Sudah menjadi perkara biasa, di musim peperiksaan di sekolah saya, saya akan menjadi translator. Bukan translator Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
"Teacher, what is tikar?"
"Tikar is a mat.."
"Ooooo...."
Perkataan-perkataan lain :
1. Empangan
2. Penginapan
3. Denai
4. Beca
5. Pengangguran
6. Kebajikan
7. Musuh
8. Mengkuang
9. .......
10. .....
11. .....
Dan banyak lagi perkataan. Secara tidak lansung vocab Bahasa Inggeris saya secara paksa rela 'ter'bertambah, haha.
Serius! If u translate it in english, they can understand. But if in Malay, lambat sikit la mereka nak pick up. Sama la jugak kalau marah diorang guna bahasa Melayu, mesti tak jadi apa. Tapi bila marah dalam Bahasa Inggeris boleh pulak faham. Adehhh, dah la cikgu dia ni tak pandai omputeh, kekeke.
Tapi yang ku pelik sangat, cakap BI memang macam air, tapi bila nak jawab soalan sains berterabur pulak. Better la cikgu dia ni, kekekeke.
Apa-apa pun, i appreciate them very much. My english is quite better now than before. They help me a lot, walaupun mula-mula dulu malu jugak. Tapi kubuat selamba saja.
"Sorry, i'm not very fluent in english. Ur english is much more better than me".
"It's ok teacher. At least u try. And your english is not so bad actually!". Kata seorang anak didik saya suatu hari semasa dia bertanyakan soalan science. Memang dia selalu tanya soalan pun. Saya hari-hari kena bersedia.
Tiada benda mahu diceritakan ni. Itu yang membebel kesah sekolah. Saya sendirian di rumah sewa ni, geng yang lain semua sudah balik kampung siang tadi selepas sekolah. Saya tumpang kereta Cikgu Nurul, sekolah dia tak cuti pulak esok, maka hamba terpaksa la juga menunggu beliau. Apa-apa pun beliau la harapan hamba untuk balik kampung :p
Kadang-kadang timbul rasa fed up being a teacher, mungkin sebab bebanan tugas yang ntah-hape-hape itu. Susah mahu cakap. Orang luar mesti ingat keje che'gu senang. So tak payah cakap la. Sesapa che'gu mesti paham.
Tapi bila dapat sesuatu dari murid, biarpun hanya baris kata-kata, ia bagaikan ubat yang boleh sembuhkan sejuta rasa kudis dalam hati.
And i love the title "Cikgu" as they alwez call me.. :)
Esok saya balik kampung. Kita sambung blogging di kampung pula yer ;)