Yeeehaaa!!! Cuti datang lagi!! Dapatlah saya berdeting sepuas-puasnya dengan abg streamyx. Sudah sebulan lebih saya menahan rindu dendam pada abg streamyx. Di tempat saya tinggal sekarang tiada abg streamyx. Ketiadaan abg streamyx amatlah membebankan, menjadikan hidup saya tidak keruan seperti pungguk rindukan bulan. Hari-hari teringatkan abg streamyx yang gagah perkasa,haha.
Saya cuti sehingga hari rabu. Itupun baru semalam baru dapat balik. Kalau tidak kerana sekolah ada Majlis Hari Anugerah, dah lama saya cabut balik kampung. Naseb baik masih ada tiket ke Kuala Kangsar. Itupun saya hampir menangis pasal sebaik saja sampai di stesen Jalan Duta, penjual tiket kata semua tiket ke Utara sudah habis. Saya cuba bertenang, dan ambil keputusan ke Pudu. Itupun setelah telefon rakan serantauan Ina dan Nurul. Mereka suruh saya cuba cari tiket di Pudu pula. Salah saya juga pasal tak beli tiket awal-awal. Mungkin saya masih terikut-ikut fiil semasa tinggal di Penang, masa nak balik kampung baru beli tiket ondaspot!
Akhirnya dapat tiket pukul 4.30 petang. Dan saya terpaksa menunggu hampir 2 jam setengah di Pudu sambil buat bodoh. Takdalah buat bodoh sangat pasal saya sempat sembang-sembang dengan uncle cina di sebelah kiri dan makcik melayu di sebelah kanan. Ramah-tamah kan saya ni. Sesuai dibuat calon menantu,haha!
Sudah sebulan lebih saya tidak balik kampung. Rindu pada segala-galanya terutamanya abg streamyx la,hehe. Rindu juga pada semua bloggers yang tersenarai di tepi kiri blog saya ini. Dan sekarang saya ingin stop merapu dan meraban kerana saya mahu mengexplore blog-blog anda semua yang telah banyak saya ketinggalan ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
cuti la awak puas puas.
Cuti dan blog.
enjoy the holiday :)
Hye Dayah! Selamat bercuti. Walaupun singkat je cutinya tapi bagusla dpt gak awak update blog awak ni. Setiap kali saya masuk sunyi sepi ajer. Dah lama saya rindu nak baca bebelan awak tau hehe :D
oit oit! abg streamyx. ha ha ha.
Salam cikgu.
Aku suka la baca entry cikgu sebelum ni, GTH tu
waa...sudah kembali ke panggal jalan yek,ahak3..just kidding :P
slmt bercuti cikgu :)
Rindunya kat Puduraya... Rindu nak bunuh masa menunggu bas sambil baca majalah2. Rindu nak tawaf kedai2 kat Puduraya tu. Rindu nak naik Plusliner kat platform 3 yang mesti bertolak tepat pada masanya.
Oopsss... rindu jugak kat Dayah... ;)
mazudi--> tak puas la cuti 5 ari :P
hafiz238--> mekaseh :)
ina--> saya pun dah byk ketinggalan bebelan awak,hehe
akirasuri--> ya ya, abg stimix yg amat kucintai :p
paya kubor--> kalo suke print la, dan baca lagi dan lagi,ekekeke
khalid--> aah, dah kembali ke pangkal jln setelah sesat di kuale lumpor,haha
tuan tanah--> eee..tak rindu lnsung teman kt puduraya tu. sesak nk mampos! rindu kt hantu raya xpe gak,hak hak
Aku dah lama tak g Puduraya.. Aku dgr , dulu dorg nk move ntah mana2.. ada lagik ke Puduraya tu?? Tak jadik pindah ke??
Post a Comment