Hari Ini 6 Disember 2007

Hari ini di kota berlumpur ini hujan dari pagi. Sekarang pun masih hujan. Kalau ikut hati mahu saja tidur. Bukankah tidur berlebihan itu boleh memanjangkan umur. Ini fakta yang saya ada terbaca la. Kalau tak betul jangan marah saya pulak. Pergi marah saintis yang buat kajian tu!

Walaupun hujan lebat di luar saya terpaksa juga pergi ke sekolah. Itupun setelah jam pukul 11 pagi. Konon mahu tunggu hujan reda. Tapi tak reda-reda, makin lebat adalah. Hujan kan rahmat. Kalau tak hujan, kamu semua larat ke nak siram pokok-pokok kat hutan nun?

Setelah selesai urusan di sekolah, saya balik semula ke rumah. Lepas zuhur saya keluar semula. Pergi ke Jalan Yap Kwan Seng. Betul ke nama jalan ni? Itu la yang saya dengar dari mulut pakcik teksi tu. Hujan-hujan ni satu hal pula nak dapat teksi. Punya la susah. Tahan-tahan, tak benti. Tahan-tahan, benti, tak mahu pulak ke destinasi yang saya hendah tuju. Apa daaa, orang nak bagi duit, tolak! Tak bijak langsung! Nasib baik akhirnya dapat teksi. Pakcik tu pulak garang. Dah nak hampir sampai baru dia ringan-ringan mulut tanya itu ini pulak. Saya pun layan ajelah, orang tua bersembang kan...

Selepas selesai urusan di Jalan Yap Kwan Seng tu, saya masuk KLCC dengan tujuan nak bayar bil air rumah sewa. Sebenarnya bil air ni saya dah bawa balik Perak. Ingatkan boleh bayar kat Pejabat Pos Padang Rengas tu.

"Bil api adik boleh bayar mana-mana pejabat pos. Tapi bil air ni SYABAS yang punye. So kena bayar kat sana. Tak boleh bayar kat Perak".

Ooooooooooooo, mana saya tau :p

Lepas bayar bil air tu, saya tak tahu nak buat apa. KLCC ramai orang. Pelancong pun ramai. Ada pokok Krismas tingiiiiiiiiiiiii kat tengah-tengah tu. Tinggi dia macam pokok kacang dalam cerita dongeng Jack and the Beanstalk! Rugi pulak tak bawa camera...

Disebabkan tak tahu nak buat apa, saya masuk aje la Kedai Buku Times. Tak tahu pasal apa kaki ke situ. Masuk-masuk aja, terus nampak buku tu. Betul-betul display depan pintu masuk. Kenapa ntah beli buku ni.

Image Hosted by ImageShack.us


Belek-belek, selak-selak, terus pergi kaunter. Cashier pun pandang-pandang masa saya nak bayar. Ek eleh! Rilex la beb! Ceq pandai jugak baca buku omputeh! Tinggal la senaskah lagi buku yang sama depan pintu tu. Harap-harap dia pun ada orang beli. Kesian, partner dia saya dah beli. Harga asal Rm79.90. Ada diskaun 20%. Disebabkan dalam purse matawang telah berkurang, terpaksa withdraw sikit untuk bekalan balik Perak esok.

Lepas keluar kedai buku, jalan-jalan lagi depan. Eeee, ramai sungguh maknusia. Tapi rasa saya aja di kalangan maknusia tu yang jalan sorang-sorang. Terasa sungguh hampeh. Nak buat macam mana, kawan-kawan ramai yang keje office hour. Mana ada cuti. Saya perhati juga, mana tahu jumpa muka-muka yang saya kenal. Tapi haraaaammm, sekor pun takde. Satu je yang saya harapkan. Jangan la ada anak murid yang nampak saya. Tapi rasanya mereka tak cam kot!

Ahh, dah dah la perhati orang. Balik umahlah. Semasa tukar tren, sempat beli McD kat KL Central. Mula-mula ingat nak beli nasi goreng kat kedai Pak Syed depan flat tu. Tapi saya malas nak tawaf satu flat bila sampai nanti. Nak masuk je secara haram kat TNB punye rumah tu. TNB penah pasang pagar baru, tapi tak lama lepas tu ada la manusia yang berperikemanusiaan gunting pagar tu. Jadi kami warga flat dapat semula jalan short cut :) Manusia yang buat tu amat berperikemanusiaan, tak macam TNB :p

Ok lah, saya nak sambung baca buku pasal nak jadi kaya tu lah! Antara amalan yang saya tahu untuk jadi kaya ialah banyak-banyak baca surah Al-Waqiah. Pernah jadi rajin giler baca surah ni. Tapi selepas beberapa ketika malas semula. Macam mana la nak kaya, buat sesuatu tak pernahnya berterusan! Saya lah tu! Hurmmmm....

13 comments:

Anonymous said...

jahatnye org kat kaunter tu...huhu~rasanya akak silap tafsir kot.ntah2 dia pon nk beli buku tu gak, tapi yg akak nk beli tu last stok.who knows~

Ayu Mohamad said...

akak nak pinjam buku bleh? :)

Anonymous said...

salam, buku tue mcm best jek, hmm sy mmg bercita-cita nk jd kaya nie, hehe :D

arianna adrizal said...

da lama tak jln2 mcmtu. dulu ms duduk di kelana jaya, habis semua tmpt sy redah.. sendiri. tp kalau skrg, da tak berani lg kot :)

adyputra said...

tq hayad link ke blog saya.. memang seronok jengah blok awak ni warna-warni kalah astro channel 611 gitu.. ahaks..

hayad said...

banat--> entah lah, ape sal dia pandang2 ntah

kak ayu--> boleh, tp thn dpn bkk sek nnt lah. skang tgh baca lg :p do contact me k! chewah!

fizz--> beli la, ada lg kt Times tu

arianna adrizal--> jom la kita jln sama2 :D

adyputra--> Bong!!! saya baru perasan awak Bong rupenye. thanx 4 adding me :D

akirasuri said...

nak beli tak mampu..
nak pinjam :D
hahak!

JEFFROCKERS said...

kaya duit dan kaya nilai. mana satu jadi pilihan : ) ?

Ina said...

Mmg xretila jalan2 sorg2 dayah oi. Kang nnt semua bend ilang dr kepala. Lgsg xde mood nak bli n buat apa2. dh try tp hmm it doesn't work for me lah. Share2 la lagi amalan2 utk jd kaya tu. Hihi bab kaya nak aje ekkk (cakap kt dri sndiri) ;P

adyputra said...

hayad.. awak ni dah salah faham lah.. saya bukan Bong.. Bong tu saya jumpa masa gi open house kawan kat damansara raya hari tu.. saya ada link blog dia awak boleh klik kat bawah gambar tu.. saya ni adalah ibu kepada buadak kecik tu.. :)

hayad said...

akirasuri--> nk ke? kak ayu mntak dlu tu :p

jefrockers--> dua2... :p

dandelion--> tak reti gak jln sorg2. tp kalo dah terpaksa sume benda jd boleh,hehe

adyputra--> oooooooooooooooooo :D

khairul najmi yusof said...

kalau dah kaya jgn lupa belanja saya ek cikgu.. hahaha...[gelak prof.klon]

hayad said...

oraittt!! no hal!!

Followers