Balik Kampung di Musim Buah

Sudah sebulan tidak update blog. Sungguh la bosan tanpa kehadiran intenet. Saya sudah pindah rumah. Tidak lagi menyewa bilik. Rumah baru saya sudah sedia ada line telefon tapi saya masih tiada masa ke kedai telekom untuk mengaktifkan semula line telefon tu.

Semalam pukul 8 pm saya sudah sampai ke kampung. Sekarang kan musim buah. Kalau tak balik dalam masa 2 minggu ni, alamatnya buah pun habis lah! Kebetulan isnin-rabu depan ada ujian bulanan kedua, maka dengan itu otak saya sedikit ringanlah kerana tiada P&P yang perlu dilaksanakan. Jadi balik kampung pada minggu ini amatlah sesuai.

Benda paling mengujakan saya adalah buah pulasan. Mak kata pulasan saya berbuah kali ni. Huhu...setelah 7 tahun akhirnya ia mengeluarkan hasil. Saya tanam di hari keluarnya result spm. Petangnya tu saya tanam. Mak kata tanam la, sempena memperingati result spm yang keluar. Macam bagus je result aku dapat,hahaha!! Kalau saya kawen lepas spm, bermakna anak saya sudah darjah satu,hik hik! Tapi saya tak kawen, saya tanam pokok! :p

Image Hosted by ImageShack.us

Betapa gembiranya hati pokok yang ditanam sudah berbuah. Dulu masa menganggur, kalau sapu laman selalu pi kat pokok pulasan ni. Cakap-cakap dengan dia suruh cepat berbuah, pastu suruh dia doakan saya cepat dapat keje. Tapi sekarang dah keje rasa macam takmo keje plak,ngeh ngeh!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Lihatlah isi dia, wallaaaa sedap! Tengok tangan sapa la yang tanam kan? ;)

Oklah, saya mahu makan durian, rambutan dan manggis pulak. Esok dah nak balik kl. Kena makan sepuas-puasnya. Oh ya, kak luna telah mencemarkan duli saya, maka tiada lagi duli saya yang membolehkan saya menjadi halimunan. Kak luna jahat!! kekeke...

19 comments:

Anonymous said...

ehem.... tanak ajak akak ke rumah ke... nampak cam sedap je... eh eh... kalau dipelawa, insyaAllah akak pergi...

hahaha... dasar tak malu... :D

Anonymous said...

woah!!
sedapnya.
nak nak nak :D

pulasan peberet :D
oit! dah pasang abang tenet ke?

izinni said...

pulun buah banyak2 ...jangan bila time balik sekolah semula, demam! hehehehehehe

Lidah Panjang said...

wah pulasan..jarang dapat makan buah nih...mesti best kan..lebih 2 lagi kalo buah tuh kiter yg tanam...

hayad said...

sikenit--> ala,dayah dh nm blk kl ptg ni..akak dtg je tanpa malu2 wpun dayah takde ek,hehe

akirasuri--> lom psg lg la..huhu

izinni--> hehe, kalo demam leh mc, syoik ape :p

hujung jari--> yup, ada rasa kepuasan ;)

Pa'chik said...

dayah, kiranya ko tak menganggur la.. memulasan..
hikhikhik...

hayad said...

pa'chik--> aah kan? sekarang ni memulasan plak :D

Anonymous said...

hmm..cikgu! balik kl nanti bawak buah tu lebih yek! ihik..

jgn makan sensorang..kempunan org yg melihat nye..tak baik tau! :P

Anonymous said...

Ala bestnyer Dayah boleh balik cuti makan pulasan! Mesti manis kan? Rugi plak kiter xterpk nk tanam pokok mcm awak dlu. Kalo tak sure dh besar jugak :)

Ina

Anonymous said...

wah sedap ni. nak sket

DeeN said...

Dulu - dulu aku tak kenal pulasan tu macamana rupanya. Hak, hak, perak betoi aku nih.

Tapi rupanya mmg sedap buat ittew! Weh, dayah. Nak banyakkkkkkk!! ;)

Anonymous said...

haaa kan betul org tua2 kata berbudi kepada tanah ada hasilnya .. :D

tahniah buat dayah ! bila nak interview DG41 ni ?

achik said...

wah syoknya dpt makan hasil tanam sendiri.. daku dulu tanam ciku.. x sempat dpt hasil dah pindah.. huhu.. ;p

Acaii Jawe said...

waaa, bestnya pulasankan wak,hehe..baru pestime buah ke? kat umh org dah byk kali gakla,hehhee..tapi mmg lagi ske pulasan dari rambutan,heheeee

Unknown said...

aritu aku makan rambutan.. punya la byk.. pastu dah abis mkn lepak2 smua.. tibe rasa geli2 kat kulit.. rupanya lekat ulat2 kecik.. huwaa aku kegeliannnn.. mane ntah celah dia masok.. aisehhhh

Anonymous said...

hayad..tudung ko sama dgn kat profile ko... cantek aa tudung tu... pic kat profile tu ko amik dekat2 dgn pokok pulasan ko gak ke??

Kemat said...

cikgu pulasan dalam bahasa omputeh amenda haa.. cadangnya nak promosi buah nie kat Mat Salleh

13may said...

waaa.....dah berbuah dan berbunga :)

tuan tanah said...

Pos la kat sini sikit...

Followers