Twenty Seventh


Hakuna Matata!
It means no worries
For the rest of your days
Hakuna Matata!



Quick Preview! 76 Celebrities Born On April 13.

Most of the 76 Celebrities Born On April 13 are composers, producers, singers, band leaders, musicians, actors, authors, photographers, dancers, writers, painters, scriptwriters, songwriters, dramatist, journalist, voice-over artist, TV & radio personality, guitarist, vocalist, hosts, etc. Only 5% involve in sports.
[Nampak gayanya, slps ini sy perlu menukar cita2 sy utk mahir berenang, memanah & menunggang kuda kpd b'main CAKLEMPUNG a.k.a GAMELAN!] ;p



Dayah! Selamat Hari Ulang Tahun ke-27 buatmu :)




Minggu Sekolah Selamat 2010



Macam biasa, tiap-tiap tahun ada Minggu Sekolah Selamat dan PPdA. Minggu kesedaran pada keselamatan di dalam sekolah dan bahayanya dadah.

Perhimpunan pagi tadi panjang la sikit. Sampai habis waktu free saya. Ada majlis perasmian oleh Polis dan Pengetua. Juga persembahan daripada anjing pengesan dadah oleh pasukan polis. Best sebab dapat tengok life kan.


Anjing ini sedang mengesan dadah dalam sampul. Dia pusing 2,3 kali dan hidu setiap sampul sebelum dia ambil sampul yang betul-betul ada dadah heroin tu. Once dia dah konfem dia akan cakar-cakarkan guna kuku dia. Dia bukan cam sekali jer tau. 2,3 kali dia pusing dan hidu semua sampul baru pergi konfem sampul yang ada dadah.

Maknanya setiap apa-apa eksperimen pun mesti buat lebih daripada sekali. Biasanya 3 kali la, baru dapat tepat. Dan kesimpulannya juga mesti gagal dulu sebelum berjaya. Cheewah! tiba-tiba motivasi plak tang sini :p Untuk diri saya sendiri sebenarnya kata-kata ni.

Lastly, anjing ni mengesan dadah yang disorok oleh Mr.M*nm*h*n di bahagian tayar kereta. Konon-kononnya berlakon ada sekatan jalan raya la dan Mr.M*nm*h*n ni pengedar dadah, hehe.




Ada banyak lagi program Minggu Sekolah Selamat ni. Tungguuuuu :)




Aduh! Gigi Bermasalah Lagi.


Yer, siang tadi dah jumpa dentist. Dia scan dan tunjuk pada screen komputer keadaan wisdom tooth saya. Gigi tu tak tumbuh habis. Lepas tu ada daging yang terkeluar melapisi hujung gigi. Memang kena buang dia kata. Sebab kalau makan antibiotik semua, itu untuk sembuh sementara jer, sebab sakit akan berulang semula nanti.

Saya tengok kosnya RM600- RM800. Memang zaman sekarang kena jadi kaya, baru boleh buat segala benda, tak gitu, haha. Tapi ada membe sekolah bagitau ada satu klinik di Damansara, doktor Melayu, RM250 je kalau rawatan wisdom tooth removal ni. Treatment dia pun bagus kata membe tu.

Tengok dulu macam mana. Kak Sue dental nurse kat klinik saya pergi tadi kata, ubat doc bagi tu boleh tahan 2, 3 bulan jugak sakit hilang. So sempat la kumpul duit, hehe.

Sekarang ni rasa macam sebelah muka bengkak. Nak telan ayor pun seksa weh. Nak bukak mulut suap makanan apetah lagi. Memang seksa la kalau sakit bab-bab gigi ni. Memang sangat patut bersyukur bila dapat nikmat sihat dari Tuhan. Tapi sakit pun nikmat juga sebenarnya ye tak? Cuma manusia macam saya ni je suka merungut-rungut. Isk isk! Mohon maaf Ya Tuhanku.


Esok ada Hari Anugerah Cemerlang. Tapi dah minta MC dari Dr. Ho yang hensem itu, hehehe :D



Kawan-kawan

2 orang dalam kalangan ini sudah berkahwin. Cuba teka mana satu, hehehe.








Bebanan tugas di sekolah H*rt*m*s memang terlalu banyak. Bila dengar sekolah-sekolah lain tidaklah seperti kami. Ada rakan-rakan seangkatan yang berpindah sekolah ke negeri-negeri lain juga di dalam KL juga, mengatakan terlalu banyak beza kerja di H*rt*m*s dengan di sekolah baru. Sekolah baru sedikit rileks. Tapi ada pula yang bermasalah dari segi disiplin pelajar yang sangat teruk.

