Bertemu Lelaki Yang Gampang $#@%&*

Jika anda mengikuti perkembangan dan penguncupan blog saya, pasti anda akan perasaan ada entry yang melibatkan luahan perasaan Cik Hayad dalam kolum Tanya Sama Cik Seri Masalah Cinta Anda. Tapi amat jarang la... :D

Seperti yang tertulis pada tajuk entry, bunyinya memang agak sedikit kasar. Sikit je tu. Boleh bikin lagi kasar tu.

Dipendekkan cerita, ada seorang lelaki (yang pada asalnya dianggap tak gampang) telah menghubungi saya setelah sekian kalinya tidak pernah menghubungi antara satu sama lain sejak nombor telefon ditukar selama 6 tahun yang lalu. Dan tidak pernah berjumpa sekali pun. Hanya pernah berjumpa di IRC zaman IRC femes dulu la.

Maka arakian lelaki ini mengajak saya keluar dan kebetulan katanya nak memperkenalkan bisnes coklat pada saya. Saya dengan jahatnya telah keluar dengan lelaki ini. Yer, saya menjadi jahat seketika kerana keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Lelaki ini menjemput saya dengan Toyota Camrynya (version lama, tak lawa sangat pun). Lelaki ini bukan kerja makan gaji tapi kerja sendiri. Buat bisnes katanya. Tapi dulu katanya penah kerja kerajaan jugak sebelum buat bisnes sendiri.

Kami pun ke kedai mamak berhampiran. Lepak dalam sejam. Lepas tu lelaki ini menghantar saya balik. (Memang jeritan batin saya meronta-ronta nak balik pun kerana agak sedikit bosan ketika bersembang dengan lelaki ini). Gaji saya pun dia nak tanya berapa.Siap elaun pun tanya. Pantang tok-nek betul la!

Selepas itu lelaki ini senyap tanpa berita. Saya pun takde-khoje-nak-sms dia. Ape-kejadah-nye-kan? Tiba-tiba… Jeng! Jeng! Jeng! Pada malam terakhir saya di tempat kursus di Kampar minggu lepas, lelaki ini menghantar sms pada saya setelah sebulan lebih pertemuan di kedai mamak itu.

Macam biasa, sms nya bertanyakan saya tengah buat ape? Sehat ke? Dan bla bla bla… Tiba-tiba! Dia menghantar sms yang berbunyi…

“Dah lama tak keluar dengan awak. Nak ajak dating boleh? Sudi tak?”

Saya dengan machonya, tidak membalas sms tersebut. Sehinggalah saya bercuti di kampong, dia masih bersms dengan saya. Dan sekali lagi menanyakan soalan yang sama ditambah dengan ayat pemanis ala-ala Kicap Lemak Manis jenama Cap Kipas Udang.

Ayat pemanis itu berbunyi begini…

“Saya suke tengok awak senyum. MANIS”.

Tiba-tiba saya rasa nak muntoh ijo yakni muntoh yang mengeluarkan pancreatic juice saya akibat dari pancreas saya yang pecah sebab nak menahan lawak antarabangsa yang lelaki itu buat sebentar tadi. Tolonglah.. Nampak FAKE la sesangat. Hello, I know myself la. Takdenya senyuman saya ni manis. Saya kenal la diri saya macam mana. Saya masih sedar diri. Jauh panggang dari api la saya mempunyai senyuman yang manis.

Saya sms dia balik bertanyakan…

“Apa maksud awak dengan dating? Strait to the point boleh?” Yer, I’m a strait to the point person.

Lepas tu dia balas, “Saya nak kenal awak. Saya suka kat awak. Awak kenal2 la saya”. Lepas tu saya kata, saya prefer kawan dengan semua orang. Untuk keluar dengan awak dan seterusnya mempunyai hubungan perasaan tu saya taknak la lagi. Dan bla bla bla lagi.

“Dah tu awak tak nak keluar la dengan saya ni?”

“Saya boleh keluar dengan awak, tapi make it neutral”.

“Ok, saya janji buat awak selesa”.

Sampai la saya balik ke KL, semasa di dalam kereta Cik Nurul, dia terus-terusan bersms dengan saya. Dari K.Kangsar – Tapah. Lepas sampai Tapah saya cakap saya dah tak larat nak type punat huruf kat henpon ni. Lain kali la sms yer. Paling tak boleh diterima akal saya, sms-smsnya itu.


Tanya balik pakai baju ape? Warna apa? Suka pakai jeans ke baju kurung? Pakai kasut tumit tinggi ke tak? Tumpang kete membe tu bayar berapa? Tinggi berapa? Berat berapa?


