Begini ye Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Untuk menyertai Maxis Broadband yang macam bagusssssssss je menyebutnye nih, anda perlu la mendaftar dulu. Bila dah namanya daftar tu kena la mengeluarkan sejumlah wang hasil tulang empat kerat anda tuh! Anda boleh mendaftar di Maxis Centre ataupun di mana-mana cawangan maxis yang terdekat dengan anda. Kalau rajin nak pergi yang jauh pun takpe. Takde sapa larang.
Anda akan dikenakan cas sekali seumur hidup sebanyak RM188. Cas ini meliputi cas activation sebanyak RM100 dan juga cas installation sebanyak RM88. So jadi la RM188. Takkan tu pun tak reti nak kira kan? RM188 ni sekali je bayarannya. Bayaran tiap-tiap bulan pula bergantung pada jenis pakej yang anda ambil. Macam saya ni saya ambil pakej yang paling murah, RM68 sebulan.
RM68 ni meliputi kos sewa modem sebanyak RM18 dan selebihnya adalah access fees.
Ini la ghopenye modem tu
Premium Package pula berharga RM98. Tinggi sikit la kelajuannya, 768 kuasa kuda. Kalau nak lagi laju (kudaku lari gagah berani) boleh la ambil USB modem dengan bayaran RM138 sebulan. Comel aje modemnya takde la besor gedebuk seperti gambar di atas. Tapi modem yang atas ni pun takde la besor gaban. Sedang-sedang aja.
Seluruh KELANG VALLEY didapati mempunyai wireless broadband coverage. Untuk memastikan tempat tinggal anda mendapat coverage atau tidak, silalah bertanya pada maxis.
"U tinggal flat tingkat berapa?"
"Tingkat tiga..."
"Ok. Pasal ini wireless sampai tingkat 4 saja.."
Sekali lagi untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi orang-orang suruhan maxis.

Modem akan dicocok pada laptop ataupun pc anda. Jangan risau, segala process installation akan dilakukan juga oleh orang suruhan maxis. Dia akan datang mengetuk pintu rumah anda. Tapi sebelum tu jenuh la jugak anda kena explen kat orang suruhan tu tang mana rumah anda. Abeh kredit gue!
Oh ya! Anda juga akan diberi telepon yang bernombor 012. Kalau nak guna telefon ni sambungkan aje pada modem, terus boleh call out and call in. Cas dia memang murah la. 15 sen seminit ke nombor-nombor maxis.IDD call pun murah. Malas nak citer pasal call2 nih, pasal jarang guna. Untuk 6 bulan pertama maxis dengan berbesar hati tidak mengenakan bayaran sewa ke atas telefon ini. Baiknyeeee maxis kan? kan? Baik la sangatttt....
Untuk mengelakkan telefon ni selalu diguna oleh saya secara membuta tuli saya telah meletakkan telefon ini di bawah katil sehingga dihinggapi habuk. Kalau perlu aje baru saya guna. Baik kan saya? Seorang pengguna yang bijaklah kiranya.

Wah wah wah!!! Saya telah berjaya menjadi ejen maxis yang buat kerja secara free off charge! Memang buat kerja bodoh namanya nih,haha. Tapi takpe la, demi memenuhi pertanyaan kusanggup buat kerja sukarela nih. Mudah-mudahan dapat pahala, wakakaka!