Ayat-Ayat CINTA

Image Hosted by ImageShack.us

Syukur saya diberi sedikit rezeki yang akhirnya saya mampu membeli buku ini. Err, takde la mahal sangat. RM22.90. Tak mampu memberi sebarang synopsis, tambahan pula saya memang tak pandai membuat synopsis. Secara tidak lansung mengakibatkan karangan rumusan semasa PMR saya selalu saja melebihi jumlah patah yang sepatutnya.

Saya tahu, saya sedikit terlambat untuk membaca buku ini padahal ramai yang sudah membaca. Semoga penulisnya, Habiburrahman El-Sherrazy dilimpahi berkah atas hasil tulisan beliau ini.

Saya amat terkesan membacanya. Sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Memang itu pe-el saya. Kalau membaca buku yang terkesan tu, sampai terbawa dalam mimpi. Sama macam mimpi jumpa Laksaman Awang dalam Enrique Mengundang Jauh dan Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri :p

Tapi AYAT-AYAT CINTA tidak sekadar untuk dibawa mimpi, tetapi harus saya jadikan panduan. Novel ini sarat dengan ilmu dan teladan. Semoga saya dapat memanfaatkannya. Ameen...

Ayat-Ayat CINTA

Sebuah Novel Pembangun Jiwa

Itu yang tertulis pada cover depannya

16 comments:

Pa'chik said...

aku pulak tak reti nak komen entri ni... saja gatal nak menaip sesuatu saja.. haha..

zwitterion said...

kak zwit baca masa tahun lepas lagi..hehe.Suka!

WRA said...

buat aje la synopsisnya...tak pun bagi satu ayat yg paling terkesan...akak kalau ada perkataan CINTA tu rasa malas pulak nak baca....tatau kenapa, alergik tiba2...

Unknown said...

Hayad,

Jangan segan. Saya pun terlambat baca buku ini. Kebetulan saya pun baru habis baca hari selasa lepas. Buku yang menarik memberi kesan mendalam.

Ina said...

Saya jarang sekali baca buku2 BM, kecuali majalah lah. Saya sendiri pun tatau kenapa. Rasa minat tu mmg sentiasa ada dlm hati. Kena jugaklah dapatkan satu buku yang menarik nanti :)

tuan tanah said...

Hayad, kamu kata kamu sedikit terlambat?

Habis, saya ni apa?

Masa orang dok cakap-cakap pasal Ayat-ayat Cinta (dalam wasiat di tanah saya pulak tu, saya dok tenganga-nganga tak tahu hujung pangkal apa kejadnya menatang alah tu.

kakLuna said...

buku tu dalam 'waiting list' akak...takat ni dh 2 org bg respon yg baik..so rasanya..waiting list tu tak lama lagi ilang le..sbb dah beli.. :P

NuRuL said...

dh lama gak aku aim nak beli buku nih..penulisnya indon kan dayah..bahasa indon ker melay nih?
p/s- masih teringat-teringat karekter laksamana sunan tuh..hehe

Nana said...

best sgt ke??

akirasuri said...

he he he. tahniah kerana dh membaca ;)

achik said...

penah tgk kat kedai buku.. tp x terbeli lagi hehe... skang ni maleh nak layan novel cintan.. tp yg ni rasanya bkn cam novel cintan lain kan?

13may said...

bunga bunga cinta ada???

Anonymous said...

akak setuju sangat... :D

utk alex lacey, saya copy paste dari entri saya tentang novel ni :

***Komentar Dato' A. Samad Said***

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. jika dulu pernah hadir "Atheist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah", dan "Bumi Manusia", kini geloranya datang semula dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak sahaja tekun menengguk ilmu malah berupaya mengisi kehidupan dengan sabar.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.

*****

sebagai makluman: buku ini telah 11 kali diulang cetak.. (masa tahun lepaslah, sekarang tak tau.. :D)

Anonymous said...

pa'chik--> terima kasih kerana sudi menggatal menaip sesuatu,bg menambah bilangan komenku,hahaha :D

kak zwitt--> dayah pun suka!! :)

alex lacey--> kak wan, u should try to google bout dis book, then u'll know n trs jatuh hati nak beli :p

jiwa rasa--> Oh! kita habis membacanya pada hari yg sama!! :)

ina--> saya pula jarang membaca buku bi kecuali sedikit majalah dan sedikit paper bi :P tak minat novel inggeris... :D

tuan tanah--> boleh saja dipesan dari malaya ni ke dublin tuan tanah :)

kak luna--> belijgn tak beli dan baca jgn tak baca :)

nurul--> dah dialih bahas ke bhs melayu nurul, so takde masalah, kalo indon aku pun pk dua kali nak beli,ssh la nk phm bhs indon

nana cs--> best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr wa ckp lu!! :P

akirasuri--> mekaseh :D

achik--> yup! novel ni bukan novel cintan biasa or cintan picisan,hehe

13may--> bunga2 cinta ko p tanya misha omar ek

sikenit--> thanx for sharing :) suke bangat novel ni. jatuh cinta dibuatnya :)

Anonymous said...

Hehe.. Mimpi jumpa Abang Fahri ke.. Adui2.. Anyway.. Buku yang member nilai yang sgt mulia utk percintaan dlm Islam.. Kewl..

Anonymous said...

assalamualaykum...

aku dari indonesia...

disini novel tu sangat terkenal..
& sudah mau terbit the movie nya!!

ayat ayat cinta the movie !!!!

coba site:
ayatayatcintathemovie.com

wassalamualaykum

Followers