Aduyai! Tak dapek diterimo otak den soklan-soklan mencabar minda gini. Relo den jawab soalan Din Beramboi lagi daripada soklan-soklan spastic yang ditanyo tadi. Nurul pulak kata, “dia take care kot . Hang try la kenal-kenal dia dulu”. Takpelah, bila sampai KL, dia sms lagi. Layankan ajo la. Dia tanya. Saya jawab. Dia tanya. Saya jawab. Siap tanya nanti keluar nak pegi mana? Alahai, lambat lagi la! Minggu ni den bz bebonar. Takdo maso nak keluar-keluar ni ha. Banyak lagi aktiviti berpekdah den nak buek.


Lepas tu sms asik tanya tengah buat apa? Dah makan ke belum? Pukul 12 tengah malam pun tanya dah makan ke belum? Cuba la guna penaakulan mantik sikit bila menanyakan soalan. Ape-ke-jadah-nya pukul 12 tengah malam tanya dah makan ke belum. Teman dah nak tido dah pun waktu tu. Serius, saya runsing dengan sms-sms beliau. Disebabkan sms-smsnya yang merunsingkan saya tu ditambah dengan saya malas nak keluar dengan lelaki itu, tambahan pula dia mengajak saya ke Zoo Negara bila keluar nanti. What? Zoo Negara? Adoi la.


Jadi, malam semalam, semasa dia meng-sms saya bertanyakan soalan tahap rendah penaakulan mantiknya, saya membuat keputusan untuk menghantar sms yang berbunyi seperti berikut :

“Saya rasa saya tak nak la keluar.Thanx for the invitation. Really appreciate it! Thank u so much”.

Sebelum tu saya ada sms tanya dia, "Kenapa awak nak kat saya?". Tapi tidak dibalas dan dijawab.

“Nape? Tak suke ke? Saya ada buat salah?”

“Takdepun. Saya juz tak nak dan takleh terima awak la rasanya. Utk mengelakkannya baik takyah jumpe dan keluar.Tu jer”.

Pastu nak tau dia balas ape? Dia balas ni :

“Kekekeke. Jual mahal nampak. X cun pun nak jual mahal!”

Amboi amboi amboi ayat. Aku takde pun kutuk ko walaupun ko pun memang tak hensem pun. Den memang sodar diri pun tak cun tu pasal den nak termuntoh ijau bilo ekau kato senyuman den manis. Pastu suke hati la den nak jual mahal ko muroh ko. Bapak den dah banyak perabeh duit nak bosarkan den. Mahal la jadinyo! Pastu saya balas :

“Heh heh! Tak cun la plak.Aritu puji manis la ape la.Ayat..ayat. xkesah la awak nk kata ape pun. Yg penting sy tak desperate nak mencari couple mcm awak”.

“Jangan marah. Sape makan cili dapat pedas.hehehe”. <-- Lor, ape kena mengena? Lagipun makan cili memang la rasa pedas. Tak tau la pulak kot taste receptor ko boleh rasa manis plak.

“Haha, tak marah lansung pun :) ape kes nak marah. So sekarang terbukti awak bkn ikhlas pun ”

“K.takpelah.awak yg ckp cam to. Sensitifnya awak ni”.

Lepas tu saya balas :

“It is prove now that u juz want a short term relationship. U judge me by my appearance. Sama ada I ni cun ke tak. I never judge u by how do u look like. It’s ok, nvm. U r not a great man for me. Becoz I’m searching for a real mr.Right who accept me for what I am. Till then. Bye2. N Assalamualaikum". <--macam cool je plak balas dalam bahasa penjajah ni,walaupun dengan grammar yang kurang betul, hehehe.

Lepas tu dia balas kata saya angin tak pasal2. Ye ke? Plus kata dia saya mengada-ngada dan pelik. Suruh saya ubah perangai dan jangan babitkan masalah saya dengan dia. Saya tak balas pun sms terakhir dia tu. Saya yakin dia akan sms saya nanti. Tak kuaso den nak balas.

Sekali lagi jumpe lelaki yang $#@%&*!!!


Sekian, Terima Kasih!

18 comments:

CJ said...

hahahahahahahahahahaha..

itu lelaki sudah psiko. baik ko jauhkan diri darinya.

tp rasanya dia mmg betul2 sukakan ko leerr.. tp kalau tgk soalan2 dia, knp mcm iq dia rendah amat eh. hehe

Kasawari said...

wah dating kat kedai mamak naik camry seh.. he he..

ermmm.. memang manis ler dayah senyum wa ka ka...

ermmm.. first time baca entri satu persatu.. kerana jalan cerita yang menarik.. leh buat cerekarama..