Di H*rt*m*s, walaupun beban tugas banyak, tapi ada rakan-rakan yang best. Walaupun masalah disiplin pelajar yang tak boleh lari, at least ada rakan-rakan yang ceria di Bilik Guru. Gaduh-gaduh di Bilik Guru tu biasa la juga. Gaduh adik-beradik, haha. Ye ker? :p

Biarkan Air Itu Menenangkan Mu [cheeewah!] :p

Malam ni sepatutnya saya perlu pergi ke suatu tempat. Tapi tengah dalam ketiadaan mood ke tempat tersebut. Maka saya pun bersetuju mengikut Azwa berenang sekejap lagi. Memang Azwa ada ajak dari hari tu lagi. Asalnya jadual renang kami adalah setiap hari Sabtu malam. Once a week kami mendisiplinkan diri untuk berenang. Tapi kadang-kadang Hari Rabu pergi jugak berenang.


Bila berenang ni jumpe ramai la jugak kenalan baru. Ada sorang brother tu cakap, bersukan memang elok. Kalau u keje, tension, ada masalah, susah nak pikir, bila u bersukan, u tak ingat dah masalah tu. U lepaskan, release the problem semasa bersukan. Then otak dah tenang, kita pun leh fikir balik macam mana nak settlekan problem kita tu.


Kalau tengok orang yang kat tempat kerja suka marah-marah, maki hamun sumer tu, kata brother tu, orang tu memang takde tempat or cara nak release tekanan dia. So kalau dia maki hamun kita maafkan aje la, hehehe. Dah itu je cara dia release tension. Kesiannnn.


Ok lah, sekejap lagi Azwa datang.

Macam brother tu cakap, berenang ni tak susah. U must feel the water. Let the feeling flow in the water and u will feel the water pampered u . Gitew pulak kaedahnye ;p




Saya Perlu Berblog Semula

Saya perlu berblog semula. Tidak boleh tidak, saya perlu pastikan saya masih tetap berblog. Rasa hilang soul untuk berblog la kebelakangan ini. Mungkin sebab ramai kawan-kawan blogger yang dah berfacebook. Boleh berinteraksi on the spot di sana, jadinya blog semakin kesepian.

Saya ada banyak cerita mahu dikongsi. Ada banyak cerita mahu digebang. Tapi jari-jari ini tidak ter"type" akan baris-baris ayat walaupun satu huruf sekalipun, hehehe.

Ok, hari ini mahu mula semula berblog setelah sebulan lebih bersawang :p

Banyak yang sudah saya pelajari, nikmati dan rasai sejak dari Tahun Baru 2010 ini. Yang bisa dicerita buat masa ini adalah, saya sudah pandai berenang ;) Satu pencapaian hidup yang boleh dibanggakan untuk diri saya, hehehe. Tapi tahu satu gaya saja. Breastroke. Freestyle dalam proses belajar. Tapi rasa susah sikit la nak buat freestyle. Tapi akan diusahakan :)

Ada 3 benda yang saya ingin belajar.

1. Berenang
2. Memanah
3. Menunggang kuda

Bukan mainnnnn :p

Berenang dah pass. Boleh la kan. Kiranya kalo jatuh dalam kedalaman air 1.8 meter tu takde hal lah, hahaha. Berlagak pulak :p

Kedua, memanah. Hari tu dah tanya Cikgu Zaki, dia guru memanah sekolah saya. Memang pakar memanah orangnya. Hensem pulak tu. Mungkin juga pakar memanah hati Sang Wanita, haha.

Dia kata nak belajar ok jer. Guna jer set memanah sekolah. Tapi saya kata, saya nak ada set sendiri. Tuuuu dia. Berlagak lagi. Kemainnn :p Saya tanya satu set tu RM200 ada tak? Gelak besar dia. Hampehhhh... Dah agak dah mesti mahal nak mampos bila dia gelak macam tu, hehehe.

Ghoper-ghopernye set yang paling murah pun RM 2 000. Dua ribu yer. Bukan 2 ringgit :D Kalau macam tu, saya guna set sekolah punye je lah! Hik hik.


Menunggang kuda? Aha, tak tau lagi bile. Itu lagi la kos mahal ye tak? Takpe, kita tanamkan azam dulu. Nanti pasti dapat.


Itu je kot cerita buat masa ni. Ada banyak benda nak cerita. Satu-satu lah ok! Hopefully lepas ni akan ada lagi posting terbaru dari saya. Saya tak pasti masih ada nazir yang melawat blog saya ini ataupun tidak.

Jika ada yang membaca, please say Hai to me :)

Followers