Fuh, arini sedikit penat. Paginya mengemas umah ape yang patut, mop lantai, pasang langsir, tu pun ade lagi keje tak setel. Halaman umah pun tak bersapu lagi. Daun-daun yang gugur dah bertambah. Kena sapu jugak nih, berbulu mata tengok. Ada adik pun bukan nak tolong!
Tengah harinya pulak jalan-jalan ke bandar diraja dengan sepupu dan adik. Nak usha2 jualan-jualan orang berniaga jer tujuannya. Hari ahad, punye la banyaknye manusia. Nak membeli pun payah. Bandar diraja ni kedai-kedai yang terkenal dengan harga murah mmg melambak. Dari merata tempat orang datang shopping. Beli toto la, beli karpet la,beli tikar la, beli kain baju la, beli kasut la, beli periuk belanga la, macam2 mak nenek lagi la. Saya tak nafikan kat sini memang murah-murah. Bandar diraja ni macam dah jadi Wang Klian plak. [aku sendiri tak pnh pegi Wang Klian, memandai je kata macam Wang Klian ;p ]. Paling terkenal kat sini KEDAI SAKAN milik Haji Sakan ;) Tak salah saya banyak dah cawangan kedai Haji Sakan ni. Cayalah Haji Sakan! Hohoho
Sebagai seorang perempuan sejati, saya memang gila tengok baju-baju dan tudung-tudung ;p Rasa nak rembat je tudung-tudung tuh! Bila la nak keje nih, saya nak shoping sakan, huahuahua. Walaupun dalam ketiadaan wang saya telah berjaya merembat sehelai baju kurung dengan cara mengepow duit adik saya, haha. [ Jangan riso ek dibah, nnt aboh ganti duit kamu tuh! ]. Duit upah buat asignment dah habis saya belanja buat beli buku, jadi berbaloi jugak kan,ngeh ngeh.
Apa lagi, jom layan gambo... Zasssss!!!
Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. Sedihnya, belom cukup lagi amalan di bulan barakah nih. Masih sempatkah aku???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
mak aih!! rajin nye berjalan sakan. insyallah maseh sempat..=]
jap,
"Sebagai seorang perempuan sejati, saya memang gila tengok baju-baju dan tudung-tudung"..
pompuan sejati mmg cenggitu eh? first time dengar..ngehehe..
hmm..ya memang tu kerja kaum pompuan yg sebetulnya..utk meningkatkan dan menggerakkan ekonomi negara,hehe..betul tak?
fiq--> ala, jln2 cuci mata jer..hehe
ad3ck--> ntah la, cuba ko tye pomp2 lain, tp aku mmg pompuan SEJATI ;p
ku--> btul2..ana setujulah! :)
wah wah wah..carik baju raya ker???
tapi aku prefer jln2 cari makan:)
nyum nyum nyum
ps: kat bandar diraja, makanan apa yg sempoi???
akak penah pegi wang kelian sekali. ala2 pasar mlm. atau org kat shah alam ni mcm pasar pagi @ 'car boot sale'(err.. btul ke eja ni?) kat stadium tu. bnyk brg pelik2 jual situ.
bila da penat2 keja, akak akan beli sesuatu utk diri sendiri. mcm hadiah lepas keja kuat. br bersemangat pastu. psikologi tuuu.. ;)
tinggal seminggu je lg pose kan. akaknya bahagian utk tadarus ada beberapa juz lagi to complete. takut2 tak sempat pulak. cpt betul ms berlalu.. hmmm..
13may--> ala, dh bln pose, cmne nk jln2 cari mkn, klu beli makan pn kena tunggu berbuka... ;p
mknan ape ek? trs trg kukatakan, kt bandar diraja ni takde mknan yg best! huhu
kak anne--> ooo, gtu ek? bg reward kt diri sendiri. Bgs jgk tu. Leh tiru nih ,hehe. Itu la, lg seminggu je dh nk abeh pose...
Boleh jadik reporter dayah ni.. Pegi mana2 musti ada gambar sekali..
fuad--> haha, jd reporter? tak minat la..hik hik. Tp amek gambo minat ;)
nile--> ala nile..bj ry siap byk.pilih jer...mlm ry pn leh beli lg,ehe
pergh..rambang mata den!!!
aku pun pelik apsal lar ramai benar yang datang bershopping di KK nih..kadang-kadang siap buat rombongan satu bas..sesak jadinya..huhu
nurul--> weh, nrl..bile kita nk ronda2 jualan kt KK sm2 nih? :D
kat kg saya di Baling, juga ader kedai Borong sakan nie..hmm..memang meriah kdai dia.. salam utk org Kuale
kemat--> aha,byk tul cawangan dia
Post a Comment