Sally said...

Udah2 la tu Dayah..jantan ghope itu buang karan je kalau dilayan..tp jgn sampai menyakitkan hati org lain ya..mana la tau setengah org ni..tak bole terima rejection..so the best way is..larikkkk!!!! tak yah bls da sms dia..

chekgu Bani Hassim said...

erm...susah laa kalau nk melayan org cemni..
obviously mmg tak ikhlas...

ps: pjg entry ko kali nih...huhu
marah btol ek??

hayad said...

CJ--> ye la tu sukekan aku.

Kasawari--> 1st time bc entry satu persatu? hebat kan karangan sy? hehehe

Kak Sally--> aje benor tu kak sally!

Chekgu BH--> marah tu blkg kira. kalo nk tau aku mmg penulis karangan berbakat. sj je skali skala tunjuk bakat penulisan yg terpendam :p

snm | snm said...

cikgu! :D
boleh x saya nk sokong kata2 cikgu.
G.A.M.P.*** si lelaki itu.
Bajet mulut manis sangat la kununnya!
Dia mesti tgh test skill x boleh blah dia tu kan? Cikgu..cikgu ada HAK..cikgu pun muda lagi. Bukannya desperado pun kan?
Cikgu, live life to the max.! ^___^

ruru said...

dayah,
lelaki camtu usah dilayan,
tak intelligent, no charisma, not gentleman
huh!
kita ni dah dewasa, kalu nak mengurat pun tak yah la tanya soalan sms tahap budak skolah bercinta, sengal.
aku memang tak layan kalu org sms tanya kabo, tgh buat apa..sorila..lagi2 kalau aku tgh buat koje. if aku rajin sket nak tido baru aku balas.
hehe, teremo lebih2 plak.

:|: TinTa Kibod :|: said...

rimasnya dgn soalan² beliau..desperado kah?

nmpk sgt nk main²..'test market' kata org..

bolayan saje dayah!

*emm siyes, dayah manis bila senyum nampak gigi *wink*

WRA said...

aduih...nak tergelak la pulak baca ayat2 "cinta" dia tu kikiki...

ni dah kes meroyan dah ni Dayah....senyap ajer...tak yah layan....entah2 tengah tension bisnes tak berapa nak maju...orang kekadang bila ada masalah dengan duit ni, boleh weng maksima...mula la mengarut...dia tau ke Dayah kerja kat mana atau tinggal kat mana?

p/s : Seperti yg lain2 kata, Dayah senyum memang manis...tak percaya, cuba tengok cermin...

achik said...

ish ish.. bila org dah tak nak jumpa, kata orang bukan2 plak.. xyah layan la lelaki camtu.. mengabiskan kredit je balas sms dia.. ;p

Kopi Suam said...

ntah2 laki orang kot...ada gaya2 laki org tak..dah le pakai camry second hand plak tu...

caya lah dayah.....

sib baik adik lelaki akak dah kawin..kalau tak sudi aje buat dayah jadi adik ipor...

bagus wanita mcm ni...akak sokong...

disturbia said...

heheheheh...

ada jugak ek orang camni...
buat tak tau jer kalau dia sms...
cam pelik pun ada mamat tuh ek...

Intanaziela said...

dayah, siut betul jantan gitu, dah eloklah dayah tak layan..tu jenis nak mengambil kesempatan je kot tu... :P

Ah Win said...

dayah..
org ni ego nya tercabar..pasal dayah reject dia..

org mcm ni ptut pun diajar manners

Ina said...

nmpk sgt xmatang mamat tu. belum pape dh gelabah sbb kene reject. mmg jauh la drpd mendekati ciri2 lelaki yg berkualiti. wat tatau je dayah. even dia mcm ego tp mesti terasa gak tu dgn kata2 dayah hehehe. pdn muka dia!

MomAuniAysar said...

Eeee..bencinya lelaki spt itu..nih dah entry ke2 saya baca dlm blog awak psl lelaki bongok cam gitu.. sgt x ikhlas! sib baik awk bijak dlm membuat pilihan..

:)

Anonymous said...

wah...dasyat2...aku sokong tindakan ko tu...

Yasz said...

haha...aku doa2kan ko akan terserempak ngan lelaki idaman ko soon.amin...besela, b4 we meet the rite person, slalu jer nak meet mcm2 jenis org yg ntah ape2...hahah..sabo je la...tp aku respek sama ko dayah, sbb ko rajin gakler layan sms mamat tu.penyabar rupenye kawan kite ni..hehe..if aku, awal2 dah aku mmg tak layan..haha..

Followers