :p

Ha, korang baca sendiri le ek! So nasihat saya, jangan cuba dekati dadah. Tak payah la isap dadah. Banyak benda lain boleh isap. Gula-gula ke, lagi best!

_______________
Sebagai Cikgu Dadah, saya kena buat Lorong Dadah la pulak kat sekolah nanti. Tengah pikir dalam paler otak ni, kat mana tempat strategik kat sekolah tu yang nak dijadikan Lorong Dadah.
Lorong Dadah ni bukan nak bagi pelajar isap dadah, korang jangan salah paham plak :p Takpe, nanti kalau dah berhasil agenda saya tu, akan ku tunjuk kat blog neh, kekeke.

Malam Ahad

Muzik doraemon berbunyi.

Buka inbox. Azwa sms.

"Oit! Watpe mlm ni? Kul 9 aku nak dtg umah ko. Nak pass ketas soklan kt Nor. Pastu lepak kat Hartamas nak?"

"Jom! Aku ok je. Nak dkt sampai nnt roger aku blk".

Pukul 9.30 Azwa sampai. Nor dengan saya siap sedia menunggu ketibaan beliau.

"Nak gi makan mana ni? Hartamas Square?"

"Boleh jugak".

"Tapi crowded sangat la situ. Aku malas btul datang sini. Kang jumpe anak murid kang..."

"Hahahaha..wat bodoh je la, haha".

Mentang-mentang minggu exam, malam-malam memang rilex. Tak perlu prepare untuk P&P esoknya. Ni lah masanya nak ringan-ringankan sikit kepala otak. Setelah melakukan perbincangan yang siriyes, kami menempatkan diri kami di OldTown je lah!

Duduk-duduk, amek order, makan-makan, sembang-sembang, minum-minum, gosip-gosip, sok sek sok sek... Tiba-tiba...

Weiiiii!!! Nabil!!!

Nabil kat sebelah. Nabil kat kedai mamak sebelah OldTown, hehe. Sebelah meja kami je pun. Rilex..rilex..control cun. Jangan nampak sangat kita ter'gila'kan Nabil, hahaha!

"Dayah! Ko la pi la cakap. Ko kan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi".

"Banyak la ko. Aku jugakkkk.... Jap jap!"

Lepas menghirup Xi Mut Milk Tea, saya toleh belakang.

"Nabil, boleh bergambo sama-sama tak?"

"Eh, boleh boleh".

"Tu la, sape suh jadi popular sangat". Ini adalah ayat pemanis :D

"Takde hal..takde hal...". Kata Nabil.


Kami telah mengarahkan kawan Nabil untuk meng'snap' gambo kami.


Dalam masa yang sama saya meng'es-em-es' adik saya untuk mengjeleskan beliau!


_______________________
Dib! This entry is dedicated to u and mak yang minat Nabil, hehehe :p


*** Nak siap-siap dulu. Jap lagi nak ke Ayer Keroh, Melaka. Ada kursus. Fuhhh, cuti-cuti malaysia, jom! :)

Mak!


She is 51 years old. And she is my mother! Hepi mother's day mak!

Saya rasa macam diri ni hampeh je. Just ucap Selamat Hari Ibu. Tak setara lansung dengan pengorbanan beliau. Membelikan mak hadiah pun masih tidak sama nilai dengan jasa mak.

Mohon dengan sangat Ya Allah, aku perlu beri sesuatu yang besar buat ibuku. Murahkanlah rezekiku.

Cerita Hari Ini

Hari ni balik lambat dari sekolah. Abes kelas terus meng'stapler' kertas soalan. Sampai umah dah pukul 4.

Kupas buah mangga, buat nescafe, bukak nasi bungkus, makan-makan sambil nonton tivi. Tiba-tiba henpon bunyi.

Aaa??? Sekolah tepon??? Ala, jangan la suh aku datang sekolah. Ada keje lagi ke yang aku tak selesai?

"Heloooo...???". Jawab dengan nada konpius.

"Hidayah! Saya En.Kamarul. Awak kat mana?"

"Saya kat rumah". Dup dap dup dap jantungku.

"OOooo, takpe-takpe. Saya nak bagitau ni. Awak kena bla bla bla... 12-17 bla bla bla... wakil bla bla bla..."

"Oooo...hrmmm... Ok! Hmmm.. hmmmm.. Ic... Ok! Oraitttttttttttttt!!!!! Tengkiu!"

Panggilan tamat.

"Yes!!! Yeaaahaaaaaaaa! Kak esha! Kak esha!". Cepat-cepat panggil kakak sebilik saya yang juga sesekolah dengan saya.

"Ha, menda?"

"Akhirnya! Dapat gi kursus! hehehe".

"Kat mana?"

"Kat Melaka".

Hehohehoheho. Yea yea! Pegi kursus! Dah lama tunggu wooo. Dari awal tahun tunggu panggilan. Tak kesah la kursus apa pun. Janji kursus, hik hik! Nasib baik minggu saya akan berkursus tu minggu exam. So P&P saya tak terjejas la walaupun saya takde seminggu. Nasib baik juga kena kursus masa minggu exam pasal jaga exam lagi bosan. Dah la tak boleh duduk-duduk. Kena berjalan je dalam kelas tu. Nasib baik lutut masih kuat, hehehe.

Nampaknya kena cepat-cepat selesaikan apa-apa yang patut diselesaikan kat sekolah tu sebelum saya "bercuti-cuti malaysia" :)

Oh ya! Esok saya ambil cuti rehat. Punya la payah nak amek cuti rehat. Boss tanya kenapa nak cuti. Saya jawab urusan keluarga. Boss tanya lagi urusan apa. Saya jawab kena bagi tau ke? Boss kata kena la. Saya pun jawab la urusan tanah pusaka. Saya kena tandatangan sebagai pewaris. Ok, buat surat, lampirkan sekali dengan surat cuti. Saya ikut cakap boss.

Hak hak hak! Mana ada urusan tanah pusaka. Tipu sunatttt :p Ye la, dah payah sangat nak mohon cuti. Padahal cuti rehat saya tak berusik lagi. Demam pun saya datang sekolah tau! Kalau saya cakap betul sebab kenapa saya nak cuti mau kena sembur saya nanti, hehehe :D

Eh, korang jangan report kat boss saya tau! Kita kan kawan-kawan. Kawan kena tolong kawan :p

Followers