Dalam Blues...

Tak puas betul balik kampung hujung minggu yang baru ni. Tak puas saya makan buah rambutan, manggis dan durian. Tapi nasib baik bawa balik juga 2 guni rambutan, selonggok manggis dan 9 biji durian. Kesian kereta baru Cik Nurul menjadi mangsa buah kayu yang mak bekalkan. Sory tau Nurul, segala jasamu akan kukenang sampai bila-bila.

Balik kampung, melepas rindu pada famili, sempat saya meluahkan perasaan pada mak. Saya cerita pada mak, membe Si N sudah hampir bertemu jodohnya. Nampaknya saya bakal kehilangan membe kamceng teman untuk beronggeng. Saya cerita lagi, Si I, Si Y, Si Z, Si M, semuanya sudah mahu mengikat tali dengan jejaka masing-masing dalam tahun ini.

"Dulu budak yang kamu pergi kenduri kawen dia tu nak kat kamu, kamu tolak".

"Itu bukan salah orang. Dah dia tak cakap. Bila dia dah nak kawen baru dia cakap".

Saya ni bukan jenis suka berkias-kias. Saya bukan orang sastera. Saya jenis sound direct. Hehe. Saya kurang faham bahasa-bahasa kiasan ni. Tapi nasib baik saya masih berjaya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM, haha.

"Kita ni tak boleh tolak jodoh banyak kali. Nanti susah dah nak dapat jodoh". Sambung mak lagi.

"Haaa? Ye ke? Macam mana ni mak?!! Tahun lepas ada membe orang yang doktor tu, dia tanya ada membe dia doktor kat Langkawi nak cari bini. Dia tanya kat orang, ko nak tak? Pastu orang jawap TAKPE lahhh...".

"Tu la kamu. Lain kali apa-apa bincang dengan mak. Bagi tahu orang tua."

"Uwaaa, macam mana ni? Takutnya. Tak tau pasal apa orang cakap TAKPE lah. Ala, kalau tak dah dok Langkawi orang sekarang. Dapat shopping pinggan mangkuk selalu". Hehehe. Sempat lagi pikir shopping :D Gila!

Saya lupa yang saya dah 25 tahun. Apa-apa saya perlu bincang dengan mak. Kalau dulu memang yer saya takut mahu bicara soal cinta dan jodoh dengan mak. Pasal mak memang marah kalau couple2 ni. Di sekolah menengah saya tak pernah lansung merasai cinta monyet. Semuanya kerana saya tahu mak dan abah saya tidak suka. Kini saya sudah 25 tahun. Mak pun dah boleh terima jika saya berbicara soal ini.

Siapa yang gembira kawen ni? Membe aku ke aku? Pengantin tak lompat lebih-lebih, aku pulak lebih-lebih :p

Chefee sms, mengadu pasal jodoh juga. Sempat memberi tips. Kata dia amalkan surah Yusuf pagi-pagi. Kata dia, dia baru mula mengamalkan. Mungkin tahun depan jodoh dia, hehe.

Chefee, aku simpati pasal jurutera yang hang minat tu rupa-rupanya dah kahwen. Isteri menunggu masa untuk melahirkan pulak tu, hehehehe. Nasib badannnn :p

Ahhh, jangan layan sangat lah blues ni. Ntah-hape-hape-ntah! Cheers!!!! :D





16 comments:

Anonymous said...

ya rabbi!. dia lompat lbh tinggi dr pengantin. mujur tak terhantuk bulan.

betul dayah. apa2 hal cakap kt keluarga dulu. atau ko minta je keluarga tlg carikan.

jgn layan blues sgt. layan rock je lah.. yea! yea!

eh.. jap.. jap..

kalau nk jadi isteri solehah jgn layan rock selalu. hehe

Intanaziela said...

dayah, betul cakap mak tu.. cinta itu tak kan datang sendirik..kena carik..

Hanisumayyah said...

Amalkan juga baca Yasin selalu.. nanti2 datanglah bergolek jodoh tu...jodoh tak payah dicari, akan datang sendiri...ntah dari mana2 jer nanti...

salam kenal
hanisumayyah

ruru said...

dayah..
aku suka baca entri hang yang ni..
bila dok pikir umur kita da 25 memang menakutkan..
tapi apa nak buat,
yang penting kita usaha..
aku tak kisah sangat cepat atau lambat tapi aku jadi runsing bila parents ngan sedara dok risau2 pasal aku..
adeh la..
opss..tetiba jadi luahan perasaan plak :p

kakLuna said...

cinta itu misteri, dayah...bila kita kejar, ia makin jauh...bila kita tak pikir, ia akan dtg tanpa disangka,.

:|: TinTa Kibod :|: said...

salam dayah..*trasa nk bckp psl ni, slama ni bace je*

betul kata kak luna tu..
dlu sy mcm tu..mcari tp sakit ati..last² wat dunno..eh dtg la 2-3..bila dh part ni kene la plak memilih..hehe..

Yg penting...jgn sbb umur kite dh mningkat..kite snggup trima sape je tnpa kenal hati..umur hy Nombor yg tiap saat+detik pasti berubah..skali kita wat kputsan slamanya xleh berubah..hehe...

daaaa.....

Kopi Suam said...

kelakolah hayad ni..memang pengantin tak over kawan pengantin yang lebih over..

soal jodoh ni memang kena bawak bincang baik2 dengan orang tua..mudah2 mendapat jodoh lelaki dari kalangan yang baik2 beriman, hensem dan kaya...

sebab masa akak bujang2 dulu ini adalah antara doa2 yang tak malu akak mintak pada ALLAH..apahal nak malu...kuasa ALLAH semuanya boleh jadikan..mintak aje.

arianna adrizal said...

mcm nk lumpat bergalah ja.. hehe

Anonymous said...

fuhhz .. macam cover CD band rock !

Hafiz said...

biasalah bila dah sampai usia camni...ni pun pakcik-makcik selalu tanya bila nak kahwin...

arsaili said...

salam..ada jodoh tak ke mana..tak gitu?

chekgu Bani Hassim said...

btul la tu...
lepas je umur nih, perasaan tu dtg tibe2, especially utk yg solo, xde sape2 lagi...

Mmg tepat la mase nih...
It's the time...

achik said...

tingginya lompat.. :D

en_me said...

nak kawen senang, nak jaga perkahwinan itu yg payah.. kata bijak fandai larrr.. ihihi

13may said...

amboi!

sakan lompat :D

CikguZue said...

moga mendapat jodoh yg diharap2kan, beriman dan bertanggungjawab. banyakkan berdoa, ntah2 bila dah ada, berduyun2 pula yg dtg...mana tahu,kan. itulah jodoh pertemuan pilihan Ilahi.

Followers