Semak Jawapan.

Semasa budak jawab xm, masa rehat jugaklah bagi cikgu. Masuk kelas, mulakan xm. Tak pun masuk kelas, kutip kertas jawapan. Tapi lepas habis xm, ini la dia setambun skrip jawapan yang perlu disemak.




Longgokan kertas di atas adalah:

  1. Chemistry form 5 (Paper 1, 2 and 3) - 2 kelas
  2. Science Form 2 (Paper 1 and 2) - 2 kelas
  3. Geografi Form 1 ( nasib baik geog soalan objektif je semua. so takde masalah untuk menanda) - 2 kelas jugak!

Science Form 2 saya dah setel tanda. Yang sedang menunggu turn adalah Chemistry Form 5 dan Geog. Harus, Wajib, Mesti, Nak Tak Nak, by hook or by crook, mesti siapkan juga. Tak mahu bawa balik ke kampung. Saya nak balik kampung dengan perasaan yang lapang. Tanpa diganggu oleh kerja-kerja sekolah. Insya Allah.


Selalunya student suka sangat tanya, "Cikgu, dah tanda kertas jawapan kitorang?"

Banyak korang punyer cekadak! Baru xm semalam, hari ni dah tanya??? Kalau cikgu suh anto buku homework, kadang-kadang seminggu baru dapat. Tertinggal la ape la. Kalau yang korang punyer, nak cepat aje! Kang cikgu suh bayor satu skrip 5 hengget baru tau! Baru semangat cikgu nak marking kan? hehehehehe :p



__________________
Pen merah yang best dah habis dakwat laaa. Ni yang kurang semangat nak menanda ni. Pen yang sedap dan best adalah penting untuk kelicinan proses menyemak skrip jawapan :)






11 comments:

disturbia said...

salam dayah..

akak pun tengah marking exam papers..
English Year 3,4,5,6
Semua 2 paper plak tuh...
Paper language ni teruk skit sebab ada composition.. tu yg tak larat tuh..
anyway.. good luck in marking .. hopefully sempat siap b4 holiday ek

hayad said...

disturbia--> tu la, paper bahasa lg teruk rasanya pasal ada karangan kan. BM pun mcm tu. berkajang-kajang plak tu budak buat karangan. jenuh!

goodluck juga utk akak :)

chekgu Bani Hassim said...

kite kasi lambat2 sket...
biar dorg tau erti penantian tu...hehe

ko cas je dorg kalau sibuk2 nk cepat...

kakLuna said...

alamak..silap chanel..oh baru teringat..musim exam..hihi

akak pun tgh marking keje Luqman....hampeh tul..BI ok..BM terukkk

TEACHER OF SOMEONE said...

walau br praktikum tp rasa la jugak semak kertas exam bdk....selamat menanda ;-)

:|: TinTa Kibod :|: said...

merasa gk ni dayah, tiap kali balik kg MIL,kerja sampingan tolong dia menanda ketas jawapan objktif murid²..keke..

DeeN said...

Hehe.. walopon aku bukan cikgu, tp aku banyak kali gak lak tanda paper utk budak2 sekolah rendah dan diploma. Keskeskes... tgk jawapan budak2 tuh cam lawak pon ada, kesian pon ada.

Selamat bakal bercoti panjang, Dayah!

zwitterion said...

semak jangan tak semak..:)

achik said...

selamat menanda..

Bunga Rampai said...

Salam,
Cikgu dah mula menanda kertas periksa ... saya pula baru nak ucap "Selamat Hari Guru" :)

Semoga Allah merahmati segala usahamu mengilmukan murid-murid selama ini dan dipermudahkan urusan mendidik pada masa mendatang.

Shalia Ahmad Ibrahim said...

Sama lah kita Dayah..selamat ber'marking'..btol2..pen merah mesti yg baaaiikk punya baru ada mood kan..kan..

Followers